Saturday, January 29, 2011

Ikan Kerapu En. Mie di Masak Stim

Ikan Kerapu Masak Stim

Ikan ni en. mie mancing hari tu.. tak ingat bila sebab bila dah balik terus simpan masuk freezer.. aku pun tak tau nak masak camne.. google2 ada la resepi masak stim.. try je la.. bukan susah pun.. cuci ikan sapu garam.. pastu tabur2 je halia, bawang, cili, serai pastu letak dalam periuk.. tutup & tunggu sampai masak.. thats it.. so easy.. sedap2 pun sedap.. (sendiri puji la.. sendiri yang makan.. hehehehe)

En. mie pernah kata dia rasa bangga bila anak bini dia dapat rasa ikan hasil penat lelah dia pancing.. hmmm.. aku yang makan ni plak bleh tak teringat nak rasa mcm tu.. bila dah lauk depan mata.. takde masa nak feeling2 nie.. terus nak melantak je.. wakakkaka... cian en. mie.. kalau dia baca ni.. abis la aku.. apa2 pun ikan tu mmg sedappp papa.. maceehh.. luv u... xoxo..

Playhouse Disney vs Asian Food Channel

Playhouse Disney Channel

Skrang nie aku & en. mie dah tak bleh nak tgk channel kitorang kat astro.. kadang2 aku rasa bayar bil tiap2 bulan tu hanya semata2 tengok channel ni je.. Kalau rasa nak tengok tv jgk terpaksa la lepak dalam bilik layan channel tv biasa..

Kadang2 aku cuba tegas dengan dia.. asyik tengok citer dia je.. lemak la.. tapi dia nangis2 sampai sakit telinga aku.. bila dah tukar baru dia diam.. maybe sebab channel ni banyak kaler2 + lagu budak2 pun banyak.. tapi aku rindu nak tengok citer masak2 aku..

My favourite chef Anna Olson

Dah lama tak tengok dia masak.. even dah lupa hari apa citer Fresh with Anna Olson.. Dulu masa ada citer Sugar dia suka masak kek la, muffin, biskut, tart dan yg sewaktu dgnnya.. teringin nak jadi mcm dia.. simple yet so talented in cooking.. masa dia masak mulut tak berhenti bercakap dan bagi banyak tips & petua masakan.. kalau tertengok tu.. kira dah nasib baik la.. kena plak si kecik nie tgh tido.. baru leh layan dia masak..

Chef at Home.. Love his kitchen set..

Kalau dapat husband mcm nie.. mmg alamatnya dapur aku mesti cun.. semua bahan2 masakan dia simpan kemas & teratur.. ada satu tempat khas pulak untuk simpan bahan2 masakan.. kalau tengok masa dia bukak fridge, tersusun je semua.. aku bukan tgk dia masak sgt.. suka tgk dapur dia je.. hehehhehe..

Friday, January 28, 2011

Akhirnya jumpa jugak..

Tadi jalan2 pegi Down Town Walk, Taiping.. sekali terjumpa plak satu beg idaman sofea..


Actually sofea mintak lama dah beg macam si adik Sara Amani nie.. huii.. anak aku kecik2 dah pandai memilih..


Dah pegang tak nak lepas2 dah.. kebetulan tinggal satu tu je pun.. mmg rezeki dia la kot..

Sangat happy bila akhirnya beg tu berjaya menjadi hak milik dia..

Aku ingatkan murah.. hadoi.. 30 hinggit jgk melayang.. takpe la.. anak punya pasal.. asalkan dia happy.. ni dah sah nak tido dgn beg malam nie..

Tuesday, January 25, 2011

My work environment


Kan aku pernah kata nak belajar sistem baru tapi sampai sekarang belum lagi ada kesempatan nak cuba.. this week aku semakin berani buat call dan settlekan banyak keje2 tertunggak tanpa bergantung dengan boss aku.. dia yang semakin bz this lately mcm bagi aku peluang untuk aku cuba berdikari sendiri..

Hari nie pun aku cuba settlekan lagi satu order. Aku issue this PO based on supplier invoice & bukan quotation. No choice la sebab ni je yang aku leh refer. Ikut je la kata boss. Maybe supplier ni malas nak buat quotation kot.. tapi aku tak sure barang dah dapat ke belum sebab aku tak terima DO jugak.. adakah sama kes seperti semalam?? Check dgn supplier mcm biasa la dia bagi contact no salesman dia.. suh aku check sendiri. Tergerak plak hati aku nak refer dgn boss aku. Dia kata benda tu dah sampai tapi tak tau sapa yang received dan dia pun tak pernah tengok DO tu.. hah pulak.. barang ada tapi DO plak takde.. mcm2 hal betul la..

Maybe lepas tu boss aku direct contact dengan supplier tu then baru tahu rupanya masa hantar tu memang supplier tu terus hantar je.. takde DO.. lepas boss aku mintak baru supplier tu nak print. Macam ni pun ada jgk..

Kalau ikutkan keje mcm nie takde la bosan sangat.. hari2 ada je perkara baru aku belajar. Aku pun leh kenal dengan mcm2 jenis orang. Ikut mood.. kalau aku nak cakap loghat utara aku cakap je.. selalu kalau call supplier dari kawasan penang, diorang mmg suka cakap BM.. aku pun mula la cakap utara jugak.. kalau call supplier dari KL aku cakap BI.. tak pun cakap key ell.. hehehe.. ye sangat la tu... tapi kalau dari singapore mmg tak bleh nak elak la.. nak tak nak fully in BI la jawabnya..

Dah petang aku dapat call.. kena buat In & Out Stock for Dec in Excel.. kalau sikit takpe beb.. ni banyak.. banyak satu hal.. urgent lak tu.. aku tgk jam dah kul 3.. aku target nak balik awal hari nie.. takpe la.. Be Positive kannn.. nasib baik la cara mintak tu.. start with can u do me a favour? sejuk skit la hati aku.. aku try jgk buat padahal dalam sistem data tu patut ada.. tapi sejak tukar sistem baru nie.. maybe tak berapa nak stabil lagi jadi segala data dah byk tak betul.. stock movement pun mcm hampeh.. closing nak dekat.. at last mintak tolong dengan aku jgk.. time susah baru cari aku.. baru nampak aku.. huh!!

Monday, January 24, 2011

Mission for today..

It's MONDAY again.. dan macam biasa.. ke'BZ'an melanda..

Dari pagi aku start keje.. meja dah bersepah mcm sampah..
mula la nak cari stationary tak jumpa..
pen terselit celah fail la.. eraser jatuh bwh meja..
mula la hati menjadi hot tak tentu pasal..
bila hati menjadi hot.. takde pasal aku cari pasal.. hahahhaa...

Hari ni aku membuat satu investigation.. (ayat tak bleh blah.. )
2 minggu lepas aku ada la order satu barang. Supplier dari KL. Rasanya minggu lepas dia kata barang dah hantar tapi aku sampai hari ni tak nampak pun DO or any related document sampai kat meja aku.. tunggu punya tunggu sampai bila.. akaun dah nak wat closing utk tahun 2010..

Entah apa angin aku hari nie.. bila terpandang PO tu.. dalam hati aku terdetik nak cari jgk mana pergi barang yang aku order nie.. tak kira la kena cari sapa pun.. hingga ke lubang cacing aku akan investigate.. hehehehe...

Check dgn store mmg confirm barang tak sampai lagi.. ok.. aku pun check dgn supplier. dia kata dah hantar kat KL office. Check dgn KL office dia kata dah bagi kat transporter. Check dgn transporter, dia bagi contact no driver. Driver kata check balik kat opis dia sbb hari tu dia tak sempat hantar. Call balik opis transporter dia kata barang tu mmg dari supplier KL tapi bukan aku punya. Pulak dah.. Mana hilang barang aku nih..

Kiranya dari pagi sampai tengahari keje aku dok dail2 tepon je.. lepas satu, satu aku check.. pusing2 takde jgk dpt jawapan.. at last aku contact balik KL opis. Dia kata nanti dia check direct dgn transporter. Check dgn supplier lagi, mintak detail DO. Nak suh fax pun tak bleh.. fax machine antar repair.. dapat verbal detail je la.. aku dah fed up. Dah takde mood. Disebabkan hal nie.. mcm2 contact no aku dapat.. dari orang atas sampai la orang bwh..

Sambung keje lain pun hati aku masih teringat pasal barang nie.. memang pelik bin ajaib.. selalu tu ok je.. aku order 2 3 hari camtu benda tu sampai.. supplier ni mmg ok.. tak pernah delay delivery.. kalau stok takde pun dia akan inform aku awal so that aku leh prepare jawapan kalau boss aku tiba2 tanya. Tapi kali ni dah more than 2 weeks.. aku malas la nak kacau boss aku.. hari ni dia asyik meeting je..

At last dalam pukul 5 petang aku dpt call dari KL opis.. rupanya barang tu dah sampai kat Phase 2. Company ni baru bukak cawangan baru.. so driver tu main hantar je tak kira la yang mana satu janji nama company sama.. terus aku check mmg confirm la benda tu dah sampai sana.. haiyoo.. penat aku mencari rupanya dah sampai lama dah.. Phase 2 plak terus terima je takde tanya2 apa.. syukur alhamdullilah.. akhirnya berjaya jgk aku menjejakinya..

Saturday, January 22, 2011

Informer sudah resign..


Smlm budak tu last day..
aku yg masih 50-50 antara pegi ke tak jamuan makan2 sempena dia last day akhirnya tak jadi pergi jgk.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. maybe aku mmg ditakdirkan tak berada di situ..

Mula2 lepas dipujuk kawan supaya join.. aku rasa kesian plak kat diorang nie.. Lagi 5 minit kul 1 aku call en. mie.. rupanya en. mie dah on the way.. tak kisah la dia patah balik.. tapiii.. aku plak rasa mcm tak sedap hati.. selalunya kalau aku rasa begitu mesti ada something else happen.. so aku call balik en. mie.. dari cara dia cakap pun aku tau.. dia takde mood.. membuatkan aku pun hilang mood jgk.. terus aku decide suh dia patah balik ambik aku.. aku nak balik..

Dalam keta tak bercakap.. sampai umah pun tak bercakap.. dia siap2 ajak aku keluar.. pelik.. nak gi mana.. tapi sebab tak bercakap.. aku pun malas nak tanya.. ikut je.. mmg blur betul.. apa la agenda en. mie nie.. teringin nak tanya.. tapi.. masing2 pun ego.. so diam je la..

At last.. sampai umah adik en. mie. Rupanya adik dia pun buat makan2 jgk.. masak makan tengahari.. semua adik beradik dia ada kat sana.. no wonder la pun.. dia tak cakap pun kat aku ada makan2 kat situ.. lauk pun sedap2.. aku tambah 2 pinggan.. (perrghh.. tak malu dah) pastu siap mandi2 lepak2 kat umah adik en. mie.. sejukkk besttt sbb umah dia byk pokok.. mula2 tu segan2 jgk.. tapi bila sofea nak mandi.. aku mandikan sofea rasa air sejuk.. mmg best kalau dapat mandi tgh2 hari panas nie.. dgn aku pun mandi jgk.. segar rasa badan..

Balik umah dah petang.. lepak2 tgk tv.. malam keluar gi cari burger.. lepak2 kat situ sampai kul 10 mlm.. balik umah.. sofea dah terover mengantuk.. serba tak kena la tu.. salin baju dia.. terus bagi tido.. mmg lena la.. penat seharian tak tido.. asyik main je..

Start next week.. no more 'informer' kat opis.. biar je la benda dah lepas.. aku pun malas nak ingat2 or ungkit2 lagi cerita lama.. yang pastinya.. aku dah bebas!!!.. boss takde.. informer pun takde.. yezzaaa....

Friday, January 21, 2011

Berbeza itu Serasi??


Hari ni masa tengah chatting kat opis terkeluar lak topik aku & en. mie sebenarnya banyak perbezaan. Antara contoh2nya:

Dia byk cakap tapi aku pendiam skit.
Dia kelakar tapi aku suka gelak jer.
Dia suka megi Cintan tapi aku suka megi Maggi.
Dia suka telur dadar tapi aku suka telur mata.
Dia suka aktiviti outdoor.. tapi aku suka indoor.
Dia suka ayam tapi aku suka ikan.
Dia suka action movie tapi aku suka romantic comedy.
Dia suka sinar fm tapi aku suka hitz fm.
Dia suka kicap tapi aku tak suka
Dia tak suka pakai selimut tapi aku tido mesti pakai selimut
Dia tak berapa suka pedas tapi aku suka pedas
Dia suka sport channel tapi aku suka Asian Food Channel tapi kami berdua kalah bila sofea mintak Disney channel.. sebab kami berdua sayangkan sofea... hehehehe..

Apa makna serasi di mata anda? Adakah keserasian itu adalah sesuatu yang tampak jelas di mata? Rasionalnya mentaliti kita akan menyatakan serasi itu adalah rangkaian persamaan antara pasangan. Tetapi melalui kajian, serasi dalam erti berpasangan adalah suatu perbezaan ketara yang menjelaskan tentang sifat kedua pasangan itu.

Saya terpaksa akur dengan keputusan kajian tersebut kerana ternyata kebanyakan dari fakta-faktanya adalah benar. Walaubagaimanapun ingin saya nyatakan di sini bahawa soal keserasian ini adalah begitu subjektif dan kompleks untuk diperbincangkan. Mari kita lihat antara fakta yang menarik mengenai perkara "serasi".

Saya ingin mengajak anda untuk mendalami tentang tafsiran makna serasi yang diterjemah dalam kamus dengan faktor kehidupan pasangan di sekeliling kita. Sebenarnya faktor keserasian antara pasangan itu adalah dari sifat mereka yang berbeza. Maknanya, dengan sifat keperibadian yang berbeza itulah menggambarkan tentang makna serasi antara pasangan.

Contohnya, jika seorang dari pasangan itu adalah seorang yang pemarah nescaya pasangannya adalah seorang yang penyabar dan pemaaf. Jika kedua-duanya adalah pemarah nescaya tidak wujud keserasian dalam hubungan mereka. Jika seorang dari pasangan itu pelawak tidak semestinya pasangannya juga adalah pelawak. Cuba anda bayangkan jika kedua-duanya adalah pelawak, nescaya tidak wujud lagi sikap serius dalam perhubungan mereka.

Oleh yang demikian saya berpandangan bahawa, kita haruslah bersyukur dengan pasangan yang kita miliki. Faktor dalam keserasian sebenarnya adalah sifat saling menyokong antara satu sama lain. Jadikan kekurangan yang ada pada pasangan kita sebagai suatu kekuatan pada diri kita. Dalam meneruskan sesebuah perhubungan yang serasi kita hendaklah saling mengisi ruang kekosongan yang ada supaya hubungan yang kita bina itu menjadi lebih utuh dan berkekalan.

Bagi golongan yang bergelar suami, bersyukurlah jika anda mendapat seorang isteri yang kuat berleter. Kerana begitu indah ciptaan yang Maha Esa itu menjadikan anda seorang yang sabar melayani kerenah isteri yang suka berleter. Anda mungkin akan merindui leteran isteri anda tatkala berjauhan. Tetapi menerima setiap baris leteran isteri bukanlah bermakna anda hanya perlu akur dengan setiap kata-katanya sebaliknya anda perlulah bersifat tegas dengan cara berdiam diri. Mungkin inilah yang dinamakan serasi dalam perhubungan.

Sekian.


Thursday, January 20, 2011

Lady 'GiGi'...

Me & Him

.
.
.
The Result of our baby
.
.
.

Have nice smile too.. yang pasti gigi gred A..

Al kisahnya bermula cenggini.. hari Isnin lepas mesin scan aku buat perangai lagi.. tak bleh nak scan kad.. terpaksa la aku call maintenance dept. mintak tolong kot2 diorang leh ketuk2 or godek2 apa yang patut.. this 2 indian guys ni mmg bagus la.. try their best sampai at last ok jgk mesin tu.. aku pun terover happy ke apa.. so.. terover sengih.. can u imagine that?? tetiba sorang ni tegur aku..

"Eh ina.. u pakai gigi palsu ke??".. aku seperti baru tersedar lepas terantuk ke dinding baru perasan.. alamak he notice my teeth la nie..

"eh.. mana ada.. ni gigi ori la beb" sambil aku gerak2 kan gigi aku nie.. punya la nak tunjuk nie mmg gigi betul..

"ha'ah la.. gigi betul.. tapi cantik la.. mcm pakai gigi palsu" dia jawab balik..

"Ye ke??" aku jawab balik.. dalam hati ni tak tau la nak rasa apa.. bangga ke.. malu ke.. terharu ke.. semua dah bercampur gaul mcm ABC campur.. huahauahaua...

Ops.. ada lagi rupanya...

Gelang yg ada sentimental value...

Hari nie aku cuti.. en mie pagi2 subuh dah ada xtvt memancing.. mcm biasa tinggal la aku & sofea je kat umah.. kebetulan tadi nak cari something tapi tak sangka terjumpa lak dengan tag nama nie.. terus teringat kenangan waktu aku bersalin dulu2..

Yang kaler biru tu.. aku dpt masa 1st time masuk wad sbb gugur.. tak silap aku masa tu bulan Okt 2006.. tu la kan.. orang tua2 kata jgn excited sangat masa baru pregnant.. mana la aku tau.. takde sapa pun cakap kat aku.. masa tu happy sangat2.. baru tau pregnant terus msg2 kat semua family & kawan2.. tapi tak sempat apa2.. kandungan aku baru 6 minggu terus gugur.. masa tu perasaan sedih teramat sangat.. takde rezeki kot.. aku redha je la.. masuk wad pun dah kul 8pm.. takleh nak cuci sbb bilik operation dah tutup.. esok tghari tu baru aku diorang 'cuci' aku.. and 1st time kena bius.. rasa mcm mimpi naik roller coster pun ada.. hahahaha..

Pic masa baru lepas keluar dari bilik operation.. masih sedih.. huhuhu..

Yang kaler putih tu.. aku dapat masa masuk wad nak beranak kat sofea.. masa tu dah keluar tanda.. darah skit2 je.. tapi ye la.. 1st time nak beranak.. ingatkan nak gi check up biasa je kat hospital.. tak tau la kena tahan.. masa nurse tgh panggil nak masuk wad bersalin.. terpaksa tunggu en. mie balik umah jap sbb tak bwk baju bb..

Sebelum nak masuk wad bersalin pun rilek je.. mcm takde apa2.. nurse tu tanya aku tak nak salam dgn suami dulu ke? baru aku patah balik salam dgn en. mie yang dari cara pandangan dia pada aku mcm risau jerk.. wah.. mmg excited giler nak masuk bilik tu.. teringin sangat nak tgk mana rupa tempat tu.. masa aku masuk tu katil pun tak penuh.. aku siap leh pilih2 lagi nak duduk katil yg mana.. aku pilih katil yang tepi dinding.. rasa mcm privacy skit.. masuk kul 6pm camtu.. aku bersalin kul 12:58pm.. dah tengah malam camtu.. pengalaman beranak normal?? hmm.. sakit tak terkata.. alhamdullilah.. janji selamat..

Yang kaler pink tu.. paling kecik tu sofea punya.. comel kan.. kaler pink lak tu... rasanya kalau bb boy.. kaler biru la kot.. tapi tak ikat kat tangan.. rasanya ikat kat kaki kot.. tak sure la sbb tak teringat plak nak tangkap gambar wat kenangan.. rugi2.. takpe la.. dah lepas pun..


Monday, January 17, 2011

Fakta Air kosong.. jimat & berkesan..


Menurut sumber internet, amalan minum air kosong atau digelar terapi air kini sangat popular di Jepun. Terapi ini telah terbukti sukses dan berkesan oleh sekumpulan pakar perubatan Jepun untuk menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit ringan. Menurut kajian, waktu terbaik untuk minum air adalah sejurus bangun daripada tidur. Dengan kata lain, anda minum air pada waktu perut masih lagi kosong.

Kaedah Terapi
1. Sejurus bangun daripada tidur, sebelum menggosok gigi, MINUMlah 4 x 160ml gelas AIR.
2. Selepas itu, gosok gigi dan bersihkan mulut tetapi JANGAN MAKAN ataupun MINUM apa-apa untuk tempoh 45 minit.
3. Setelah 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Setelah menikmati sarapan, makan tengah hari, atau makan malam, jangan makan ataupun minum apa-apa untuk tempoh 2 jam.
5. Bagi orang tua ataupun orang sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air sekali gus, minumlah setakat yang mampu dan kemudian ditingkatkan sehingga 4 gelas perlahan-lahan.

Jumlah hari untuk menyembuh atau mengurangkan penyakit-penyakit tertentu:
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit/konstipasi (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. Tuberculosis (90 hari)
7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari pada minggu berikut dan seterusnya.

Terapi air ini tidak mempunyai kesan sampingan. Anda tidak rugi mencubanya. Jika ditakdirkan terapi ini terbukti berkesan, maka hasilnya dapat anda rasai dan nikmati. Jika kurang berhasil, anda tahu bahawa air ialah elemen penting untuk tubuh badan. Jadi cubalah, dengan izin Allah, penyakit anda akan sembuh!

Seperkara lagi, masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minum teh panas selepas menikmati makanan, dan BUKANNYA air berais/sejuk.

Mengapa?

Bagi orang suka minum air berais/sejuk, pesanan ini mungkin berguna untuk anda. Memanglah enak untuk minum minuman berais/sejuk ketika menikmati makanan. Namun, anda harus mengetahui bahawa air berais/sejuk akan memadatkan minyak yang terdapat pada makanan. Hal ini akan melambatkan proses pencernaan. Malah keadaan itu menyebabkan sisa makanan berubah menjadi lemak dan seterusnya menjadi pemicu kanser. Oleh itu, anda digalakkan untuk minum sup panas ataupun minum air panas selepas menikmati sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

P/s: Awas, jangan minum air berklorin. Minumlah air mineral atau air bertapis. Jangan juga mengamalkan minum air RO kerana air itu kurang baik untuk kesihatan.

Saturday, January 15, 2011

+tive thinker alwayzzz...

Since aku tau dialah yang menjadi punca segalanya... aku mmg dah tawar hati gila2 nak berinteraksi dengan dia.. dah tak nak ambik tau pasal dia.. nak jadi apa pun rasa mcm lantak laa... pedulik hapa aku..

Rupanya.. dia mmg perasan perubahan diri aku... owhh.. tau punnn.. cuma dia masih tertanya2 kenapa aku berperangai sebegitu rupa.. hahahahha.. LU PIKIR LA SENDIRIK.. tu pun kalau ko kenal en. nabil laa... kalau tak.. huh.. tak tau nak kata apa lagi... WTF?? akekekeke..


Tapiiiiii.. tu la kan.. mmg payah bila dah nama satu tempat keje.. sehari bleh tahan lagi.. 2 hari.. hmm.. bleh lagi.. 3 hari.. 4 hari.. owhh.. rasa mcm bwk batu berat kat bahu jee.. diri ni dah rasa mcm patung hidup.. orang pun dah mula lain dgn aku.. tak berani nak melawak bodoh mcm dulu2.. semua yg jumpa aku pun.. wat muka seriuss jerkk.. arrghhh.. sgt bosan okkk... balik rumah pun masih teringat pasal situasi tempat keje.. kan tahun ni aku nak be more +tive.. dari segala2 segi la.. memandangkan dia pun tak lama mana dah.. so lebih baik aku buat rilek & be more cool.. wat mcm biasa jer.. sbbnya aku tak suka pada orang yg kuat merajuk dan aku sendiri pun tak nak perangai tu ada kat aku.. takde untungnye merajuk lama2.. (ayat pujuk hati.. huhuhu)


So skrang nie aku dah mcm biasa balik.. nasib baik aku tak ikut kata hati aku.. gi mengadu dgn boss aku.. dia pun bz dah skrang nie.. so aku pun tak nak dia bertambah pening dengan hal2 remeh mcm nie.. biar la dia handle benda lain yg lebih penting.. aku bleh jaga diri aku sendiri.. kalau aku dah tak bleh tahan sampai tahap nak resign tu.. terpaksa jgk la aku jumpa dia.. btw he's my boss..

2 hari lepas dia dah jadi bapak.. dpt bb boy.. bagus la.. biar dia rasa skit mcm mana perasaan bila ada anak nie.. asyik ingat keje jee.. dan supaya dia lebih memahami situasi aku bila terpaksa ambik cuti emergency sbb anak.. orang bujang payah nak paham.. contoh: "anak sakit? bawak la pi klinik.. settle.. "owhh.. bukan begitu senang ok.. sbb takkan bleh nye wat keje kalau dok teringat anak tgh sakit kat umah..

Aku mmg sayang sangat2 kat tempat keje skrang nie.. tadi pun masa aku keje.. aku terpikir.. aku dah paham sangat dengan kerja aku skrang.. cuma nanti aku nak kena belajar sistem baru je.. which aku rasa tak susah mana.. tapi mcm best je aku tgk diorang guna.. sbb program tu is a live- system which is updated sendiri.. tak payah susah2 nak transfer2 and update2 mcm sistem lama.. + guna alat2 yang canggih.. scan2 je semua.. tau2 je dah siap.. fuuhh.. next week aku mesti kena tau guna sistem nie.. (owhh.. ina.. cukup2 la very +tive thinker tu.. hehehehe)

x

x

x


x

x

x

x

x

x

Saturday, January 8, 2011

Bermadah-helah..


"Haterz only hate people they cannot be or people they cannot have.."

Totally agree with that statement.. pokok pangkal dari hati.. aku mula terpikir kebenaran yg tersirat di sebalik kata2 tersebut.. Tingkah laku seharian sebagai seorang manusia biasa yg mungkin secara tak sengaja pernah melukakan hati seseorang tanpa diduga.. akan mengundang haterz.. namun aku percaya segalanya mungkin terselit hikmah disebaliknya.. we never know what would happen in future.. seperti yg pernah aku katakan sblm ni.. tahun ni aku tak membuat apa2 azam.. sbb aku rasa azam tak semestinya dilakukan setiap kali masuk tahun baru.. it should be something that we ready to do it dan perlulah dengan sepenuh hati yg IKHLAS.. ok.. dah mula start out of topic plak.. huh..

Citer pasal haters ni.. tanpa aku sedari rupanya haterz ni ada jgk dlm hidup aku.. entah apa yg tak kena lagi.. depan aku punya la baik.. pijak semut tak mati.. tapi dlm diam dia tikam belakang aku.. senang citer kwn makan kwn.. mengeletar satu badan aku bila kebenaran terbukti dpn mata.. tak dpt nak bygkan betapa sanggup seorang yg aku anggap kwn selama ni sanggup buat aku mcm nie.. tetiba aku jadi blur.. apa yang aku mampu buat hanya menangis.. menangis dan terus menangis.. airmata aku sgt mudah mengalir.. mungkin itu kelemahan aku yg aku tak boleh nak ubah.. sejak azali mcm tu.. sungguh tak sangka ini balasan yg aku terima setelah sekian lama aku tolong dia.. sikit pun dia tak ingat.. demi mendapat nama.. dia fitnah aku dgn citer yg bukan2..

Sebelum2 ni pernah terdetik dlm hati aku.. kenapa diorang ingat aku takde keje.. kenapa asyik aku je yg diorang nampak.. kenapa aku sorang je yg selalu jadi mangsa wat keje orang lain?? Skrang sudah terbukti segalanya.. rupanya selama ni semua angkara seseorang yg aku pernah anggap 'kawan'... No wonder la.. kebenaran akhirnya kan terbukti jua.. Tuhan itu Maha Adil..

Tapi aku bukannya jenis suka cari gaduh walaupun apa yg dia telah lakukan sgt menyakitkan hati aku.. rasa tak puas hati tu telah aku luahkan kepada orang yg aku rasa mampu memberi pendapat yg lebih bernas.. He said try to think it as a positive way.. try to improve myself and buktikan yg aku bukan seperti yang diperkatakan.. as Admin Dept hanyalah aku sorang je.. aku berpeluang cerah untuk dinaikkan pangkat.. dari mula lagi company tu beroperasi.. sekarang aku dikira senior.. + dia mula la bercerita kisah hidup dia dari mula dia masuk hinggalah sekarang dah berpangkat Manager.. bila diorang bagi kerja dan aku boleh lakukan mengikut kehendak orang atasan bermakna disitu aku sudah mendapat kepercayaan.. tanpa aku sedari aku sudah menjadi aset penting dalam sesuatu syarikat..

Huh!!.. kalau ikut logik memang la kerja multi-tasking aku nie tak rugi.. selain mendapat ilmu serta pengalaman.. aku boleh demand dlm resume.. huahauah.. tapiii.. entah la.. skrang ni aku masih sedih dan geram.. dah mula rasa 50-50 je nak terus stay or resign.. biar padan muka korang... biar diorang sedar how worth i am!!!

"Never break four things in our life; TRUST, RELATION, PROMISE and HEART because when they break, they dont make noise but pains a lot" – Charles Dickens

Tuesday, January 4, 2011

Semangat New Year 2011..

Hari ni dah start keja. Terasa begitu malazzz sekali. kena bgn pagi mandi subuh2 hari owh sgt tak suka tapi nak wat camne. bleh tak gi keje x yah mandi??? huhuhuhu.. mana mungkin lorr..

Masuk opis semua sgt teruja dgn fesyen baru rambut aku nih.. adehh. Malu siott.. rasa mcm nak pakai topeng jerk.. apa sgt la yg aku bleh buat selain senyuuum..

There u go.. my lovely chair.. my own place.. my own space.. that's it.. sambung keje.. eh baru perasan plak takde kalendar 2011.. apalagi aku pun terus selongkar tempat boss aku.. mesti ada punya supplier2 kasik kalendar.. at last terjumpa jgk kalendar.. cukup plak 4 keping.. cukup la utk 4 meja yg ada.. hambik ko.. boria kalendar la in 2011..

I NEED MOOD.. mana mood nih.. dah sampai dekat lunch hour masih takde hati nak keje.. keje aku ni mcm takde terusik.. rasa mcm dah byk aku buat tapi nape tak siap2 lagi?? owh.. kepala hotak masih ingat nak lepak dlm bilik sambil on9 dgn aman.. owhh.. heaven..

Dah bosan sgt2.. jeles sungguh pada yg masih bercuti..

Tup tap tup tap.. dah tghari.. tiba2 en. mie dtg hantar Myvi + ada keta follow dari belakang.. huh ni dah sah nak gi mancing.. sambil sengih2 mintak izin.. kata TAK BLEH pun pegi jgk..

Bertambah2 kureng la mood ini.. owh terus teringat pesan ibunda tercinta.. kalau dok kata malas2.. mmg malas sungguh la... cuba kata rajin.. mesti jadi rajin.. hmm??

Mari kita cuba.. betoikah teori ini??

At last mmg la rajin.. rajin bersembang.. huahuahua.. start dari topik teori rajin or malas nie terus melarat ke citer2 lain.. biasak la tu.. never ending story morry.. akekekekeke...

Tau2 je dah petang.. oit keje aku tak siap2 jgk.. boss aku nak dtg plak dah.. baru la terhegeh cari punca mana nak start dulu.. byk plak pesanan dia.. terpaksa aku take note.. kalau tak buat mcm tu.. mmg dah sah2 masuk telinga kiri kuar telinga kanan..

Tapi dlm mlas tu pun balik nak dekat senja jgk.. terus meluncur laju (ecehh.. mcm la laju benor) gi ambik sofea kat umah MIL..

Sampai umah dah dekat kul 8pm.. letihnya rasa... sofea dalam keta dah terlena.. sbb tak tido siang.. wahh.. bleh la on9 dgn aman mlm nie.. (owh.. takde la ingat benda lain) apa sgt aku nak buat pun.. nak masak???

Kul 9 en. mie pulang terus bergegas nak gi main badminton plak.. huh.. sungguh aktif.. sbb dah byr court rugi la tak main.. en. mie ajak ikut sekali tapi sbbkan sofea masih tido malas la aku nak follow lagipun bukan best pun.. aku cepat mengantuk kalau bab tunggu2 nie.. (padahal dlm hati tu dah plan nak layan blog.. tak nak mengaku je dpn en. mie.. huahauahua)

Esok another day.. entah mcm mana la plak mood aku esok.. masih malas lagi kah??

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011

Bismillah, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selamat Tahun Baru 2011. Dengan kehendaknya, maka kita semua masih bernafas. Alhamdulillah. Peluang ini sebenarnya untuk kita berubah jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

A bit late to do new year entry kan... hehehehe.. bz sokmo hingga takde hati nak update blog.. (konon2 bz la sgt.. padahal takde citer menarik ponnnn...)

This year aku tak tetapkan apa yg akan berlaku.. just ikut apa yg telah ditentukan.. mungkin segala apa yang akan berlaku terselit hikmah disebaliknya.. aku akan cuba to think positive all the time.. dan semoga aku menjadi manusia yg sentiasa bersyukur dgn segala yang aku miliki sekarang.. amin...


*
*
*

Ketahui Jantina Laptop Anda

Jgn xtau.... laptop pun ada jantina....

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... try la!



My results??

hmmm.. sekali kuar suara jantan daaa.. patut la sesuaiii sgt dgn en. mie... garau je bunyik... wakakaka.....