Tuesday, October 11, 2011

Petua Perut yang BOUNCETTT...


Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
  • Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
Kalau yang ini senang je aku follow. Aku memang selalu minum air kosong. CHECK..!!
  • Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
Sememangnya aku tak pernah minum air alkohol. CHECK..!!
  • Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
Suasana tempat kerja - sangat tak sihat sebab asyik duduk, melekat depan PC dari pagi hingga lewat malam, kurang berjalan sebab ramai assistant yang selalu kena buli ambik barang pass kat aku.. Oh.. sungguh manja..
  • Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
Suasana di rumah - Anak sorang, laki tak suka rumah bersepah, pagi2 buta dah keluar.. malam baru balik. Bila masa rumah nak bersepah pun kecuali waktu anak buah KL balik. Alahaiii.. 
  • Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
Aku ni dah la jenis pelupa. Dah dapat baring atas katil takde la nak ingat buat latih tubi segala. Yang aku ingat nak tido je sebab esok nak bangun awal pergi kerja. 


Ni bukan perut aku ye.. ni gambar hiasan semata2.. hehehehe.. Rasanya bila la nak start projek mengempiskan perut nie..???

0 comments: