Tuesday, February 19, 2013

Alkisah ayah yang garang…

Walid ku seorang yang garang, tegas dan suka membuat keputusan. Mami pula seorang yang tidak suka kecoh dan kurang bercakap.

Di rumah, tiada pergaduhan atau pertengkaran, segala yang Walid decide, kami patuh sahaja. Aku dan lima beradik tidak berani melawan. Mami pun tidak melawan.

Pada Mami pun, Walid suka membuat keputusan.

Jika Mami suka beg A, Walid jarang akan bersetuju dan akan belikan beg B yang lebih baik.

Jika Mami perlu kereta kancil, Walid belikan kereta yang lebih baik.

Aku risau Mami tak gembira dengan Walid, seolah-olah pandangan Mami tidak dihormati.

“Jangan risau. Jangan nilai perkara bila dalam kesenangan. Sebatang lobak nampak keras, bila terkena api dan air mendidih, dia menjadi lembik. Sebiji telur nampak lembut, tapi bila terkena api dan air mendidih, dia menjadi kuat,” jawab Mami.

Satu hari, Walid jatuh sakit dan terpaksa masuk hospital.

Ada saluran darah tersumbat kena melakukan angioplasty.

Dalam keadaan Walid yang lemah, Walid sentiasa memanggil untuk Mami.

Walid tidak mahu anak-anaknya menyuapkan makanan kepadanya, Walid hanya mahu Mami menyuapkannya.

Walid juga tidak mahu anak-anaknya melapkan badannya, Walid hanya mahu Mami melakukannya.

Walid juga tidak mahu anak-anaknya membeli makanan mahupun suratkhabar atau majalah untuknya, Walid hanya mahu Mami melakukannya.

“Walid nak makan apa hari ini,” aku bertanya. Sepuluh kali soalan, sepuluh kali Walid akan menjawab, “Mami akan tentukan.”

Mami hanya menyuruh kami menjaga rumah dan membantu membersihkan rumah tatkala Mami menjaga Walid.

“Mami, susah Mami, Walid tak bagi kita jaga Mami, tapi nak Mami sahaja yang bersusah-payah di hospital,” aku merungut.

“Mami tak rasa letih dan penat. Malah Mami rasa sangat bersemangat. Inilah Walid yang sebenar – kesayangannya pada Mami dapat dilihat dengan jelas dalam kepercayaan penuh Walid kepada Mami untuk menentukan segalanya untuk dia sepertimana Mami mempercayai segala pilihan dia ketika waktu biasa adalah yang terbaik untuk Mami,” terang Mami.

“Itulah cara Mami dan Walid hidup bersama. Kepercayaan dan kesayangan antara kami utuh. Dalam kesusahan, perkara ini lebih terserlah, makin terserlah cinta antara Walid dan Mami,” tambah Mami lagi.

Aku hanya mendengar. Walid yang ketiduran tiba-tiba membuka mata memandang Mami dan tersenyum.

Walid mendengar apa yang disebut Mami tadi dan memegang tangan Mami.

“Abang tidur balik, nanti doktor datang. Cepat sembuh, ayang tak puas lagi hidup dengan abang,” kata Mami sambil menepuk belakang Walid.

Aku terharu dengan hubungan Mami dan Walid, ayahku tercinta.

Akhirnya aku faham, telur dan lobak yang dimaksudkan Mami. Antara suami-isteri, bila lobak menjadi lembik, seorang lagi harus menjadi telur yang mengeras untuk saling menyokong antara satu sama lain ketika situasi menjadi mencabar. Mereka saling memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan saling menyokong dan membantu untuk mencapai kebahagiaan yang diidamkan.

Sekadar berkongsi cerita untuk renungan.

Senyum.

Jika anda tidak dapat menjadi penulis yang memberi manfaat, jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain.
 

Monday, February 11, 2013

♥ Fynn Jamal ♥

Fynn Jamal

Mungkin ramai yang kenal dia.
Tapi aku baru je tau pasal dia.
Ke aku sorang je yang baru tau.. entah..

Whatever..
First time aku tau nama dia masa anak kecik dia ada problem jantung
Then kena operate kos RM35K
Tapi alhamdulillah. Berkat doa dan sumbangan semua.
Anak dia sihat dah sekarang.

Done.. stop terus..

Until...

Aku dengar lagu 150 juta kali..
Mula-mula aku ingat lagu Ainan Tasneem.
Sedap pulak lagu tu. Aku dengar banyak kali kat youtube

Aku baca komen..owh lagu ciptaan Fynn Jamal.
Dia tujukan lagu tu kat suami dia..
How sweet.. best kan kalau ada bakat macam tu.

Tertarik dengan setiap bait lirik lagu tu buat aku nak tau lebih lanjut tentang fynn jamal.
Mr GOOGLE kan ada..
Terus aku terjumpa blog dia.

Fynn Jamal seorang penulis
aku suka cara dia.. jelas, tepat, padat dan yang penting JUJUR..
Dia tak pernah jadi orang lain. Dia adalah dia. UNIKnya di situ.
Bagi aku dia seorang yang cukup tabah hadapi liku2 hidup.
Calang2 orang boleh jadi seperti dia.

Asal dari bawah dan dia tak lokek dengan setiap ilmu yang dia ada..
Sering saja dia sharing kata2 semangat, kata2 nasihat
Setiap pengalaman hidup dia jadikan pembakar semangat untuk dia terus maju.
Aku sebagai pembaca pun kadang2 boleh feel apa yang dia nak sampaikan.
Jarang aku baca blog sampai menangis
Tapi ada satu part tu dia cerita masa mak dia meninggal.. aku menangis sorang2

Aku tak habis lagi khatam blog dia.. sedang dalam proses..
Apa-apapun I LOVE FYNN JAMAL.. :)

BTW aku suka Fynn Jamal yang nyanyi lagu '150 juta kali' berbanding Ainan Tasneem.
Yang Ori tetap best..


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Sunday, February 10, 2013

Cara mandi wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Friday, February 8, 2013

RAHSIA DISEBALIK ANGKA 7


RAHASIA DIBALIK ANGKA 7

Angka 7 dalam ciptaan-ciptaan Allah SWT.

1. LANGIT
Allah cipta Langit 7 lapisan dan wujud 7 Bintang besar, perkara ini
disebut dalam Surah An-Naba’ ayat 12.

2. BUMI
Allah Cipta Bumi 7 lapisan dalam Hadits ada diriwayatkan:

• Lapis ke-7 dihuni Malaikat
• Lapis ke-6 dihuni Iblis dan Pembantunya
• Lapis ke-5 dihuni Syaitan-Syaitan
• Lapis ke-4 dihuni Ular-ular
• Lapis ke-3 dihuni Kalajengking
• Lapis ke-2 dihuni Jin-jin
• Lapis ke-1 dihuni Manusia

3. SYURGA & NERAKA
Allah ciptakan Syurga dan Neraka 7 lapisan. Setiap lapisannya untuk
Umat Manusia menurut amal ibadah kepada Allah. Semakin baik
amalannya, maka semakin baik kedudukannya.
Tetapi sebaliknya jika berada di Neraka Jahanam.

4. AL-QUR’AN
Dalam Al-Qur’an. Wujud 7 Surah Panjang yaitu: Al-Baqarah, Ali
Imran, Al-Maidah, An-Nisaa’, Al-An’aam, Al-Anfa’al atau At-Taubah.
.
5. JASAD
7 Anggota penting Tubuh: 2 Tangan, 2 Kaki, 2 Lutut, 1 wajah untuk
tujuan beribadah kepada Allah dengan susunan yang unik.

6. UMUR
Allah hiasi Umur Manusia 7 Peringkat seperti: Masa Setitik Darah,
Masa Kandungan, Masa Bayi, Masa Kanak-kanak, Masa Remaja, Masa
Dewasa dan Masa Tua.


7. TANAH BESAR
Muka Bumi Allah bagikan kepada 7 Bagian Besar dan dalam setiap
bagian Wujud jenis-jenis Manusia yang berlainan Bangsa dan
Agamanya.

Baca juga Tausyiah dan Cerita Inspiratif lainnya :

@[339563746149848:1:KISAH NYATA"2 PRIA YANG MENCOBA MELAHIRKAN"] selengkapnya di @[339563746149848:274:Toko Keren]

@[339563746149848:1:Renungan "PERCAKAPAN BAYI dengan TUHAN,Sebelum DILAHIRKAN"] selengkapnya di @[339563746149848:274:Toko Keren]

@[339563746149848:1:"DAHSYATNYA KEKUATAN DOA"] selengkapnya baca di @[339563746149848:274:Toko Keren]















Angka 7 dalam ciptaan-ciptaan Allah SWT.

1. LANGIT Allah cipta Langit 7 lapisan dan wujud 7 Bintang besar, perkara ini disebut dalam Surah An-Naba’ ayat 12.

2. BUMI
Allah Cipta Bumi 7 lapisan dalam Hadits ada diriwayatkan:

• Lapis ke-7 dihuni Malaikat
• Lapis ke-6 dihuni Iblis dan Pembantunya
• Lapis ke-5 dihuni Syaitan-Syaitan
• Lapis ke-4 dihuni Ular-ular
• Lapis ke-3 dihuni Kalajengking
• Lapis ke-2 dihuni Jin-jin
• Lapis ke-1 dihuni Manusia

3. SYURGA & NERAKA
Allah ciptakan Syurga dan Neraka 7 lapisan. Setiap lapisannya untuk Umat Manusia menurut amal ibadah kepada Allah. Semakin baik amalannya, maka semakin baik kedudukannya. Tetapi sebaliknya jika berada di Neraka Jahanam.

4. AL-QUR’AN
Dalam Al-Qur’an. Wujud 7 Surah Panjang yaitu: Al-Baqarah, Ali Imran, Al-Maidah, An-Nisaa’, Al-An’aam, Al-Anfa’al atau At-Taubah.

5. JASAD
7 Anggota penting Tubuh: 2 Tangan, 2 Kaki, 2 Lutut, 1 wajah untuk tujuan beribadah kepada Allah dengan susunan yang unik.

6. UMUR
Allah hiasi Umur Manusia 7 Peringkat seperti: Masa Setitik Darah, Masa Kandungan, Masa Bayi, Masa Kanak-kanak, Masa Remaja, Masa Dewasa dan Masa Tua.


7. TANAH BESAR
Muka Bumi Allah bagikan kepada 7 Bagian Besar dan dalam setiap bagian wujud jenis-jenis Manusia yang berlainan Bangsa dan Agamanya.



Thursday, February 7, 2013

Kisah tauladan ~ Zhang Da~


Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya, dan tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya.
 
Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, dan sebagainya.
 
Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memelih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, ia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah karena ia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun.
 
Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya ia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk ia pejalari.
 
Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tak hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Ia beli bukunya untuk ia pelajari caranya. Setelah boleh ia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya.

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya hingga sampai lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata ia menjadi tokoh terpilih yang termuda.
 
Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. “Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab,” katanya.
 
Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. “Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television, mereka boleh membantumu!” Jelas pengacara.
 
Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapannya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. “Sebut saja!” kata pengacara menegaskan. Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. “Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!” kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.
 
Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, tetapi seorang ibu dan juga kasih sayang dari ibunya itu sangat tidak ternilai.
 
Pengajaran moral yang sangat sederhana, tetapi amat bermakna. Setuju kan?