Saturday, May 12, 2012

♥ Wedding Anis & Deedy ♥

Akhirnya....

Setelah sekian lama menanti baru hari ni ada peluang nak update story pasal  ♥ Wedding Anis & Deedy ♥

♥ 3rd May 2012 (Khamis) ♥

Aku kerja sampai petang. Menyesal pulak rasa tak ambik cuti 1/2 day. Kepenatan jugak la sebabnya aku tak prepare apa-apa pun lagi. Kelam kabut la jugak hari tu. Balik kerja En. Mie tanya "Mama dah ada baju ke belum?" Aku pun start la buat muka sedih.. "Takde la papa" Terus dia jawab "Ok, jom pi shopping".. Dalam hati berbunga cinta.. hahahhaaha..

Sampai Taiping Sentral terus cari baju kurung kaler hijau. Cari punya cari alhamdullilah aku jumpa baju kurung yang aku berkenan. Ok settle bab aku. Turn cari baju En Mie pulak. Dia nak cari baju yang sama kaler hijau macam aku tapi takde. Ada pun takde saiz la pulak. Tak kisah la janji kaler hijau. Beli jee..

Lepas tu bergegas ambik sofea kat rumah opah dia then terus balik rumah. Baru nak start kemas-kemas baju. Haisshh.. menyesal buat kerja last minute.. :(

Bertolak dari Taiping dah nak dekat pukul 9 malam jugak. Dalam kereta mata tak boleh nak tido sangat. Excited nak jumpa dengan family yang sedang menunggu di Villa Ukhwah, Tasik Titiwangsa.


Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Sampai sana tepat pukul 1 pagi. Wahh.. diorang tak tidur lagi rupanya. Semua tengah sibuk isi barang goodies bag dah hias-hias apa yang patut.




Aku tolong la jugak tapi sebab tangan aku ni bukan tangan seni, baik aku tangkap-tangkap gambar je. Jom ronda dalam villa 2 tingkat ni..







Sangat luas okk.. sesuai untuk buat kenduri-kendara.Ada swimming pool pulak. Asing untuk kanak-kanak dan untuk dewasa. Boleh berenang sesuka hati. Yeesss.. i likeee...

♥ 4th May 2012 ♥

Bangun pagi turun bawah dah tersedia breakfast nasik lemak. Lepak makan sambil sembang-sembang dengan bapak sedara, mak sedara, sepupu yang dah lama tak jumpa. Kisah-kisah perangai abang-abang aku masa kecik-kecik, kisah aku pun terselit jugak. hahahaha.. rahsiaaaa..

Tengahari melayan sofea mandi swimming pool dengan anak sedara aku yang lain. Main la ko puas-puas sofea. Dia happy la sangat.







Petang.. Turn kami pulak.. hahahahaha



Malam.. tolong rebus telur kat dapur dengan mak & bapak sedara.. sambil tu layan sembang dengan diorang.. bila sembang dengan orang kedah nie automatik loghat aku pun bertukar.. feel being myself is awesome.. hahahaha.. penutup makan telur rebus 3 suku msak 2 biji dikala pukul 1 pagi..

♥ 5th May 2012 ♥

Bangun pagi tengok semua persiapan di dalam dan luar semakin siap..

Pelamin pengantin..

Meja makan pengantin dan rombongan pengantin perempuan..

Meja makan untuk para tetamu yang hadir.

 Pukul 1 tengahari rombongan pengantin tiba

 Ok.. start baris-baris flower gurl dan dayang-dayang sekalian..

 Wajah ceria pengantin...

 Datuk M. Daud Kilau menyanyikan lagu untuk pengantin dan para tetamu yang hadir.

 pose dari flower gurl.. yg tengah tu gedik aku tengok.. hahahaha..

 Ada persembahan silat jugak..

 Pengantin start makan pulak.. sambil mendengar story morry dari ibu pengantin lelaki..

Terharu pengantin lelaki apabila mummy dia kasik surprise hadiah kereta Persona sebijik.. 

Taraaa... inilah kereta itu..

Pengantin yang sangat sporting dan enjoy on their BIG DAY..!! 

Ok its time for Wedding Cake. 

Gambar kami bersama Raja Sehari untuk kenangan. 

Kami 'Pengantin Lama' yang masih happy dan enjoy our life together.. Aminnn.. 

Thursday, May 10, 2012

Testing my new lappy.. weeee.....

Testing.. testing.. 1, 2, 3.. 


Hehehehehe.. amboi sukanyaaa... kat opis tadi dah teringat2 kat lappy nie.. tak sabarnya nak guna.. semalam tak boleh guna sebab kena charge 8 jam. So hari ni la baru boleh nak merasa godek2 apa yang patut. 

Mari la berkenalan dengan lappy ku.. 

Brand Lenovo Model G470


Macam mana video tu.. macam tu la jugak yang aku tengok masa mula2 bukak kotak lappy nie.. so aku pun masih dalam proses kenal mengenali lappy nie.. banyak lagi aku kena belajar.. eceeeh.. padahal bukak on9 facebook je pun.. tunggu la ada masa aku adjust2 apa yang patut.. sekarang nie memang standard keluar kotak.. software biasa2 je.. :) 

Wednesday, May 9, 2012

Sempena 9 May..


Hari ni 9 May banyak benda baik yang berlaku..

- Hari ni birthday adik aku. Sayang dia sangat sebab dia sorang je adik aku pun... :)
- Pakai baju baru pergi opis.. what a new day.. :)
- Kat opis ada staff baru masuk.. dapat kawan baru..
- Keje tak banyak sangat.. petang layan fb je sebab tak bleh nak wat keje bila en mie kata:


HARI NI KENA BALIK AWAL YER PUAN AZLINA KERANA ADA SESUATU MENANTI ANDA DI RUMAH....... "SEMPENA HARI MAMA/IBU YG BAKAL TIBA... TQ..

Waaaa... sabor2.. masa tu baru lepas 3 petang rasanya..

Masa begitu lambat berlalu.. rasa macam nak pusing jam je biar cepat skit pukul 5:40 bleh..???

Tungguuuu.. punyaaaa tungguuuuu.. okkk  its time to go home...!!! Laju je aku terus scan out.. No OT for today.. hehehehhee..

Sampai je kat rumah.. en. mie dah tunggu depan pintu.. gaya macam nak keluar je.. terdiam aku seketika.. dia ajak keluar. Terkedu jap.. kata ada surprise menanti di rumah??? Tapi takpe.. mungkinkah surprise tu diluar rumah.. sambil2 pujuk hati.. Malas nak tanya banyak.. ok i followwww....

Dalam keta dia diam.. aku pun diam.. sampai la dia berhenti depan kedai komputer. Macam tak percaya pun ada... terdetik jgk di hati.. hadiah labtop kot sebab selalu dengar aku bising dok kena berebut labtop dengan sofea.. hehehehe..

Rupanya ramalan ku benar belaka.. hahahahaha...



Labtop bau kedai..

Testing.. testing.. 1, 2, 3..

Dengar penerangan dari technician komputer 

Ini la rupanya.. berkilat2..

Sticker merah tu tandanya graphic bagus.. kalau nak layan game la..  

akhirnya.. labtop impian menjadi kenyataan...

Terima kasih buat suamiku tersayang... u really make my day..!!!

Tuesday, May 1, 2012

Dah skype pulak..


Semalam si princess ni 1st time guna skype. Tu pun sebab anak sedara request nak tengok fea. Rindu la kot.. takpe2.. nanti kita jumpa live.. :)

Sofea suka sangat la dapat guna skype. Lepas kak yong dah off9 dia mintak nak cakap dengan kak yong lagi. Haiisshh sayang mama.. mana la boleh 24 jam nak on9 skype je. Tapi itu la kan.. budak. Bukan reti pun kalau kita explain. Sudahnya dia pi layan DVD Cinderella 3 in 1.. 


Tupperware Rice Dispenser

Dulu aku pandang je benda alah ni kat internet.. nak beli mahal nak mampos.. isi beras je pun.. berbaloi ke?

Brand Tupperware memang la mahal tapi itu la.. kualitinya memang tiada tandingan. Letak kat dapur nampak berseri2 je.. dimata kita la.. dimata suami sama je takde beza pun. Diorang mana layan tuperware2 nie.. Memang la tak dinafikan ada jugak surirumah yang fanatik dengan barang tupperware. Kalau boleh semua benda alah kat dapur tu brand tupperware. Kalau mampu.. boleh la.. kalau tak.. berangan je la macam aku.. hehehehe.. 

Tapi satu hari masa pergi ambil sofea kat umah MIL, adik ipar aku ajak main kutu tupperware. Huh?? aku ni kan ala2 katak bawah tempurung skit. Ini macam pun ada?? Bila pikir2 balik kalau nak harap aku beli cash sampai bila pun tak beli. So aku join je la sebabnya aku boleh dapat benda ni esok hari tu.. Huii.. cepatnya.. i likeeee... 

Taraaa.. akhirnya benda ni dah ada kat dapur aku.

Design yg jimat space. Nampak macam kecik tapi boleh isi 10kg beras. Tapi aku jarang beli 10kg. 5kg pun lambat nak habis. Pastu guna konsep First In, First Out. Sesuai sangat untuk orang yg jarang masak nasik macam aku. Sekarang takde masalah kutu beras lagi.

Dan.. ada percuma hadiah Tupperware Rainbow Cube Gift Set. It's so cute. Aku pun tak tau nak isi apa sebab kecik sangat. Stok mainan sofea. Konon2 jual kek dalam bekas macam secret recipe tu.. Hahaha.. layannn.. 

Oreo Cheese Cake


Once upon a time....

aku pernah post status FB macam nie..


Noor Azlina
April 18

Hujan2 ni teringin pulak nak makan oreo cheese cake Sieqin Shukor... hehehehe..
 · 



Tapi tak sangka pulak My BFF sudi buatkan..


Puan,,, Oreo Cheese Cake anda suda siap... bleh amek x... :)
 · 



Siap delivery lagi.. owhh.. terharunya.. :)

Oreo Cheese Cake by Sieqin Shukor. Thanks beb.. :)

Dapat buku sejarah..

 Bukan buku sejarah jual kat kedai tu.. ni buku takde jual punya.. NOT FOR SALE. Buku sejarah company aku.. hehehehe..

 Sempena ulangtahun ke 150 tahun, kitorang semua dapat buku sejarah. Cerita start dari tahun 1862 - 2012.
 Gambar adalah dalam bentuk 3D. Sebab tu setiap buku dibekal bersama cermin mata 3D. 

 Very exclusive.. siap bereben segala.. 

 dan siap berkacamata 3D

Siap penerangan pasal 3D pulak.. pakai jeee... baca belum tentu paham pun.. kannn..?

Tapi kami lebih suka guna untuk berposing dalam opis kami yang comel.. 
Saiz buku tu sangatlah besar dan sangatlah berat ok.. 

Gambarnya sangatlah besar dan jelas.. bermula dari cerita nenek moyang pengasas hingga ke seluruh cawangan di seluruh dunia. Nak lebih cantik boleh cuba guna effect 3D dengan pakai cermin mata.. 

Sekian, terima kasih. Peace No War. :) 






Birthday Datin Ina..

Opsss.. jangan salah paham ye.. bukan birthday aku.. birthday aku lambat lagi.. ni birthday orang lain.. Aku belum dapat pangkat datin lagi.. huahahauuaha....

1 May sebenarnya birthday Kak Ina tapi kitorang sambut awal sehari awal sebab 1 May kan Public Holiday..Kak ina staff paling Otai sebab nombor pekerja dia bermula S001.. orang pertama tu.. dasat.. dasattt..

Kiranya kitorang selalu mengusik dia.. bermanja dengan dia.. bergaduh.. eh?? hehehehe.. mana ada.. mengusik jeee.. selalu kitorang usik dia panggil nama datin ina.. tanda respekkk.. hhahahaha.. kalau kitorang ada problem pasal kerja. Dia la tempat kitorang merujuk.. nama pun otai kannnn...

Blueberry chocolate cake for Datin Ina
Ros - Party Planner
Kak Ina - Happy dapat surprise.. :)
Bergambar kenangan sebelum sesi potong kek..
Alamak.. lebarnya body aku.. huhuhuhu.. :(
Menu utama : KFC.. i likeee...
Happy birtday to youuuuu.. ok tiup lilin kek...
Sayang kak ina ketat2.. hahahaha... 

Friday, April 20, 2012

Rahsia di sebalik mandi wajib

mandi kosong MENARIK! Jom Baca Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib
MENARIK! Jom Baca Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib
Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untukmembersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

Tayammum Pengganti Mandi Wajib

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan

Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Al—Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha.“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Bagindamencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya