Tuesday, December 25, 2012

My new gadget.. luv my BB

25 Dec 2012 - Hari dalam sejarah..

Tak planning langsung nak dapat BB hari ni. Bangun pagi biasa je. Hari cuti kan.. Kemas-kemas rumah, layan anak sedara yang datang melepak kat sini sebab sekolah cuti. Petang layan citer Ombak Rindu. Dah berkurun cerita ni tapi aku baru nak tengok.. Kesiannnn...

Habis cerita Ombak Rindu.. menangis sedih lebih kurang, En Mie ajak keluar cari BB. Hati aku ni mula la berbelah bagi je nak beli ke tak. Almaklum la seperti semua sedia maklum aku ni memang sangattt jarangggg tengok handphone. Terperap je dalam handbag. Sekali tengok mesti ada missed call dan message tak bereply..

Tapi aku gagahkan jugak la ikut pi survey..

Dah sampai kedai handphone tengok ada BB kaler putih dan hitam. Mula la konfius datang lagi.. Hitam atau Putih.. Dari rumah nak kaler putih tapi bila sampai kedai tengok kaler hitam pun smart jugak. Hadooiii.. Tanya pendapat En. Mie dia kata hitam ok.. putih pun ok.. alamak..

Setelah ditenung.. direnung.. dipikir.. akhirnya aku decide ambik kaler hitam. Reason paling kukuh --> Sebab hitam susah nampak kotor... bleh?? Hahahahaha...

Akhirnya aku ada BB jugak.. Akhirnya aku ada BB Pin sendiri : 259E5835.. Excited sangat kan.. sekali masuk kereta baru aku sedar aku memang ZERO knowledge pasal BB.. percaya tak, aku nak Unlock BB pun tak reti. Makanya pegang je la BB tu sampai rumah.. Dasarrr tak sabar nye pasall...

Masih byk lagi yg nak digodek-godek.. nasib baik la boleh mintak tolong kakak dan anak buah.. kalau harap aku mau gi terus bertapa kat kedai hp cina tu mintak bantuan.. Hahaha..

Masa mula-mula nak setting tu aku memang sangat BLUR.. tapi bila dah pandai sikit-sikit ok la.. dah berani nak godek sendiri.

Mr Google jugak banyak membantu.. Disebabkan adik beradik aku takde yang reti pasal blog terpaksa la aku cari info sendiri.. tapi satu kepuasan bila ilmu yang kita dapat tu hasil dari pencarian sendiri..

Cari punya cari.. akhirnya berjaya jugak connect BB aku dengan blog Narlina.. Waa.. Best betul bleh update blog guna BB.. Leh attach gambar plak. Just taip apa kita suka pastu kalau nak attach pic, pilih je then tekan SEND.. Simple as that.. Nice. Love my new gadjet.. XOXO (terkenan Istanbul Aku Datang)



Ok la.. Testing again..

Testing.. Aku ni buta IT skit.. Hehehe..

Sunday, December 23, 2012

Nice view..

Cuba teka ni kat mana?? Hehehehe..

Ni la kampung halaman En. Mie kat area Bukit Merah. Tenang je kalau duduk kat sini. Nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kampung En. Mie kawasan sawah padi. Dulu-dulu dia cerita selalu balik kampung tangkap ikan kat tali air. Mandi kat tali air. Memang happy je dengar cerita dia kecik-kecik dulu. Aku ni je kampung jauh. Jarang sangat balik. Hmm.. Tapi takpe la tumpang kampung orang.. buat macam kampung sendiri.. Hehehehe..

Ahad lepas ada kenduri kat kampung dia. Maksu dia baru dapat baby. Buat kenduri cukur rambut.  Bayangkan sepupu En Mie baru lahir.. En. Mie ni cucu sulong jadi banyak lagi la sepupu yang bawah dia. Latest anak maksu dia.. bila En Mie pegang anak maksu dia.. Cucu paling tua bertemu dengan cucu paling kecik. Nice moment kan.. tapi aku lupa tangkap gambar..

Tak planning pun nak tangkap gambar kat sini. On the way nak balik tiba-tiba En Mie berhenti kereta tepi jalan nak tangkap gambar. Cuaca masa tu sangat la cantik. Sawah padi pun hijau je.. Awan pun berkepul-kepul.. Dia je tangkap gambar kitorang.. aku tak tangkap gambar dia pun.. hehehehhe...Layannn..





Saturday, December 22, 2012

Ferrari Model LEGO® Collection


Akhirnya dapat jugak kumpul enam koleksi kereta LEGO Ferrari. En. Mie yang beli tapi yang tukang cantum-cantum lego tu aku. Hehehhee.. Sofea tak minat pun nak main benda-benda macam ni. Nasib baik.. Heheheheh.. Limited Edition ni. Simpan buat koleksi. 

Sunday, December 16, 2012

Budak ni sangat cute..!!

 

Cute tak?? 

Aku tak tau anak siapa.. tapi yang pasti aku akan hadap gambar budak ni hari-hari bila aku pregnant nanti.. Hehehehe.. :)

Saturday, December 8, 2012

Durian Crepe ♥♥♥

Asal aku online fb mesti nampak kuih (kategori kuih ke?) Durian Crepe. Nampak menarik jugak sebab aku paling suka durian. Harus la aku teringin sangat nak rasa kelazatan durian crepe ni.

Area Taiping memang ada yang jual tapi tau je la aku bukan jenis sanggup nak keluar semata-mata nak mencari benda alah ni. Dah tu pulak kena order dulu. Kalau ada jual terus beli je mungkin la aku dah try lama dah.

Tapiiii... teringin tetap teringin. Dasarrrr..

Mungkin la ada rezeki aku nak merasa.. Satu hari tu aku sembang dengan kawan satu opis masa tengah scroll up scroll down fb pasal durian crepe. Hari-hari asyik tengok gambar je tapi tak pernah lagi rasa. Kebetulan kakak dia yang tinggal kat KL tu nak balik Taiping. Kakak dia pandai buat Durian Crepe. Siap buat bisnes lagi. Kalau nak order dia boleh tolong bawak mai opis.

Hati sudah berbunga riang laaa.. tak reti-reti lagi? Terus la aku order 3 ketul / RM6 je pun. Stok testing-testing. Kalau sedap lain kali boleh order sedozen. Hehehehhee...

Pada 08.12.2012 - Akhirnya Durian Crepe sampai depan mata. Kebetulan hari ni birthday En. Mie. Elok la sangat. Aku seketul, En. Mie seketul, Sofea seketul. Nak beli kek pun bukan En. Mie nak makan sangat. Durian Crepe sudahhh.. :)

Ok jom layan gambar..

Masa baru dapat delivery Durian Crepe kat meja opis.

Efek gambar. Kulit durian crepe sebenarnya kaler kuning. 

Sesi post-mortem Durian Crepe. Hehehee. 

Sangat sedap rupanya. Seperti yang aku bayangkan selama ni. Terasa macam makan durian gred A. Tak sampai 3 minit settle semua sekali. Ok Durian Crepe. Kita jumpa lagi musim depan pulak. 

Tuesday, December 4, 2012

Surprised birthday party..!!!

Selalu pun memang selalu buat makan-makan kat opis. Tapi tak tau pulak yang kali ni ada kek sempena sambut birthday. Waaa.. terkejut sat.. hehehhee..

Sambut birthday untuk 3 orang.. sekali harung jee..  

Menu ada Bihun Sup / Kuew Teow Sup 

Ni pun dah penuh sepanjang meja.. 

Ok.. Upacara potong kek bermulaa... 

Setelah itu sesi ceduk-menceduk pun bermula.. 

Masing-masing menjamu selera.. 

Rupa kek black forest setelah dipotong-potong..  Yummyy...

Kek makan last.. sebagai pencuci mulut.. Alhamdullilah... Kenyanggg dan gumbira.. Tima kasih kawan-kawan.. Jasamu dikenang.. :)


Saturday, December 1, 2012

My new Pemanggang Ajaib..


Motif..???

Sharing is caring.. :)

Sebenarnya tak planning pun nak beli. Hari tu masa gi kenduri ada sepupu en. mie terpromote grill pan ni. Asalnya nak beli pemanggang ajaib keluaran Syarikat Menang tu.Tapi macam kecik je so dia suggest tambah duit sikit dapat yang besar. Hmm.. alang-alang beli baik beli yang besar terus. Sekali masak sekor ayam pun muat. Malas nak ulang grill 2x nye pasal. Makan nak sedap tapi pemalas elok la beli benda alah nie.. hehehehhee...

Jom layan gambar
*
*
*
Barang yang diorder baru sampai.

Berat jugak. Memang tebal besinya.

Made in Itali nye pasal.. harusss beli jugak..

Uik kat pemegang pun ada tulis jugak..?

Ini la rupa bahagian dalam grill pan tu. 100% dijamin tak melekat.

Ok. Jom kita test. Panggang kambing dengan perapan sos lada hitam. Beli segera je kat Giant. Malas nak susah-susahkan diri. Dasarrr kannn... 

Kambing selepas dipanggang.. testing-testing memang tak melekat langsung.. bagussss.. I likeee.. lepas ni boleh panggang ikan.. ayam.. dan apa aje laaa.. 

 Sangat sedap okkk... bila dah masak isi jadi lembut je. Tak keras atau liat langsung. Tak kering dan berjus lagii... Hehehehe.. Alhamdullilah. :)

Thursday, November 22, 2012

My 34th birthday..

Posting yang lambat..

for my 34th birthday.. Hehehehhe.. (mcm tak semangat je nak sambut birthday kannn..)

perasaan..???

Macam tak percaya...

Tapi kena la percaya.. :)

Target @ wish --> nak menambah lagi sorang cahayamata sebelum usia mencapai 35..

Dapat banyak birthday wishes kat fb.. TQ u ouulllss... Segala berkat doa kalian semoga termakbul hendaknya.. Amin.. Aku bahagia sekarang.. Don't worry.. :)

Juga aku bersyukur atas segala yang diberikan oleh Nya.. Amin..

Hadiah?? --> Next month kata En. Mie. (Tunggu bonus ekk..?)