Tuesday, December 21, 2010

At last... back to normal..

Pheww.. skrang ni sistem baru dah stabil.. aku pun tak payah pening2 & susah hati lagi.. keje aku dah settle.. cuma skrang ni belum lagi abis study mcm mana nak guna sistem baru tu.. dah ambik segala mcm note.. try pun gitu2 je.. not 100%.. actually tu bukan keje aku pun.. cuma aku kena jgk la tau.. in case emergency.. aku kena la tolong.. hmm.. tolong la sgt... hampeh..

Tadi aku bagi settle segala data entry yg tertunggak start aku bercuti.. alhamdullilah semuanya tally.. takde silap la tu.. amin.. hehehehe.. kalau la total ada plak yg tak sama.. aku kena check balik.. dah 2x keje + buang masa lagi.. cukup2 la.. tak sanggup dah aku nak hadap keje tu hari2..

Esok keje lain plak yg menanti.. keje tuk akaun dept plak.. lagi la bosan.. :p

Sunday, December 19, 2010

Didi & Anis Enggagement

18.12.2010 (Sabtu)

Aku pagi2 bangun mandi dulu.. nanti mesti ramai orang punya.. itu la habit aku bila dah ramai2 nie.. sebab aku tak suka orang tunggu aku tengah mandi.. rasa mcm tak puas je.. lepas aku mandi baru start orang lain plak nak start mandi.. terpaksa la ikut turn.. huhuhuhu..

Planning kena bertolak kul 12:00pm.. tapi biasa la.. mesti ada delay punya.. itu la.. ini la.. at last kul 12:30pm baru start bertolak dari kinrara.. otw takde la jem sgt.. biasa2 je.. sampai sana masing2 dah lapar.. nasib baik la tuan rumah suh makan dulu.. lauk pun best.. sambal udang ada.. kangkung grg belacan ada.. ayam berempah ada.. kari daging.. ulam2.. sambal belacan.. mmg lauk makan tghari.. termasuk la aku.. ambik2.. penuh pinggan.. hehehehe.. camne nak kurus ni??? Dah kenyang perut baru la selesa skit nak berbincang2 apa yang patut..

Rombongan pihak lelaki & perempuan sedang berbincang..
En. Mie berbaju kuning.. sgt terserlah dlm ramai2 tu..
Mata asyik tgk luar je.. tgk apa tu??

Hantaran dari pihak lelaki..

Cupcake pun ada..

Anis & Didie.. bergambar bersama barang hantaran..


Anis bersama bakal2 ibu mertua & nenek2 mertua..
Welcome to our family..

Kenduri tahlil di Kinrara..

17.12.2010 (Jumaat)

Hari ni agak sibuk jgk la.. mlm ni ada kenduri tahlil skit.. sempena dah ramai2 mcm ni.. bukan senang dpt berkumpul adik-beradik..

Aku & angah kena cuci ikan & ayam.. mlm ni pun ada bakar2.. best2.. biasa la dah tentu la masak sendiri bila ada kenduri mcm nie.. sesekali kena buat keje mcm ni best jgk.. lepak kat luar main air sambil sembang2 tgk anak aku main dgn anak sedara yg lain kat kwsn luar umah.. biar la selalu terkurung je..

Petang en. mie ajak gi Mydin.. temankan anak sedara nak cari baju melayu.. esok nak bertunang.. nasib baik la orang dekat je.. Kg. Permata Sri Kundang.. dari kinrara dlm sejam lebih je.. ronda2 at last dia pun jumpa la baju yg dia suka.. kaler putih.. ok settle.. terus balik.. aku dah penat..

Malam tu hujan plak renyai2.. nasib baik la ada pasang khemah kat luar.. mula2 tu silap susun meja.. terkena jgk hujan.. aku & adik aku la jadi tukang lap.. terasa mcm budak pelayan plak.. mcm tu la kot diorang rasa bila ada customer tunggu nak duduk.. tapi kerusi lak basah kena hujan.. terpaksa la lap2 bagi kering.. hehehee.. kuat berangan skit aku ni bila buat keje yg lain2 skit dari keje opis.. hehehehe...

Lepas Isyak orang masjid pun sampai.. alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar.. hujan2 pun.. lagi sedap orang makan.. ikan bakar & ayam bakar pun ada jgk.. malam tu lepak kat luar sambil sembang2 sampai kul 12am.. mata dah mengantuk.. badan dah letih.. esok nak kena bangun pagi sbb agenda esok.. nak gi ikut rombongan bertunang plak..

Note: pic upload later..

Menjemput MIL dari Mekah...

16.12.2010 (Khamis)

Sepatutnya hari ni aku 1/2 day.. tapi disebabkan keje mcm hampeh tu tak siap.. aku decide to stay jgk sampai keje siap.. programmer & GM dah tunggu dalam bilik meeting.. aku masih lagi sibuk pasal data tu kat tempat aku.. dah siap nak kena check pulak.. malas dah la nak ingat balik.. at last keje tu betul2 siap kul 7 pm..

En. mie mmg dah tunggu kat luar nak ambik aku.. sampai keta dia kta kena gerak kul 8.30pm.. haduiii.. penatnya.. sampai umah terus siap2 then kuar umah gi ambik adik2 en. mie.. diorang tumpang jgk.. otw tu just singgah minum2 kat tapah.. sampai kl gi umah adik en. mie dulu.. last week sofea ikut siti (adik en. mie) tinggal kat sana.. sofea happy sgt2 bila jumpa mama & papa dia.. rindu la kot.. aku pun rindu jgk.. anak.. sapa tak sayang..

Kul 2:00am gerak gi KLIA.. aku tak mengantuk dah.. dalam keta main dgn sofea je..

Suasana dalam KLIA..

Ramai jgk la yang menunggu orang tersayang pulang dari Tanah Suci Mekah.. masing2 muka tak sabar je nak lihat muka family masing2.. termasuk la kitorang2 nie.. heheheh...

Akhirnya MIL aku keluar dari balai ketibaan.. kitorang pun terus la jumpa & salam cium tangan.. berseri tgk muka MIL aku.. dia pun nampak happy sgt bila dapat jumpa dgn anak cucu.. saat paling touching.. hampir nak meleleh lagi airmata aku..

Kami di KLIA

Ni pic2 yg candid..

ni pic2 tak candid..

Dah settle semua.. diorang bertolak terus balik Taiping.. cuma aku, en.mie & sofea je terus ke kinrara sbb ada kenduri tahlil plak mlm esok.. so stay kat sini dulu la..

Otw to kinrara.. kakak ipar call tanya kat mana.. elok la pun sbb masa tu diorang dah bangun tido.. nak gi pasar borong selayang.. cari barang2 nak masak tuk mlm nanti.. tak payah la aku ketuk2 pintu plak.. bagusss.. sampai2 terus aku sambung tido.. penat sangat2..

Tak mungkin ku lupa saat itu...

15.12.2010 (Rabu)

Sepanjang aku keje.. minggu lepas paling aku tak boleh lupa.. mmg tension sgt2.. tak pernah aku rasa sedih mcm nie.. mmg dah fed up.. rasa mcm nak resign.. mmg aku dah dengar ura2 nak tukar sistem baru sbb tak nak langsung guna sistem yg ada skrang.. mula2 siap warehouse baru diorang dah try sistem tu kat sana.. last week nak terapkan sistem tu pulak kat tempat aku.. jadinya.. segala data perlu dimasukkan dalam sistem baru.. bukan keje aku la yg tu.. tapi aku diberi tugas memberi semua data yg diperlukan.. yg paling buat aku tension sgt2 sbb masa yg diberi is only 1 DAY!!!.. pagi tu dah dapat email.. aku try buat.. pakai pun Ms Excel.. aku try 1 sheet yg ada 50 entry pun took about AT LEAST 15 minutes.. jadi darabkan dgn 4050 entry aku nak kena buat.. in 1 Day???

Dari pagi aku mengadap benda alah tu.. sampai keje aku yg lain semua pending.. sampai la kul 9.30pm tak siap2 jgk... aku dah penat sgt2.. aku menangis je dari pagi sampai mlm sambil cuba siapkan kerja tu.. sapa pun tak berani nak kacau aku.. at last boss aku suh aku balik.. coz dah lewat sgt.. nasib baik la en. mie tak kisah sgt.. dah nama keje.. bukan aku gi merayap..

16.12.2010 (Khamis)

Masuk keje je aku cuba sambung keje smlm.. tapi boss aku ajak bwk keje aku tu jumpa IT dept.. diorang ni la yg suh aku siapkan data tu.. dalam keta aku cakap kat boss aku.. aku mmg dah try the best.. tapi aku mmg tak mampu.. nak marah pun marah la.. mmg aku dah cuba.. bukan aku tak cuba.. boss aku pun paham.. tapi dia kata dia pun tak sabar nak tgk mcm mana IT dept tu kata sbnarnya leh buat sekejap je.. owh.. ceihhh.. awat smlm tak bgitau???

Sampai sana aku pun tgk rupanya diorang masukkan formula then translate data tu mcm yg diorang nak.. keje aku lepas ni cuma copy paste je instead aku key in satu2 mcm semalam.. aku bengang giler.. aku tanya la apasal smlm tak cakap buat mcm nie?? diorang leh kata KENAPA AKU TAK TANYA? eh.. ni skrang sapa yang lagi tinggi pangkat nie.. sapa patut ajar sapa..? dah tentu2 la aku tak tau the secret yg ko buat ni bila aku tak balas2 email ko dari pagi semalam.. aku mana tau benda tu leh dibuat mcm tu.. kalau la aku tau.. aku dah buat sendiri la.. aku cuma tau basic okkk.. nak guna2 formula yg advance nie.. baik aku tukar position.. IT exec mcm ko.. bleh???

Aku pun tak paham la.. diorang suka ingat aku ni pandai segala mcm benda.. expect more than what i had.. takpe2.. aku tau diorang rasa sgt best bila buat aku mcm nie.. takpe.. aku still bersyukur sbb diberi pengalaman berguna mcm nie.. lepas ni aku tau la nak cari sapa bila aku diberi keje yg bukan2 dan tak masuk dek akal.. full stop!!!

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H for me..

Hari ni masuk2 opis.. pc boss aku dah takde.. ni dah sah smlm dia bukak nie.. mmg aku dah tau awal2 lagi dia akan pindah ke opis baru.. tapi aku malas nak tanya bila.. just wait n see.. perasaan mula2 tu rasa mcm happy la jgk.. sbb takde boss yg akan monitor aku kat opis.. aku bebas nak buat apa aje yg aku suka.. tapi selama ni pun.. boss aku bukan kisah sgt pun apa yg aku buat.. dpt boss laki mmg mcm nie..

Cuma ada la orang2 yg jeles dgn aku.. suka nak kacau aku.. suka nak sibuk apa yg aku buat.. apa ingat aku nie free sgt ke.. aku pun ada keje aku jgk.. takde la plak aku makan gaji buta.. end month segala mcm report / summary / stock closing kena balance tak nampak plak.. ke buat2 mcm tak nampak?? I love playing with excel.. so aku mmg enjoy all those task yg aku handle skrang nie.. aku mmg tunggu2 end month nak tau result report aku selama yang aku key-in nie balance ke tak.. selalunya mmg tally dgn sgt cantek la.. tapiiii kalau tak tally.. rasa mcm nak letak sign 'DO NOT DISTURB' atas meja to let them know i'm really2 bz & not in a good mood..

Dah lepas lunch baru nampak boss aku dtg.. byk benda nak kena mintak dia sign.. tapi aku biarkan dulu.. aku buat ded je.. nampak dia dah releks skit baru aku jumpa dia.. sambil hulur2 dokumen sempat aku tanya dia.. dah pindah sana ke? dia terdiam jap sambil pandang aku.. 'barang je pindah.. tapi hati tak pindah'.. aarrghh.. wat lawak plak.. apa patut aku rasa skrang nie.. nak kata sedih.. yaaa.. aku mmg sedih.. kalau dulu masa dia ada.. senang la apa2 hal aku direct je mengadu dgn dia (just pasal keje yg aku tak puas hati okkk..) pasal personal life aku jarang la share dgn dia.. & dia pandai motivate aku dgn kata2 dia.. tapi skrang nie dia dah ada byk benda nak handle.. aku kena terima perubahan nie.. cuma yg aku risau orang2 yg sengaja ambil kesempatan bila tau boss aku dah takde kat situ.. aku kena kuat semangat & semakin berani bersuara.. aku rasa inilah penghijrahan yg bakal aku lakukan sempena Maal Hijrah 1432H.. hehehehe...

Thursday, December 2, 2010

Mandi Wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh. ---> OK..

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…