Sunday, June 5, 2011

Our 5th Anniversary.

Rabu - 1 Jun 2011

Kalau 5 tahun yang sudah, masa ni aku sedang berdebar menanti saat menjadi isteri kepada En. Mie. Hehehehe.. Tapi kini aku bahagia disamping dia dan puteri kesayangan kami, Zarith Sofea.

Disebabkan dah cuti 2 hari, mood memang la malas nak pergi kerja. Terkenangkan hari anniversary pulak tu. Aihhh.. tak boleh jadi. Malas2 pun kena pergi jugak sebab dah janji dengan kawan2 opis nak buat jamuan layan selera tekak. Yeesss.. I likeee...

Jamuan makan di hari anniversary aku. Alhamdullilah kenyang.. Hehehehe.. 

Kerja jangan cerita la. Seperti yang telah ku duga. Sampul surat 5 6 keping atas meja. Tu semua kerja2 yang telah diamanahkan kepada aku. Huhuhuhu.. tak sempat pun nak layan mood baru balik bercuti. Terus top speed. Letihhhh..

Balik kerja ajak en mie gi shopping barang dapur. Banyak yang dah kurang. Tak sempat nak pergi makan kat tempat best2. Ditunda ke hari minggu je. Huhuhu. Takpe la. Lagi pun aku masih batuk. Takde mood. 

Kesimpulannya hari ni biasa2 je. Seperti hari2 yang lain jugak. Tiada yang special pun. Huhuhuhu.

♥ Me & U ~ Yesterday, Today, Tomorrow, Forever!!! ♥

Operation mata my mum ~ Success.. Alhamdullilah..

Selasa ~ 31 May 2011

Seawal subuh pagi aku dah bangun. Ingatkan nak terus stay kat hospital then terus balik Taiping. Beria sungguh aku packing segala barang di subuh2 sepiiee.. En. Mie liat plak nak bangun pagi nie. Aku & Sofea terus jalan kaki pergi rumah kakak aku semata-mata nak jumpa mak sebelum dia berangkat ke hospital. Sungguh la terharunya rasa. Sempat lagi dia buat breakfast cekodok untuk kami yang ramai nie. Sedap pulak tu. I love my mum so much!!!

Kita hanyalah merancang ye tak?? Disebabkan En. Mie lambat bangun so aku decide nak ikut kakak ipar je jalan2 hantar abg aku kat PJ.  Then kakak ipar aku suggest lepas hantar terus gi tengok mak aku. Canteekk.. laju je ramai yang nak follow... Hehehehe..

Hospital Mata Tun Hussein Onn, PJ.


Name:Dr. Vijaya Mohan
Designation:Consultant Ophthalmologist
Qualification:MMed. Ophthalmology (S’pore), FRCS (Edin)


Inilah doktor yang merawat mata mak aku. Doktor pakar mata. No wonder dia tak pakai cermin mata. Hehehehe. Hospital ni ok. Semua ada dalam ni. Nak ber 'Wi-fi' pun bleh.

Kat tempat menunggu. 

Mak aku start operate mata pukul 9 pagi. Kitorang sampai pukul 9.05 pagi. Terpaksa la menunggu dan terus menunggu dengan penuh debaran. Budak2 apa tau. Berlari, melompat macam rumah je dia buat. Nasib baik ada tempat mainan.

Letih main + kenyang + air-cond = Tido. 

Tepat pukul 10 mak aku dah keluar dari bilik operation dan dihantar ke wad. Mata dah berbalut tapi masih tido. Sengaja doktor bagi dia tido dulu. Aku ni bukan boleh, kalau dah nama masuk area hospital memang la mata tak boleh tahan. Mengantuk tak hingat. Tak tau kenapa. Terlelap 3 4 kali jugak la sementara nak tunggu mak aku bangun tido.

Tepat pukul 1 mak aku dah bangun. Lega alhamdulillah. Cepat2 kami jumpa dan salam dengan dia. Happy sangat segalanya dah selamat.

Me & my mum lepas operation mata. 

Mak kena tidur kat wad untuk satu malam sebelum dibenarkan balik. Doktor nak pantau keadaan mak aku. Nasib baik kakak aku ada. Boleh jaga dia kat situ. Thanks kak lin.

Lepas dah salam2 dan ucap selamat tinggal nampak mak aku macam sedih je. Macam nak menangis. Cepat2 pujuk balik. Sebolehnya kitorang nak dia happy je. Bulan depan mungkin pergi sana lagi untuk melawat dia. Insyaallah. Bertolak dari sana pukul 3 petang dan sampai Taiping tepat pukul 6.30 petang. 

Sisters Day Out..

Isnin - 30 May 2011

Pagi2 lagi kakak aku dah call. Ajak keluar gi KL. Planning asal abang aku nak ikut. Tiba2 dia cancel sebab nak lepak kat umah je. So En Mie pun malas jugak nak ikut. Dia lebih rela tengok sofea dari ikut kitorang2 ni. Hehehehe... Terima kasih Papa.. Jasamu ku kenang.

Dalam pukul 11 pagi mula bergerak ke ~

1st destionation: Red Box, IOI Mall, Puchong

Dah puas melalak sambil breakfast yang ala2 lapik perut je. Just salad. Kekonon nak diet.

Tengahari ~ Perut semua mintak nasik!!

2nd destination: Jalan Masjid India, KL

Sesekali berjalan area2 sana memang best. Banyak benda yang murah. Patut la ramai sangat nak suka shopping area ni. Baju, tudung, kain, apa aje semua ada kat sini. Hmm.. Aku beli kasut je. Ikut hati memang macam2 nak beli. Tapi kang budget lari plak. Hadoii.. Len kali la datang lagi.. Huhuhuhu..

Puas sungguh dapat berjalan hari nie tapi tu la kepala masih teringat anak & suami. Jarang aku keluar tanpa mereka berdua. Dapat window shopping memang tak terasa masa berjalan. Tau2 je dah nak dekat senja. Pukul 7 baru sampai rumah. Tq sis. :)

To KL again

Ahad - 29 May 2011

Tengahari siap barang nak gerak ke KL.

Tapi kena pi kenduri dulu. Perut dah kenyang baru boleh berjalan jauh. Hehehehe.

Dalam pukul 3 baru bertolak dari Taiping.

Sofea terlena sebab tak sihat. 

Dalam perjalanan kereta banyak jugak. Sebab cuti sekolah kot. Highway jem menghala ke selatan. Yang menghala ke utara tak banyak kereta pulak. Arrgghh.. tensen.. tensen..

Sampai KL pukul 6.30 petang. Ramai yang sedang prepare untuk BBQ malam nie. Best2.. 

 Pilih.. pilih.. ayam ada.. ikan ada.. hotdog pun ada..

Macam biasa feveret aku Si Ikan Keli laaa... 

 Bergumbira bersama family..

 Lepak bersembang sampai ke pagi.

Sila abaikan pipi aku yg semakin bulat itu.. huhuuhu..

Wajah2 ceria sofea.. main la puas2 dengan sepupu. Ramai melayan.. Mama & Papa leh rest sambil layan selera tekak.. Huahauhahau...

Perut masing2 dah kenyang ada sesi kecantikan pulak with Mary Kay.. Si tukang jual macam biasaa la. My sister yang paling hotss tu.. Hahahaha.. Cuba je la benda pun free.. Nak beli?? Insyaallah kalau ada rezeki leh beli sebab harga bukan murah beb. Ratus2 jugak satu set. 10x pikir nak beli pun. Huhuhuhu..

Muka dah macam kena tempek dengan tepung gomak.. 

Penat.. mengantuk.. letih.. seronok.. semua ada.. Pukul 4 pagi jugak baru terlena. Berjaga la puas2 sementera tengah cuti nie. Hari biasa tak boleh. Apa2 pun seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam nie. I likkkeee.. :)

Tengah2 malam carik KFC

Sofea @ KFC 11PM

Sabtu - 28 May 2011

Malam tu En. Mie nak tengok bola kat luar dengan kawan2. Barcelona lawan MU. Tapi sofea nak ikut so untuk tidak menghampakan anak kesayangan dia bawak kitorang makan KFC dulu. Ooohhhh.. cukup pandai yeee...

Sofea suka la sangat. Tak pernah2 seumur hidup makan kat KFC. Selalu kitorang beli tapau bawak balik je. Hehehehe.. cian sofea. Ni dah dapat rasa makan kat sana jangan lepas ni tiap2 kali lalu pun menjerit nak singgah sudahhhh.. ya ampun.. letih nak layannn... :p 

Fenomena HALO di Taiping..

Cantik kan?? 
Jumaat - 27 May 2011

Pagi tu macam biasa je. Tepat pukul 12:30 tengahari kawan opis call suruh aku keluar tengok matahari. Bila tanya kenapa dia jawab keluar tengok dulu baru tau kenapa. Terus aku keluar opis cari2 mana matahari. Nampak sangat tak pernah ambil tahu bab2 cekerawala nie. Matahari rupanya ada tepat di atas kepala aku.

Tengok memang betul cakap kawan aku. Matahari hari ni memang lain macam. Terus aku panggil kawan opis aku aku yang lain suruh tengok sama. Tunggu apa lagi macam biasa terus snap2 gambar.

Mula tu pelik jugak kenapa matahari jadi macam tu. Dah la hari Jumaat. Eh nak kiamat ke..?? Hahahaha.. jakun la sat. Terus mencari jawapan di Google.

Hasil dari Wikipedia:

"Fenomena halo (bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.


Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalamawan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposferaatas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR."

Monday, May 23, 2011

Sofea pecah rekod!!!

Semalam sofea tak boleh tido. Aku jadi mangsa keadaan lagi.

Petang semalam bawak sofea keluar. Ingat nak pergi makan kat Trong. On the way pun dia macam tak boleh nak tahan mata. Mengantuk sangat kot. Aku cuba macam2 cara nak bagi dia tak terlena. Sampai tempat tu ramai la pulak orang. Sampai takde meja kosong langsung. Orang yang menunggu turn pun ramai. Ingatkan datang masa tengah2 bulan ni orang kureng tapi rupanya tak.

En mie tak sampai hati tengok sofea. Terlena jugak akhirnya dipangkuan aku. CANCEL makan2. Jom balik. Huhuhuhu.

Sampai rumah sofea tido dari pukul 8 malam sampai 12 tgh malam. Puas dia tido. Takde sapa pun yang kacau. Tapiiii.. bila dia dah terjaga, kitorang pulak baru nak masuk tido. Dah la esok nak keja.

Pukul 1:00 pagi - baru nak start tido.
Pukul 3:15 pagi - sofea kejut aku. Nak tengok cerita kartun. Aku sambung tido.
Pukul 4:30 pagi - sofea kejut lagi. Nak makan nasi. Terpaksa aku masak nasi pagi2 buta. Dah rasa macam time sahur pulak.
Pukul 6:00 pagi - aku terlena sat
Pukul 6:30 pagi - Dah lewat!!!

Owhh.. what a good start on Monday.. (*_*)

Sunday, May 22, 2011

My Saturday..

Sabtu - Selalu aku memang suka kerja hari sabtu sebab boleh balik awal dan boleh pakai jeans. Santai je kat opis. Terasa bebas. Tapi semalam tak macam yang aku bayangkan.

Pagi lagi dah buat hal. QA boss cuti tapi boss aku tak tau so opis bukak lambat sebab tunggu boss aku datang bawak kunci. Lepas tu ada problem sikit pasal kerja. Padahal kalau nak diikutkan aku takde kena mengena langsung pun. Tapi boss aku call tanya itu ini kat aku. Bila aku nak pass line kat orang yang sepatutnya dia cakap dia nak refer dengan aku sorang je. Tak nak dengan orang lain. Arrgghhh.. tensen2. Kenangkan boss aku ni jarang mintak tolong aku je. Ni mesti dah terdesak sangat. At last problem tu settle jugak. Sabor je la dapat boss macam ni.

Balik kerja terus balik rumah. Mak mertua pergi makan kenduri so lunch pandai2 la. Hehehehe. Lepas dah bersiap, ajak en. mie lunch @ McD. Dah lama janji dengan sofea nak bawak dia makan kat situ. Bila sofea tau apalagi ~ hati berbunga riang.

Kebetulan minggu ni McD 'Can' Glass kaler PINK.. I Likeeee. 

Petang, en mie mula dah start projek bakor sampah kat belakang rumah. Sekarang ni rajin la pulak. Dulu nak tengok belakang rumah pun jarang2. Aku?? kutip buah mempelam yang luruh. Dapat sebekas ada la dalam 40 biji. Bagi kat jiran2 sebab mak en. mie pesan, kalau kita rajin sedekah lagi banyak rezeki yang datang. Amin.

Makan malam terpaksa la masak. Dah tak tau nak makan apa. Yang ada pun stok ikan kerapu yang entah bila punya en. mie mancing. Sah2 tak fresh pun. Resepi paling senang & sedap. Kerapu Masak Stim. Hehehe.. Punya la nak rasa macam makan kat kedai sanggup en. mie keluar pi beli tomyam. 

Dinner ~ Kerapu Masak Stim & Tomyam Campur

Perut dah kenyang mula la mata mengantuk. Pukul 10 dah terlena. Pukul 12 terjaga balik. Mana maunye malam2 minggu tido awal. Sofea & En. Mie ni jeles tengok aku tido awal. Layan movie cerita Cheaper By Dozen. Nasib baik TV3 cerita best. At last betul2 tidur kul 3 pagi jugak. 

Monday, May 16, 2011

Macaron tutorial - Easy yet so expensive


'The most important part about making macarons is proper "macaronage" - which is knowing how much to mix the dry mixture with your whipped egg whites.


Ingredients

  • 175g (6oz) icing sugar
  • 2 level tbsp cocoa
  • 2 medium egg whites
  • 30g (1oz) caster sugar
  • 90g (3oz) ground almonds

For the filling:

  • 6-8tbsp hazelnut chocolate spread
  • Piping bag fitted with 1cm plain piping tube
  • Baking sheet, lined with non-stick liner or baking parchment

Method

  1. Sift the icing sugar and cocoa together a couple of times onto a plate, so that they are well mixed.
  2. Whisk the egg whites and caster sugar together until stiff then fold in the icing sugar mixture and ground almonds. Fill the piping bag with the mixture and pipe about 36-40 small balls onto the lined baking sheet. Press down any points with a damp finger.
  3. Leave the baking sheet in a warm place for a minimum of 30 mins, so that a the skin over the piped balls skins over and they feel dry on the surface when touched with a clean dry finger.
  4. Set the oven to cool 150°C or gas mark 2.
  5. Bake the macaroons in the centre of the oven for 10-15 mins until they have just set. Remove the macaroons from the oven and leave them to cool on the baking sheet for a few minutes, then transfer them to a wire rack to cool completely.
  6. Sandwich 2 macaroons together with some of the hazelnut chocolate spread.
  • Video Ehsan dari Youtube.
The perfect macarons

Aku ni sebenarnya memang suka tengok cerita masak memasak. Terutamanya kalau masak kek atau biskut. Yang terbaru macaron. Tengok kat youtube, macam senang je nak buat tapi banyak yang aku baca kat internet ni percubaan mula2 semua pun gagal. Macaron ni sangat sensitif. Kena banyak sabar. Hmm.. kalau la aku cukup segala kelengkapan teringin jugak nak mencuba buat macaron. 

1st step aku upload dulu cara-caranya kat blog ni. Mana la tau bila aku ada peluang nanti nak buat pulak. Insyaallah.

Saturday, May 14, 2011

Lip Ice ~ Society Of Sistas.


Bulan lepas aku join http://www.facebook.com/MyLIPICE. Saje je la suka2. Just upload pic dalam S.O.S lepas tu buat frame. Dah siap terus submit.

Semalam balik kerja en. mie tunjukkan sesuatu. Ehh?? dah sampai lip ice free. Hehehehe.. tapi sepatutnya ada gambar yang aku submit tu. Printed. Betul ke..? ke aku yang salah baca.. :p