Saturday, April 30, 2011

Lunch di rumah Cik Farah

Hari ni sabtu yang sangat best. Boss takde & kerja pun tak banyak (bukan takde ye..) Boss aku datang buka pintu ofis je lepas tu hilang entah ke mana. Yezzzaaa... Tinggal la kitorang yang handle opis tu sahaja.

Tengahari dapat jemputan makan tengahari pulak di rumah farah. Budak ni dulu pernah kerja kat tempat aku tapi sekarang dah kerja kat Klang. Tepat pukul 1 semua cergas pergi scan out. Harusss...

On the way to rumah farah. Makan freeee.... 

Menu: Rendang Ayam, Sambal Sotong, Kari Ikan, Sayur Kobis Goreng, Timun & Budu. 

All of us.

Dah lama tak jumpa farah. Semakin sihat dia sekarang. Alhamdullilah. Tapi sayang tak boleh nak sembang lama pun sebab dalam ramai2 ni aku sorang je yang 1/2 day, yang lain semua kena sambung kerja. Tepat pukul 2, hantar diorang balik opis, terus aku ambik sofea rumah mak en. mie. Lepak2 kat sana jap baru balik rumah. En. Mie takde sebab pergi mancing dengan geng2 pancing. Tinggal la aku & sofea je kat umah. Layann... 

Alahaiiii anak mama...


Masa aku cuti en mie ajak makan kat Kuew Teow Doli. Selalu kalau orang luar datang Taiping mesti nak try rasa makan kat sini. Macam kitorang orang sini bila2 masa pun boleh datang. Temankan je la sebab aku dah kenyang makan nasi lauk special. Masak Lemak Udang Mak Yah.. Terbaeekkkk..

 Tengah makan tu kitorang tengok je perangai sofea. Amboi dia ni kalau dapat sudu & garpu macam gaya orang tua makan. Kemain lagi. Tapi macam biasa la nak tunggu dia habiskan kuew teow sepinggan, punya la lama. Nak suap tak kasi. Nak makan sendiri. Layannnn... 

Thursday, April 28, 2011

Adat la tuuu..

Hari ni aku cuti. Kena jadi nanny sat. Jaga anak sedara + sofea sementara kakak aku bawak mak pergi check-up kat hospital. Tengok dari cara kakak aku bersiap make-up dengan dressing macam nak pergi dinner lagi.

Why?

Lepas tu dia kata kalau kita dressing lawa2 orang hospital akan lebih hormat atau memberi perhatian yang lebih berbanding kalau kita dressing biasa2. Hmm.. make sense!!

Donut or Donet??

kak lin.. bila balik tepeng? huhuhuuh.. nak order donut bleh?
Tuesday at 10:26am ·  ·  · See Friendship

    • Ellin Bakri mlm nie kot....tgok camne nti k..kalo sempat kak lin beli ar...
      Tuesday at 10:39am · 

    • Noor Azlina mlm ni.. eh.. check up bila? aku apply cuti 28/4
      Tuesday at 10:42am · 

    • Sieqin Shukor ngidam kew...
      Tuesday at 10:42am · 

    • Sieqin Shukor ngidam kew...
      Tuesday at 10:43am · 

    • Sieqin Shukor ngidam kew...
      Tuesday at 10:45am · 

    • Noor Azlina Sieqin Shukor: bukan aku nak.. sofea nak.. hehehehe.. dia suka sungguh makan dunkin donut..
      Tuesday at 11:07am · 

    • Ellin Bakri ehhhhh....iyer lah tuhhh sofeaa nakkkk....heheheee.....tp mmg betul sofea suke mkn donut mcm mak nye gakkk....hehehe....
      Tuesday at 11:11am · 

    • Noor Azlina Ellin Bakri: well... anak sapa.. like mother like daughter... :p
      Sieqin Shukor: weihh.. ko ngidam jgk ke..?

      Tuesday at 11:14am · 

    • Han Berry nak jugak donutttttt
      Tuesday at 11:25am · 

    • Noor Azlina kak lin.. check up tu bila.. tak jwb lagi..
      Tuesday at 11:25am · 

    • Ellin Bakri hanly berry: mehhh...mehhhh....
      na: betoi la 28hb tuu...

      Tuesday at 11:26am · 

    • Noor Azlina Han Berry: bukan apa.. tgk kak lin je teringat donut.. hehehehe..
      Tuesday at 11:26am · 

    • Noor Azlina ok.. tq
      Tuesday at 11:27am · 

    • Ellin Bakri na: aku tau la donut tu gebu cam aku kannnn....hehehe...
      Tuesday at 11:27am · 

    • Noor Azlina Ellin Bakri: tepat sekaliii.. 10 markah.. hehehehe.. (so.. donut jgn lupa yee)
      Tuesday at 11:28am · 

    • Sieqin Shukor huahuahuaa...xbleh blah stmnt tgok k.lin nmpak donut..tpi xpe sis Ellin Bakri u gebu like donut...huhuhu...
      Tuesday at 12:32pm · 

    • Ellin Bakri kin: donut tu yg gebu cam aku k...hahaha....
      Tuesday at 12:33pm · 

    • Sieqin Shukor huahuahua..ya ya ya... ;p
      Tuesday at 12:34pm · 


Dan inilah hasilnya...


Thank to my lovely sis.

Part yang kelakar bila sofea panggil donut tu 'Donet'... apalagi kena tanya 10x la dengan bonda dia.. 'Fea nak apa?' 'Donet' jawab fea..

FiFi , AbG & FeA sambil makan 'DONET'

Thursday, April 21, 2011

Setelah ribut melanda..

20.04.2011 (Rabu)

Pagi macam biasa je. Cuaca cerah tapi dalam pukul 3 petang cuaca dah mendung pastu hujan. Ingatkan hujan biasa je tapi rupanya ribut. Aku tengok kat luar pokok dah goyang2 beralun lain macam je tambah dengan angin yang kuat. Takutnya rasa. Nasib baik la aku kat opis. Kalau kat umah tinggal berdua je dengan sofea. Tak tau la macam mana.

Tengah buat kerja bunyi kilat kuat siap sambar server kat opis aku. Aku dengan ros dah mula kecut. Macam tak percaya je. Fine. Buat macam biasa lagi. Kali ke 2 kilat sambar lagi. Ros siap nampak cahaya kat server tu sebab tempat ros memang mengadap server pun. Terus internet takde.

Hah sudah. Satu hal la pulak. Aku cepat2 call boss aku. Dia suruh contact IT Dept. IT Dept suruh aku buat report kat TM. Check modem lampu dah padam semua. Dah sah kena sambar kilat.

Hujan dah berhenti. Budak2 store dah kecoh kat belakang. Siling dah terbang. Pulak dah?? Aku pun sibuk la jugak nak pi tengok. Memang terkejut. Tak sangka kuat sungguh angin ribut tadi.


Kening siling bumbung bangunan terangkat ke atas. 

Dah la tempat tu tinggi. Petang tu GM aku datang melawat tempat kejadian. Bahaya jugak la. Takut siling ni jatuh ke bawah kalau angin kuat. Memang nak kena repair secepat mungkin. 


21.04.2011 (Khamis)

Lepas aku buat report TM semalam, pagi ni technician TM datang opis aku untuk check server. Baju oren (melayu) & baju kemeja biru (india). Sorang lagi tshirt (cina) tu aku tak berapa kenal. Rasanya programmer dari luar sebab software program aku tak boleh guna lepas kena kilat semalam. Memang 1 Malaysia. Hehehehe.. 

Dalam pukul 2 petang sistem dah ok. Boleh guna macam biasa.  Lega aku. Ingatkan dah settle la kerja aku. Sekali mesin fax pulak tak boleh pakai. Effect jugak. Haddoii. Terpaksa la aku buat report lagi sekali kat TM. Hampehhhh.

Tuesday, April 19, 2011

Aku bersyukur..

 Zarith Sofea Binti Ruzaime

 Our beloved Sofea

We love u so much..

Tadi aku melawat blog2 yang mempunyai 'anak istimewa'. Sesungguhnya berbagai kisah suka duka yang berlaku di sekeliling aku cuma aku yang tak pernah peduli sebelum ini. Membaca kisah mereka yang begitu kuat semangat mengharungi kehidupan membesarkan cahayamata kesayangan mereka. Semuanya begitu sabar, tabah, cekal dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Mereka sedikit pun tidak pernah menyalahkan sesiapa dan menerima takdir dengan harapan akan ada sinar harapan di suatu hari nanti. Dan aku sesungguhnya begitu bersyukur kerana diberikan kehidupan yang begitu sempurna. Amin.

Mana aku nak cari..?

My idol.. Puan Anna Olson.. 

Baru lepas melayan cerita 'Sugar' by my favourite pastry chef ~ Anna Olson. Dah lama tak layan cerita ni. Ingatkan dah takde kat astro rupanya siaran waktu petang. Selalu time2 macam ni aku kat opis. Memang minat sungguh kat dia. Cara dia masak kek, biskut, puding memang best. Gatal2 mengGOOGLE DVD ANNA OLSON. Ada rupanya.. Hmm.. rasa2 En. Mie nak cari tak DVD nie..? Birthday pun lambat lagi.. (saja kasik hint.. hehehehe)

Monday, April 18, 2011

Tilu from My Sweet Little Princess...


Received comment from Tilu via FB

Sempat lagi tuuu..

Sesi bergambar kat lab


Sesekali dapat bergambar macam ni dengan kawan2 memang best. Jarang sangat aku turun kat lab ni waktu petang. Masa ni diorang tengah bersiap nak balik. Diorang panggil turun bawah ingatkan buat apa rupanya ajak bergambar sekali. Layansss.. Banyak lagi gambar lain tapi aku pilih yang ni je tuk dipublish. Hehehehe...

Saturday, April 16, 2011

Hadiah untuk wani

Aku & Azura. Sempat lagi nak berposing kat hadiah wanie. Yang tu sudah semestinya.. 

Stroller & Musical Mobile

Hari ni wani dapat hadiah hasil collection ramai2. Sebab baby boy so aku pilih stroller kaler biru. Tapi tadi tak sempat pun nak tangkap gambar wani dengan hadiah ni sebab dia sampai lewat. Aku pun dah nak balik. Cumaaa.. tak sempat beli kad lagi. Huhuhu.. Boss aku dulu pun takde kad, wani pun takde kad. Haihh.. tak best pulak. Tengok hadiah je.. takde kad. Disebabkan 2 orang pun dapat baby boy, nanti aku cari kad yg sama je. Baru adil & saksama.. hehehhe.. 

Thursday, April 14, 2011

Mee Udang againnn...

Sabtu lepas aku DIPAKSA bawak kereta. No choice la sebab en. mie nak pergi memancing jugak. Rasanya dah lama aku tak pegang stereng. Redah aje laaa.. Janji sampai tempat kerja. huhuhuhu...

Tengahari bawak kakak2 lab pergi lunch kat luar. Takde la jauh mana pun. Area tu jugak.Hehehehe.. Dah lama tak makan kat luar sama2. Kebetulan diorang pun tak bawak bekal. Best jugak sesekali layan kawan2. Sambung kerja sampai pukul 3:30 baru settle key in semua invoice2 tertunggak. Nak closing punya pasal. Kalau tak sharp pukul 1 aku dah chow.

Sebelum balik call dulu en. mie. Rupanya anak sedara aku dah on the way nak balik. Tiba2 je budak ni buat surprise pulak. Lepas ambil sofea terus balik rumah. Tunggu2 tak jugak sampai2. Ingatkan dia balik naik bas rupanya dia drive dari KL to Taiping ikut jalan lama. Patut la pun. Ada kenduri khawin kat sini. Lepas kenduri tu dia call ajak keluar makan kat Kuala Sepetang makan Mee Udang. Bab2 makan ni ok ajeeerrr.. hehehehe..


Lokasi Pilihan : Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang.

Merasa jugak aku datang sini waktu malam.

Lepas makan diorang ajak pergi Fun Fair pulak. Kebetulan fun fair ni pun kitorang tak pernah sampai lagi. Follow je la plan diorang. Best jugak sesekali masuk fun fair. Hehehehe.. enjoyyy..

Tak yakin nak biar sofea sorang2 naik so aku temankan sekali. Pusing nak dekat 10x. Berbaloi. She looks so happy tapi lepas tu mengamuk nak naik lagi. Argghh tu yang malas nak layan sangat.  

My niece didi baju putih. Balik dengan tunang dia anis baju belang merah biru. Eh?? sama pulak dengan baju en. mie.   

En mie & didi

Lepas dah bersuka ria. Sedar2 dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Malam minggu pun apa barang tidur awal ye tak? Malam tu lepas hantar tunang & kawan2 tunang dia balik hotel dia gi reunion pulak dengan kawan baik dia. Tak tau la sampai pukul berapa sedar2 pagi tu 74 missed call dari tunang dia. Ambik kau. Terlajak tidur kat rumah sampai tak jadi naik Bukit  Larut. Tido lambat lagiii.. kan dah kena.. hahahaha...

Wednesday, April 6, 2011

Fuhh.. lega...

Akhirnya tamat sudah riwayat kesan degil. Bunyi macam iklan pulak dah. Sebenarnya nak luahkan rasa syukur sebab aku berjaya mengharungi saat getir ujian hidup yang penuh liku dan ombak. Amboiii ayat macam sastera pulak dah. Cukup.. cukuppp..

Mulai hari ni rutin kerja aku dah kembali normal. Tak perlu lagi aku terkejar kesana kemari buat kerja 2 meja. Tak perlu lagi aku pening kepala nak pikir kerja itu ini. Mulai hari ni aku dah boleh kembali tenang. Tenang pun pagi tadi dah lewat 10 minit. Semua dah pikir aku tak datang kerja. Huh mana boleh. Banyak lagi kerja tertunggak aku tak settle lagi.

Semalam dah terlepas lagi episod Desperate Housewife aku sebab nak settlekan summary stock movement. Firasat aku memang tepat. Hari ni pagi masuk ofis terus aku email segala macam report yang dia mintak. Bila call rupanya dia 1/2 day pulak. Masuk tengahari. Takpe la kerja aku dah settle. Tepat kul 12 dia call tanya pasal report tu. Ni dah sah tak tengok email terus nak marah aku pulak. Memang kau nak menempah kan?? Kan.. dah kena batang hidung sendiri. Malu balik bila aku kata pagi2 lagi aku dah email. Sila check dulu sebelum nak marah orang tak tentu hala okk??

Tapiii.. cuba bayangkan kalau memang betul aku tak siapkan lagi report tu. Huiii sedap la telinga aku kena maki. Nak closing punya pasal semua nak cepat. Macam la aku ni takde kerja lain nak buat. Malas dah nak pikir. Esok last date sebelum closing. Kerja pun dah tinggal sikit je lagi. Apa pun Alhamdulillah sebab aku dah berjaya jugak akhirnya. Jangan sakit hati lagi.

Sunday, April 3, 2011

Me & Monday..


Isnin (20.11.1978)

-Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. (Betoi.. betoi.. betoi..)

-Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. (Ye ke..??)

-Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
 (cukup2 je.. alhamdullilah.. nak kata kaya tu takde la..)

-Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. (Yesss..)

-Dalam percintaan dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.(Tak reti la nak curang2 nih.. eceehh)

-Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya. (Hahaha.. tu kena tanya en. mie laaaa...)

Saturday, April 2, 2011

Release tension..

Bila masuk kerja pukul 8 pagi, bermulalah rutin kerja aku. Menggodek-godek 2 program nie. WMS & Pronto System.


warehouse management system, or WMS, is a key part of the supply chain and primarily aims to control the movement and storage of materials within a warehouse and process the associated transactions, including shipping, receiving, putaway and picking. The systems also direct and optimize stock putaway based on real-time information about the status of bin utilization.

Pronto Software is an Australian Enterprise Resource Planning software vendor. Originally trading under the name “Prometheus Software”, the company was sold to Sausage Software in 1999. The name was then changed to 'Pronto Software' following a management buyout in 2002.
PRONTO-Xi is Pronto Software's main product. It has modules for financials, retail, CRM, supply chain management, warehouse management, manufacturing and facilities management.The current release is PRONTO-Xi Phase 6.

Mula2 tu memang la blur sebab terpaksa jadi 'bidan terjun'. Sekejap2 refer note. Kena ada problem pulak. Terpaksa tanya orang tu.. orang ni.. fening makcik. Tapi sekarang ni bila dah biasa guna tanpa refer note, ok la. 
1st April aku dapat berita baru lagi. Mungkin aku kena sambung buat kerja semua ni sorang2 sampai diberitahu kelak. Sabar je la. Takpe aku redha. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Ikut hati memang la geram. Patut2 aku kena dapat gaji double ni tapi sendiri mau ingat la. Ajar2 aku semua ni aku rasa aku tak rugi apa pun sebab ilmu tu aku dapat free je. Cuma nanti kalau aku takde masa tu baru korang tau langit tu tinggi ke rendah. Okkkk??