Sunday, October 9, 2011

Lazy Sunday.. :P

Ahad CUTI..!!!

Wahh.. terasa jakun plak bila dapat cuti hari ahad.. hahahaha..

Hari ni dihabiskan dengan bersantai bersama family. Betul2 kami ber3 je.. Best sangatttt...

Pagi
Malas nak masak breakfast. Dari semalam En Mie melalak mintak nasik goreng mama.. "Mama..Papa Hungry".. Tapi aku balas "Papa.. Mama Tired"... Terus tido macam tu je.. cian En. Mie.. hehehhee.. Malas nye pasal suh En. Mie tapau kuew sup untuk breakfast walaupun dia nak makan nasik lemak la pulak.. Selera bini diutamakan jgk.. tima kasihhh.. :p

Desert --> Honeydew + Icecream with Chocolate syrup..

Tengahari
Tak jugak masak. Hahahaha.. kenyang. Lepak tengok tv dengan En. Mie sambil2 layan FB. Wahh.. best2..

Petang.
Masak la jugak bila en mie request ayam masak kicap. Dah kenyang perut senang hati.. lalalala.. sebagai balasan en. mie kena la bawak keluar jalan2 pulak. Mandikan sofea dah cantik2 sekali elok aku abis mandi dia tertidur atas sofa. Pakej dah lengkap. Kenyang + Sejuk lepas mandi = Lena tak hingatttt.. good. Tak sampai hati pulak nak kacau dia. So sambil tunggu dia tido kami layan citer rugby world cup. Argentina vs New Zealand. Mesti la team All Black yang menang.. 10-33. Sian Argentina. Next time okkk.. Eh?? Takut ok tengok player2 semua badan besar. Gagah perkasa giteww.. Abis game tu sofea pun bangun. Yeayy.. jom keluar jalan2.. pusing2 tepeng 2 3 round, pusing lake garden, en mie ajak gi makan satay kajang. Jommmm...


 Sate Kajang = En. Mie & sofea, Kuewtiow sup = aku punya.. hahahaha

Kenyang sudah.. Balik tak payah masak. Esok nak keje pulak. Seharusnya aku siap2kan apa yang patut untuk esok dan berehat secukupnya. Kontena dah start masuk lagi. Minggu ni mesti kena balik malam lagi. Huhuhuhu..

Apa-apa pun aku cukup enjoy hari ni. Terima kasih en. mie kerana melayan kerenah saya. I love u so much.. (hahahaha.. macam ayat bodek je kan.. bodek budget 2012..uuwweeekkk... )

0 comments: