Wednesday, April 6, 2011

Fuhh.. lega...

Akhirnya tamat sudah riwayat kesan degil. Bunyi macam iklan pulak dah. Sebenarnya nak luahkan rasa syukur sebab aku berjaya mengharungi saat getir ujian hidup yang penuh liku dan ombak. Amboiii ayat macam sastera pulak dah. Cukup.. cukuppp..

Mulai hari ni rutin kerja aku dah kembali normal. Tak perlu lagi aku terkejar kesana kemari buat kerja 2 meja. Tak perlu lagi aku pening kepala nak pikir kerja itu ini. Mulai hari ni aku dah boleh kembali tenang. Tenang pun pagi tadi dah lewat 10 minit. Semua dah pikir aku tak datang kerja. Huh mana boleh. Banyak lagi kerja tertunggak aku tak settle lagi.

Semalam dah terlepas lagi episod Desperate Housewife aku sebab nak settlekan summary stock movement. Firasat aku memang tepat. Hari ni pagi masuk ofis terus aku email segala macam report yang dia mintak. Bila call rupanya dia 1/2 day pulak. Masuk tengahari. Takpe la kerja aku dah settle. Tepat kul 12 dia call tanya pasal report tu. Ni dah sah tak tengok email terus nak marah aku pulak. Memang kau nak menempah kan?? Kan.. dah kena batang hidung sendiri. Malu balik bila aku kata pagi2 lagi aku dah email. Sila check dulu sebelum nak marah orang tak tentu hala okk??

Tapiii.. cuba bayangkan kalau memang betul aku tak siapkan lagi report tu. Huiii sedap la telinga aku kena maki. Nak closing punya pasal semua nak cepat. Macam la aku ni takde kerja lain nak buat. Malas dah nak pikir. Esok last date sebelum closing. Kerja pun dah tinggal sikit je lagi. Apa pun Alhamdulillah sebab aku dah berjaya jugak akhirnya. Jangan sakit hati lagi.

Sunday, April 3, 2011

Me & Monday..


Isnin (20.11.1978)

-Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. (Betoi.. betoi.. betoi..)

-Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. (Ye ke..??)

-Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
 (cukup2 je.. alhamdullilah.. nak kata kaya tu takde la..)

-Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. (Yesss..)

-Dalam percintaan dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.(Tak reti la nak curang2 nih.. eceehh)

-Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya. (Hahaha.. tu kena tanya en. mie laaaa...)

Saturday, April 2, 2011

Release tension..

Bila masuk kerja pukul 8 pagi, bermulalah rutin kerja aku. Menggodek-godek 2 program nie. WMS & Pronto System.


A warehouse management system, or WMS, is a key part of the supply chain and primarily aims to control the movement and storage of materials within a warehouse and process the associated transactions, including shipping, receiving, putaway and picking. The systems also direct and optimize stock putaway based on real-time information about the status of bin utilization.

Pronto Software is an Australian Enterprise Resource Planning software vendor. Originally trading under the name “Prometheus Software”, the company was sold to Sausage Software in 1999. The name was then changed to 'Pronto Software' following a management buyout in 2002.
PRONTO-Xi is Pronto Software's main product. It has modules for financials, retail, CRM, supply chain management, warehouse management, manufacturing and facilities management.The current release is PRONTO-Xi Phase 6.

Mula2 tu memang la blur sebab terpaksa jadi 'bidan terjun'. Sekejap2 refer note. Kena ada problem pulak. Terpaksa tanya orang tu.. orang ni.. fening makcik. Tapi sekarang ni bila dah biasa guna tanpa refer note, ok la. 
1st April aku dapat berita baru lagi. Mungkin aku kena sambung buat kerja semua ni sorang2 sampai diberitahu kelak. Sabar je la. Takpe aku redha. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Ikut hati memang la geram. Patut2 aku kena dapat gaji double ni tapi sendiri mau ingat la. Ajar2 aku semua ni aku rasa aku tak rugi apa pun sebab ilmu tu aku dapat free je. Cuma nanti kalau aku takde masa tu baru korang tau langit tu tinggi ke rendah. Okkkk??

Birthday Irah..

Akhirnya dapat jugak update blog. Cerita tak banyak sangat sebab hari2 sama je rutin. Pegi keja balik keja. Penatttt pastu tido. Cuma malam minggu lepas adik en. mie buat birthday anak dia yang bongsu. Dah petang baru nak keluar cari hadiah. Sebelum tu en. mie nak cuci keta dulu. Punya la slow sampai dah nak malam baru siap. Layan2 sofea dah bosan semacam je. Apalagi.. kena jadi photographer dia la. Layan janji dia happy.

Suka la tu.. 

Dah settle bab keta, cari hadiah pulak. Mahal2 betul baju baby sekarang nie. Nak pulak yang gantung2 tu. Huiiyoo.. harga boleh tahan. Kena start menyimpan ni untuk stok hari raya. At last jumpa jugak yang berkenan di hati.

Sampai rumah adik en. mie tepat pukul 8. Kitorang yang pertama sampai. Huii.. semangat sungguh rupanya. Hehehehe.. boleh la tolong apa yang patut. Adik en. mie pun buat simple2 je. Saja suka2. Ok la tu sekarang layan gambar pulak.

Ni la birthday girl. Umur genap setahun. So cute. Aku suka gomol2 budak kecik nie. Tak banyak songeh pulak tu. Senang jaga. 

 Sofea ni perasan macam birthday dia pulak. Dia paling banyak makan kek malam tu.

 Antara menu yang ada dan mereka yang hadir adalah adik-beradik en. mie.
Happy 1st Birthday Irah..
Gambar Irah bila pakai baju hadiah dari Mak Long, Pak Long & Sofea. Sooo cute..

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011

Date: 26.03.2011
Time: 8:30PM - 9:30PM

Earth Hour tahun ni macam kurang promosi. (Ke aku yang macam katak bawah terpurung?? Asyik keje je.. ) Tapi seriously aku tau last minute je pun sebab pagi2 dengar Hitz FM. Nak harapkan tengok dari tv?? Jauh sekali la sebab asyik2 terpaksa layan Disney Channel je. Dah lama sangat rasa tak tengok Buletin Utama.

Earth Hour 2011

Sempena Earth Hour, aku ajak en. mie keluar ronda2 & tutup semua lampu rumah. Kebetulan en. mie nak cari DVD. Masa ronda2 tu tengok takde sapa pun yang padamkan lampu. Macam hari biasa2 je. Takde perubahan sedikit pun. Kecewa la jugak. Tapi itu hak individu. Tak boleh nak paksa. Cuma sebagai tanda sokongan tutup la lampu selama 1 jam. 

Dah puas pusing2 singgah beli DVD. Sempat lagi sofea nampak barang mainan masak2. Masuk kali ni tak tau berapa set dah barang masak dia. Set ni tak tau la tahan berapa hari pulak. Yang lama semua dah hilang merata. Anak soranggg.. Layannnn..

Suka la tu dapat barang mainan lagi.

Thursday, March 24, 2011

Puas hati???


Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku terpaksa buat kerja sorang2. Sekarang aku dah boleh handle semua kerja kat opis. Dah semakin stabil. Tak sibuk macam mula2 dulu. Dulu masa guna sistem baru terpaksa refer note. Semua jadi lambat. Banyak kerja aku yang tertunggak. Tapi lepas dah yakin boleh buat tanpa guna note rupanya takde la susah mana pun. Alah bisa tegal biasa. Seronok pulak aku buat kerja orang. Dah kerja aku sendiri pulak rasa tak best. Mungkin sebab sesekali tukar angin.

Teringat pulak masa mula2 kena jadi 'Bidan Terjun'. Terkejut jugak. Tiba2 je sebab tak cukup staff. Staff yang sedia ada tak boleh pakai. Asyik2 buat salah je. Akhirnya muka aku jugak yang diorang harapkan. Teringat pulak kata2 manager tu. Mungkin pihak management nak test aku sebab diorang tau aku boleh buat. Ye laaa sangattt. Aku 'terpaksa' ikhlaskan hati aku menerima segala tugas2 di luar bidang kuasa aku. Paling lambat aku pernah balik keje pukul 10 malam. Sampai rumah memang terasa betul letih. Nasib baik En. Mie tak marah. Kalau dia marah aku lebih rela resign. Hati pun senang. Tak payah susah2 pikir masalah kerja lagi.

4 April nanti wani dah mula kembali bertugas lepas 2 bulan cuti bersalin. Tiba2 aku jadi takut pulak. Tak tau lepas ni apa pulak agenda yang 'diorang' rancang. Mesti 'diorang' tu tak senang hati tengok aku 'free' sikit. Lepas satu, satu dugaan yang aku terpaksa tempuh. Lepas ni aku nak kena ganti sapa pulak?? Mai aku ganti buat kerja korang. Maklum la.. semua orang 'bz'. Aku sorang je yang 'free'. ye tak??? Hampeehhh..

Tuesday, March 22, 2011

Bagaikan Puteri

Jika dunia aku yang punya
Akan ku dirikan sepasang sayap putih dan berseri
Untuk ku kemudi
Sepanjang masa tanpa kecewa
bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna

Tapi sayang.. hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh di taman
Dan bila mentari datang pulanglah segala kenyataan

Hari ni tengah bz on9 tiba2 sofea datang bawak remote control

Sofea: Mama.. mama.. ambik remote ni buka cerita masak
Aku: Buka cerita masak?? (Rasa macam tak percaya sungguh) Fea tak nak tengok cerita kartun ke?
Sofea: Cerita kartun fea dah habis.(Sambil senyum2)
Aku pun laju je tukar channel 703
Sofea: Mama.. tengok tu sedapnya.
Aku: Hmm.. sedap2.. (Sambil mata tengok lappy)
Sofea: Mama.. Nak epal (sebab channel tu tunjuk gambar epal)
5 minit lepas tu..
Sofea: Mama.. Nak roti (sebab channel tu tunjuk roti)
5 minit lepas tu..
Sofea: Mama.. Nak megi (sebab iklan tunjuk spaggeti)
Terus aku capai remote tukar channel 613. Terus dia ambil bantal dan baring atas sofa.

Moral of the story: Kalau nak on9 jangan bukak channel 703. Better buka channel 613. Give & take.. hehehehe.. Peace!!! Nak layan citer Desperate Housewife plak..

Sunday, March 20, 2011

Boy or Girl

Tadi masa mengGOOGLE terjumpa carta ni.. Kalau chinese memang guna carta ni untuk merancang family so that takde la anak dia semua girl or semua boy je. Planning 11.11.11 aku akhirnya tak menjadi pun.. takpe la bukan rezeki aku lagi kot. Ikut carta ni pun GIRL pulak tu.. maybe next time.. sabar2..

Age > 32 33 34 35 36 37 38






January boy girl boy boy girl boy girl






February girl boy girl boy boy girl boy






March boy boy boy girl boy boy girl






April girl boy girl boy girl boy boy






May girl girl girl girl boy girl boy






June girl girl girl girl girl boy girl






July girl girl girl girl girl girl boy






August girl boy girl boy girl boy girl






September girl girl girl girl boy girl boy






October girl girl girl girl boy boy girl






November girl girl boy boy boy girl boy






December boy boy boy boy boy boy girl







Don't forget
This chart is for entertainment purposes only. It is not a guarantee and we make no claims as to its accuracy. It's here just for fun, but yes, the original birth chart is said to be real and some reports suggest better than 50/50 accuracy.

 Malas dah nak planning2..kalau ada tu ada je la.. tak kisah la baby boy or girl.. huhuhu..

Are you FAT???

Body Mass Index

The Body Mass Index relates height to weight and helps to determine ideal body proportions.

Input Weight  kg lbs
Input Height  cm in

Body Mass Index =


Female Male
Underweight < 19 <20
Acceptable 19 - 25 20 - 25
Overweight 25 - 30 25 - 30
Obese 30 - 40 30 - 40
Morbidly Obese > 40 > 40
The formula is:
BMI = W / H2
where W is the weight in kilograms and H is the height in meters.

My Result--> 24.342 (Dalam kategori Acceptable lagi.. ye la sangatttt.. dah nak dekat2 OVERWEIGHT pun.. huhuhu) Siapa nak mencuba kira boleh klik sini

BILA NAK START DIET NII????

Cuba Try Test..

Hari ni aku nak kongsi satu website menarik. Sesuai kalau nak cuba letak layout kat toolbar. Memang ada banyak pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana.

Kalau rasa nak cuba boleh klik sini

Salah satu sebab aku suggest ni pun sebab ia mudah. Cuma perlu klik 'Wear It' kalau suka. Lepas tu terus gambar tu jadi background toolbar.

My choice.. Pic Ladybird

Hasilnya cute jugak.. hehehhee.