Saturday, August 16, 2014

Sayang mak selamanya...

Ya Allah...

Dalam aku gembira setelah Allah kabulkan permintaanku menimang cahayamata lelaki.. Rupanya aku bakal kehilangan seseorang yang ku sayang..

Mak...

Waktu ku terima berita mak dah takde.. Tergamam seketika.. Jiwaku terasa kosong.. Jantung seperti berhenti.. Terasa seperti nak menangis sepuas hati.. Nak lari ikut mak sekali.. Makkkk... Ina sayanggg makkk....

Tapi.. Manakan mungkin itu semua terjadi... Tiba-tiba hati kecil ku terdetik.. Ingat Allah ina... Jgn ikutkan perasaan sgt...

Ini semua dugaan dari Allah.. Ini semua perancangan Allah.. Percayalah.. Ini yang terbaik.. Sudah tiba waktu ajal menjemput.. Tiada siapa boleh menghalang.. Siapalah kita hanya hamba yang lemah...

Aku kena redha.. Belajar terima dgn hati terbuka.. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah kiriman doa sebagai anak untuk ibu di sana.. Semoga mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Sepanjang pengetahuanku.. Mak seorang yang baik dengan semua orang.. Mak tak pernah mencarut memaki orang.. Penyabar sungguh.. Semua yang kenal mak pasti kenal hati budinya.. Ramah dan mesra.. Sentiasa terukir senyuman..

Malah di usia senja.. Dikala ingatannya semakin lemah.. Dia cuba sedaya upaya untuk ingat kembali jika sesiapa datang menyapanya.. Itulah mak.. Begitu sempurnanya dia dimata kami anak-anaknya..

Mak pandai membahagi kasih sayang.. Sesuatu yang sukar dilakukan apatah lagi didalam keluarga yang besar.. Tak dibeza layanannya pada semua.. Dalam lembut ada tegasnya.. Dalam manja ada garangnya.. Marah mak kerana benar.. Tak mungkin simpan didalam hati..

Pandainya mak mendidik kami.. Tak terbalas jasamu membesarkan kami mak.. Jelas terpancar kegembiraan mak setiap kali dapat berjumpa anak cucu cicitnya.. Memasak pelbagai lauk yang mengandungi 1000 kasih sayang.. Mak tak pernah hampakan permintaan kami.. Sedaya upaya dia cuba ceriakan hati kami melalui masakannya yang enak.. Puas hati mak dikala kami memuji masakannya yang enak luar biasa itu.. Masakan air tangan ibu memang terbaikkk.. Terima kasih makk...

Saat ku kucup dahi mak untuk kali terakhir sebelum mak dikapankan.. Terasa sejuk bibirku.. Itulah ciuman yang takkan ku lupa sepanjang hayat ku.. Maafkan anakmu mak.. Anakmu yang tak sempurna ini.. Anakmu yang tak lari dari melakukan kesilapan.. Tenanglah mak disana.. Doaku sentiasa mengiringi mu makk... Kenangan abadimu sentiasa kekal diingatan..

Sayang mak selamanya... :(

Tuesday, August 12, 2014

Bila view blog guna handphone

Kalau ikutkan lagi puas update blog guna labtop..

Tapiiii.....

Nak start labtop pun malas.. Kalau terpaksa baru laa nampak labtop.. Selagi boleh view guna handphone.. Gigih aku godek2 handphone lagi..

Org lain dah berzaman guna hp touchscreen.. Aku ni baru nak merasa..  Tu pun sbb en mie hadiahkan.. Sakit mata kot tengok aku pakai BB.. Hahahaha.. Tak updated langsung bini dia.. Kalau gathering.. Semua pakat scroll up & down hp touch screen.. Aku sorang je setia guna BB screen kecik.. Selesa kot guna hp keypad.. Laju je aku menaip.. Payah la nak typo error..

Start aku guna BB.. Tak pernah en mie godek2 hp aku.. Dia tak reti guna BB.. Aku pun tak kuasa nak godek hp dia.. Sbb tak reti hp touch screen.. Kami mmg serasi bersama.. Ggrrr...

Ni la rupa blog aku kalau view guna hp lenovo..

Sunday, August 10, 2014

Selamat hari raya 2014

Tahun ni sambutan raya biasa je.. Almaklum laaa.. Aku tgh dalam pantang.. Baby pun sakit kuning.. Berulang alik ke hospital.. Sgt tak best..

Kesian kat orang yang datang beraya kat rumah.. Tak dapat tgk baby.. Apa bleh buat.. Sakit baby kuning ni tak bleh buat main2.. Paling tinggi kuning dia pernah cecah 22.. Kalau ceceh 25.. Terus kena tukar darah..  Scary plak aku dgr..

Alhamdulllah.. Skrg ni dia dah ok skit.. Cepat sembuh ye anak mama..

Selamat hari raya uollss.. Dan maaf zahir dan batin.. :)

Testing lagi...

Kali ni aku nak try hapdet blog guna phone lenovo A850.. Kalau ok.. Cantekkk..

Tgh cuti bersalin 2 bulan.. Bleh aku merapu dalam blog bila bosan..

Tuesday, May 27, 2014

AIR KENCING PENYEBAB AZAB KUBUR DAN PEROSAK IBADAH

Zaman serba maju ini, dengan kewujudan tandas berdiri bagi lelaki, timbul satu isu dimana, adakah anda menyucikan kemaluan anda selepas kencing? Bukankah ada kemungkinan sisa saki baki kencing yang keluar kemudian, akan terkena pada seluar atau pakaian dalam atau boxer? Adakah anda sudah beristinjak selepas kencing (samada dengan air atau tisu)? Adakah anda menjaga diri anda dari percikan kencing? Adakah anda telah melaksanakan perbuatan melawaskan kencing agar saki bakinya keluar habis?
Ada juga wanita yang tidak membuka bukaan kakinya dengan besar, boleh pulak mengepit kaki semasa kencing. Kemungkinan untuk air kencing tersebar atau terkena atau terpercik pada bahagian punggung atau paha adalah lebih tinggi, berbanding kencing dalam keadaan tidak mengepit, khususnya mereka yang berbadan besar. Lepas selesai, hanya basuh pada kemaluan, mengabaikan punggung dan paha yang mungkin terkena najis. Ini adalah satu kesalahan yang ramai abaikan kerana kelihatan remeh.
Kita akan menyelusuri perkara ini dengan huraian yang mendalam, kerana perkara ini wajar ditekankan kepada setiap mukallaf, khususnya LELAKI. Huraian yang akan saya bawakan adalah dengan hadis yang sebahagiannya hadir bersama senarai sanad penuh, agar anda boleh merasa/melihat situasi bagaimana keadaannya mempelajari tentang hadis dan usul hukum. Turut saya selitkan bersama ialah hujjah dan qalam ulama’ berkaitan soal toharah ini. Semoga mendatangkan manfaat.
KEBANYAKAN SEKSA KUBUR ADALAH DISEBABKAN KENCING
Hadis: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hammad, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Al A’masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw, baginda bersabda:
“Kebanyakan siksa kubur adalah kerana kencing.”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra. Hadis ini sahih]
Dalam hadis lain:
Rasulullah saw bersabda: “Berlindunglah kalian dari air kencing kerana kebanyakan azab kubur adalah daripadanya.”
[Riwayat Daraquthni di dalam Sunannya, hadis ini sahih]
Dua hadis ini menjadi bukti bahawa air kencing sebenarnya memberi impak yang besar kepada diri seseorang di alam barzakh. Dalil ini juga membuktikan bahawa ramai orang diseksa di dalam kubur adalah kebanyakannya disebabkan air kencing. Ini diperkuatkan dengan hadis:
Telah mengabarkan kepada kami Ahmad bin Sulaiman dia berkata; telah menceritakan kepada kami Ya’la dia berkata; telah menceritakan kepada kami Qudamah dari Jasrah dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Aisyah, dia berkata;
“Seorang wanita Yahudi menemuiku dan berkata “Azab kubur itu boleh terjadi kerana air kencing (yang tidak sempurna disucikan)”. Aku (Aisyah) pun berkata “Kamu berdusta”. Dia berkata “Benar, bahkan jika salah seorang kami siap untuk memotong kulit dan pakaian kami (jika terkena air kencing)”. Kemudian Rasulullah saw keluar hendak solat, baginda mendengar suara kami yang keras, maka baginda bertanya “Ada apakah ini?”. Lalu aku memberitahu apa yang dia katakan. Nabi saw bersabda “Dia (orang Yahudi itu) berkata benar”. Maka setelah itu, baginda tidaklah melaksanakan solat kecuali beliau mengucapkan di akhir solatnya “Ya Allah, pemelihara Jibril dan Mikail dan Israfil, lindungilah aku dari panasnya api neraka dan azab kubur”
[Riwayat an-Nasa’i di dalam kitab Sunannya, 13/794; juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad 13/1113, no. 23188]
Hadis ini membuktikan lagi bahawa antara azab kubur di alam barzakh nanti adalah disebabkan air kencing. Maka telah terang, jelas, lagi bersuluh, bahawa air kencing merupakan salah satu penyebab kita diazab di dalam kubur. Wajiblah anda mengetahui sebab-sebab dan cara menjaga diri dari najis air kencing.
MENGAPA AIR KENCING MENJADI PENYEBAB KITA DIAZAB?
Kerana ia najis. Dan najis adalah penyebab solat tidak sah, penyebab diri kita tidak suci untuk beribadah. Tidak melindungi diri dari terkena percikan atau saki baki air kencing itu sendiri adalah di antara sebab yang akan mengakibatkan seseorang itu terkena azab kubur. Kerana melalaikan diri kita, sengaja mengabaikan najis yang terkena pada pakaian atau tubuh. Sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan ramai ahli hadis di bawah:
HADIS DI BAWAH SANGAT PENTING..!! Sila baca dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dan Thawus dari Ibnu Abbas ra berkata:
“Rasulullah saw melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.
[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wudhu’, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad]
Perbuatan mengelakkan diri dari terkena percikan atau saki baki kencing mungkin dianggap remeh, seperti mana sabda baginda dalam hadis di atas, bukan suatu perkara yang besar dan bukan suatu yang rumit. Perbuatan itu suatu yang mudah, tetapi kerana orang melihatnya mudah, orang mengambil sikap sambil lewa, meremehkan perbuatan mudah ini, lalu mengakibatkan mereka ditimpa azab di dalam kubur tanpa mereka sangka.
AKIBAT DI DUNIA, ATAS KELALAIAN DALAM MENJAGA NAJIS KENCING
Salah satu akibat utamanya ialah solat tidak sah. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu syarat sah solat ialah suci dari najis. Air kencing merupakan salah satu najis yang menyebabkan syarat sah solat tidak dipenuhi, lantas solat kita tidak dikira sah. Ini berdasarkan dalil:
Telah menceritakan kepada kami Waki’ berkata; telah menceritakan kepada kami Dawud Al Adawi dari ayahnya dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda; “Jangan sampai salah seorang dari kalian solat sedang pada dirinya terdapat kotoran tahi dan air kencing”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra]
Akibat-akibat lain ialah, kemungkinan akan terkena penyakit, penyebab pakaian/tubuh berbau busuk, najis akan berpindah kepada benda lain yang dikhuatiri penyebab ibadah kita di masa akan datang tidak sah, najis akan berpindah apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh yang tidak melalukan air dengan sekali lalu dalam memindahkan najis (rendaman mesin basuh tidak dikira air mengalir), dan banyak lagi.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?
Ulama menggariskan panduan untuk kita, khususnya bagi lelaki untuk membersihkan saki baki kencing dan panduan mengelak dari terkena percikan kencing. Lelaki lebih frequent mengidap penyakit kencing tidak lawas berbanding wanita. Jadi lelaki kena beri lebih perhatian terhadap perkara ini.
1) Mengurut kemaluan selepas kencing
Dari Isa bin Yazdad Al Yamani dari ayahnya ia berkata; Rasulullah saw bersabda: “Jika salah seorang dari kalian kencing, hendaklah mengurut kemaluannya tiga kali”
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/65; hadis ini lemah menurut jumhur ulama, namun jika perbuatan ini berkesan, ulama membenarkan ia diamalkan tanpa mensandarkan sunnah pada baginda Nabi]
2) Berdehem selepas kencing
Menurut Imam Nawawi di dalam kitab Majmu’ Sharh Muhazzab:
“Beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa): Sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”
3) Kencing duduk
Ulama menghukumkan kencing berdiri sebagai makruh. Namun tidaklah berdosa jika kencing berdiri, asalkan dijaga diri dari terkena najis air kencing. Cuma perbuatan kencing berdiri adalah ditegah kerana baginda pernah melarangnya khuatir terkena air percikan kencing. Salah satu dalil:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij dari Abdul Karim bin Abu Umayyah dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Umar ra ia berkata; “Ketika aku kencing dengan berdiri, Rasulullah saw melihatku, maka beliau pun menegurku “Wahai Umar, janganlah engkau kencing dengan berdiri”.
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/60]
Dalil lain:
Telah mengabarkan kepada kami Hannad bin As Sariy dari Abu Mu’awiyah dari Al ‘Amasy dari Zaid bin Wahab dari Abdurrahman bin Hasanah dia berkata;
“Rasulullah saw pernah menemui kami, dan di tangan beliau ada sesuatu yang mirip perisai dari kulit. Beliau lalu meletakkannya dan duduk di belakangnya, kemudian buang air kecil ke arah perisai tersebut. Sebahagian orang berkata “Lihatlah, beliau buang air kecil seperti perempuan! (cara duduk, orang Arab lelaki dahulu suka kencing berdiri)”. Ketika Rasulullah saw mendengar ucapan tersebut, baginda berkata “Apakah kalian tidak tahu apa yang menimpa Bani Israil? Apabila seorang dari mereka terkena air kencing, mereka menggunting kain yang terkena kencing tadi, lalu temannya melarang mereka melakukan demikian, sehingga temannya itu disiksa di kuburnya”
[Riwayat an-Nasa’i di dalam Sunannya, 1/26; juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah di dalam Sahih dan Sunan mereka dengan sanad berbeza]
Dalil ini menunjukkan baginda mementingkan kencing secara duduk, dan amat mementingkan penjagaan pakaian daripada terkena air kencing, sehingga teman Bani Israil itu diseksa di dalam kubur kerana melarang mereka yang menjaga pakaian mereka.
Meskipun ada dalil yang menunjukkan baginda pernah kencing berdiri, namun ia hanya dalam situasi-situasi tertentu dan baginda tidak melazimi perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis, baginda pernah kencing berdiri kerana di situ adalah tempat pembuangan sampah dan tempat tinggi, baginda khuatir pakaian baginda kotor ketika duduk.
4) Istinja’ kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian (termasuk pakaian dalam) – Lelaki dan wanita sila ambil perhatian
Wajib istinja’ untuk menyucikan kemaluan daripada najis. Jika masih ada najis kencing pada kemaluan, kemudian kita terus pakai pakaian kita, ada kemungkinan najis itu akan terkena pada pakaian tersebut, lalu menyebabkan solat tidak sah. Sebaik-baik istinja’ ialah dengan air. Masalah kini bagi lelaki yang kencing di mangkuk berdiri, lepas kencing terus zip seluar. Tidak basuh kemaluan. Ini antara penyebab kita mendapat azab kubur.
5) Sabar sekejap selepas kencing
Sebagaimana kata Imam Nawawi pada no 2 tadi. Perkara ini penting bagi wanita kerana jarang wanita mengidap penyakit kencing tidak lawas, namun ramai wanita tidak sabar menunggu sebentar biar semua titisan kencing habis keluar. Sikap seperti ini memungkinkan titisan yang keluar lambat itu akan kena pada pakaian dalam, walaupun setelah dibasuh.
6) Jangan kencing di dalam takungan air yang tenang (yang tidak mengalir)
Telah menceritakan kepada kami ‘Affan telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Dawud bin Abdullah Al Audi dari Humaid bin Abdurrahman Al Himyari dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda; “Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian kencing di air yang tenang kemudian bersuci darinya (mandi junub atau berwudhu)”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra; juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi, Muslim dan Bukhari]
Ini harus dielakkan, bimbang kita terlupa kita pernah kencing di situ, lepas tu kita bersuci pula dari takungan air itu, akan jadi masalah pada status mandi/wudhu kita.
SOAL PERCIKAN KENCING YANG DIMAAFKAN
Percikan yang dimaksudkan di sini ialah lantunan titisan air kencing yang memancur pada tanah/mangkuk tandas/etc yang tersebar/melantun kepada benda lain seperti pakaian atau tubuh kita.
Menurut pendapat ulama Mazhab Syafie, tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis-najis berikut: “Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata yang sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.” Tidak perlu diteliti sehingga ke tahap diperiksa dan dibelek-belek di kawasan yang disyaki ini. Ini akan lebih menyusahkan. Sedangkan syara’ tidak membebankan sehingga ke tangga tersebut.
[Rujuk Kitab Fiqhul Islami Wa Adillatuhu Al-Juz’ Al- Awwal (Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid 1) susunan Dr Wahbah Zuhaili, Dalam Bab Kadar Najis Yang Dimaafkan: Mazhab Syafi’e]
Kaedah fiqh menyatakan “Keraguan tidak dapat dihilangkan/dihapuskan dengan syak”, maksudnya, selagi hati hanya berasa was-was adanya percikan kencing pada pakaian/tubuh kita yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, maka ia masih dikira ragu, dan tidak perlu berbuat apa-apa terhadap perkara was-was seperti ini dan dimaafkan untuk melakukan ibadah. Namun sunat keluar dari was-was tersebut dengan membasuh bahagian yang dirasakan terkena najis.
BAB KENCING BAYI
Ramai yang tidak tahu membezakan najis bayi yang mana dianggap ringan (mukhaffafah) dan mana yang pertengahan (mutawassitah). Jadi, ada yang tersilap faham atau ambil ringan bab najis bayi. Asalkan bayi, semua nak ambil mudah dan sambil lewa.
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abul Ahwash dari Simak bin Harb dari Qabus bin Abdul Mukhariq dari Lubabah binti Al Harits ia berkata; Hasan bin Ali kencing di pangkuan Rasulullah saw, maka aku berkata “Ya Rasulullah, berikan bajumu kepadaku, dan pakailah baju yang lainnya”. Maka baginda bersabda: “Kencing bayi lelaki cukup diperciki air dan kencing bayi perempuan hendaklah dicuci”
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/123; riwayat yang sama dengan sanad berbeza di dalam Sunan Abu Daud, 1/136, riwayat yang sama dengan sanad berbeza di dalam Sunan Tirmidzi, 3/429]
Najis mukhaffafah ialah najis ringan iaitu kencing kanak-kanak LELAKI yang belum sampai usianya 2 tahun dan belum makan sesuatu selain dari susu ibu. Beza percik dan cuci di dalam hadis di atas ialah, percik ialah dengan melalukan renjisan air padanya, manakala cuci ialah melalukan air mengalir dengan membasuhnya sehingga hilang bau, warna, dan rasa (fizikalnya) daripada tempat terkena najis itu.
Rujuk lagi satu hadis:
Dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mihshan “Ummu Qais telah mengabarkan kepadaku bahawa dia pernah datang kepada Rasulullah saw dengan membawa bayi lelakinya yang belum makan makanan. Ummu Qais kemudian mengabarkan kepadaku bayinya kencing pada pangkuan Rasulullah saw lalu baginda meminta air seraya memercikkan air pada bajunya, dan beliau tidak mencucinya dengan sebenar-benarnya mencuci”
[Riwayat Bukhari di dalam kitab Sahihnya, bahagian kitab Thaharah, bab 202]
Imam an-Nawawi rahimahullahu taala berkata dalam kitab beliau, al-Majmu’ (2/589): Untuk menyucikan tempat yang terkena kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan (yakni kanak-kanak lelaki yang hanya minum susu ibu), memadailah dengan direnjiskan, iaitu dengan dibasahkan tempat tersebut dengan air sekalipun air tidak turun atau tidak mengalir daripada tempat najis itu. Manakala untuk menyucikan tempat yang terkena air kencing kanak-kanak perempuan pula, tidaklah memadai melainkan dengan membasuhnya.
NAJIS AIR WADI
Air wadi adalah air berwarna putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan, kebiasaannya keluar setelah habisnya kencing. Antara dalil berkaitan air wadi ialah dari Saidatina Aisyah berkata:
“Wadi keluar setelah berkencing. Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci kemaluannya, lalu berwuduk (untuk bersolat) dan tidak perlu mandi.”
[Riwayat Ibnu Munzir]
Masalah kini, ramai orang tak perasan apabila air wadi ni keluar, kerana kadangkala ia keluar sejurus lepas kencing, maka anda selamatlah sikit. Tapi kadangkala ia keluar beberapa minit selepas kencing, kita pula tak perasan, dan sebelum beribadah, tidak pula check pakaian dalam kita samada ada kesan air wadi atau tidak. Ini mendatangkan masalah yang sangat besar.
KESIMPULAN
SENTIASA lah berhati-hati, ambil cakna, ambil berat, dan memerhati apa yang berlaku pada kemaluan kita, kerana dari kerana kemaluan kitalah wujudnya banyak azab kubur. Sama-sama kita baiki diri untuk mengelak azab kubur ini, sekaligus mengubah perangai dan sikap diri setiap kali kita melaksanakan "hajat". InsyaAllah.

Thursday, May 22, 2014

Panduan tambahan



1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Thursday, April 17, 2014

Doaku selalu...

Ya Allah ,
Ampunilah Dosa Kami,
Dosa Keluarga Kami,
Saudara Mara Kami
Dan Semua Umat Islam Yang Masih Hidup
Dan Telah Meninggal Dunia


Ya Allah , Izinkanlah Kami untuk beribadah di Kaabah
dan terimalah segala ibadah kami
dan matilah kami dalam husnul khotimah...


aaamiiin ya robbal aalaamiiin


 

Tuesday, February 25, 2014

Cara-cara nak download theme kat BB

Mula-mula pilih Blackberry World

Lepas tu pilih 'Theme'

Dekat theme pun ada banyak kategori. Pilih je mana yang rasa-rasa berkenan.

Di setiap kategori ada lagi banyak theme.. geram jugak.. rasa macam nak pilih semua.. yang penting FREE... hehehehe.. lepas dah pilih tu.. automatik terus download.

Dan inilah hasilnya.. Ok done.. Senang kan??

Saturday, February 22, 2014

Theme for BB

Baru nak try guna theme.. Dah setahun lebih guna BB baru hari ni perasan dah bosan guna theme standard.. Hahahah..

Thursday, February 6, 2014

Redha Allah


Bagaimana yang dikatakan solat dan amalan lain belum tentu menjanjikan syurga untuk kita kerana kita perlu mencari redha Allah.

Asalamu'alaikum,

Memang pada hakikatnya manusia sepatutnya beribadah kerana redha Allah, bukan kerana sebarang ganjaran, dalam kes ni syurga.

Tapi manusia perlukan motivasi, dan dalam masa yang sama memerlukan AMARAN!

Syurga adalah motivasi, neraka adalah AMARAN!

Syurga berita baik, Neraka berita buruk.

Tapi bukanlah kerja kita untuk 'meletakkan' diri kita dalam syurga, apetah lagi mengatakan diri sebagai manusia pilihan Allah, walaupun dengan semua usaha baik dan amal baik yang kita buat.

Kita buat amal baik, mudah-mudahan Allah redha, maka bila Allah redha kita akan senang.

Bukan saja di akhirat, di dunia pun macam tu.

Contohnya, kita berkerja. Kita perkerja. Ada boss. Kerja kita baik, tip top, tak curi tulang, rajin, amanah, bawa kebaikan kepada syarikat.

Secara logiknya boss akan suka kita.

Bila boss suka dan percaya kita, mahu tak mahu semua urusan kerja kita akan jadi senang.

Malah kalau nak mintak cuti pun senang.

Nak naik gaji pun senang, kerana Boss suka kita.

Suka=Redha.

Dalam opis pasti ada peraturan, dan bila kita ikut semua peraturan dengan patuh, tanpa komen, tanpa mengumpat belakang, ikut dengan 'rupa rajin'. ikut dengan penuh kepatuhan, maka boss akan 'kenal' kita. Dan logiknya sekali lagi, urusan kita semua senang. Sebab Boss suka, Boss redha.

Itu saya berikan perumpamaan untuk kita sama-sama senang fahami konsepnya. Tetapi Allah tak bersifat dengan sifat manusia, Dia Maha Pemurah.

Kalau semua peraturan Dia kita ikut dengan patuh, dengan 'rupa rajin', dengan tanpa bantah, dengan tanpa soal, maka logiknya Dia akan suka dengan kita.

Dia suruh solat, kita solat.

Dia suruh zakat, kita zakat.

Dia suruh puasa, kita puasa.

Tanpa soal, tanpa komplen.

Dia Maha Mengetahui.

Sebab itu, kita kena cuba ikhlas dalam melaksanakannya selagi yang boleh. Tapi bagaimana kita nak tau samada apa yang kita lakukan tu ikhlas atau tak?

Seringkali kita lihat/dengar orang yang hulurkan bantuan akan berkata "Eh takpe, ini saya ikhlas bagi".

Macamana kita tau itu ikhlas?

Ikhlas tak perlu diberitahu.

Bila kita menyatakan keikhlasan kita kepada umum, itu dah bukan ikhlas. Kerana sememangnya ikhlas atau tak ikhlas, hanya Dia tahu.

Tugas kita hanyalah melaksanakan dengan ikhlas, bukan mengucapkan keikhlasan itu sendiri.

Jadi bagaimana kita nak datangkan keikhlasan tu tanpa ada sekelumit riak dalam hati?

Caranya adelah dengan sentiasa melakukannya.

Contohnya sedekah.

Ada orang yang nak bersedekah tapi bimbang jika niat bersedekah kerana Allah tu hanyalah kerana kita ingin mengumpul pahala. Maksudnya di sini, segala apa ibadat/amalan yang dia buat tu hanyalah kerana terlampau aim pahala dan syurga sehingga lupa bahawa kita bersedekah kerana Allah, bukan kerana syurga/pahala.

Jadi, adekah kerana tidak mahu timbul perasaan bersedekah hanya kerana mengejar syurga maka lebih baik jangan bersedekah lansung?

Tak boleh jugak macam tu.

Sebab tu kita ada syurga, ada neraka, ada dosa ada pahala.



Syurga adelah aim kita.

Pahala adelah ganjaran yang membantu kita mencapai aimm kita tersebut.

Tetapi pahala bukan SYARAT kita ke syurga.
 

Adekah kerana bimbang wujud rasa riak terhadap orang ramai dan ujub dalam diri maka kita tak perlu bersedekah kerana bimbang amalan (sedekah) kita tak dikira (diterima) oleh Allah?
 

Habis tu, sampai bila kita taknak bersedekah hanya kerana takut dengan rasa ujub/riak?
 

Jadi, kita perlu buat.

Latih diri kita untuk selalu bersedekah.

Insyallah lama-kelamaan keihklasan tu akan timbul dengan sendirinya.
 

Dalam hal solat (soalan penanya tadi), kita solat BUKAN DENGAN KEKUATAN KITA. sebab tu dalam Azan, bila sampai "Hayya Alass Solaaahhhh", kita jawab "tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah"
 

Kita Solat sebab Allah yang izinkan tulang pat kerat kita kerjakan solat. Sewajarnya kalau kita solat kita perlu sangat bersyukur.
 

Kerana Allah memilih kita untuk mengerjakan solat.
 

Orang awam, ikhlaslah seboleh mungkin, pasti akan datang 'godaan' dalam melaksanakannya tapi tepislah dengan istighfar dan doa.
 

Yang penting, salah satu cara nak ikhlas ialah dengan 'merahsiakan ibadah'. Jangan di hebohkan kat orang, kat FB "Alhamdulillah, Solat Tahajud malam tadi selesai satu juz Quran".

"Alhamdulillah, sempat melakukan Dhuha"
 

Macam tu ka?
 

Akan tetapi lepas merahsiakan ibadah, datang pulak 'ujub iaitu takjub kepada diri sendiri "terrer aku solat tahajud sorang pun tak tau". Pulakkkk...
 

Bila datang perasaan tu, tepislah dengan istighfar, membaca "'a'uzubillahiminassyaitonnirrojim' dan berdoalah semoga Allah terima semua amal kita.
 

Manusia ni memang banyak godaannya.

Pasti akan timbul rasa bangga diri dan ingin dipuji setiap perbuatan baik yang kita lakukan. Cubalah perlahan-lahan. Rahsiakan amalan kita.

Latih diri untuk melaksanakan ibadat/amalan.

Sentiasa menambah ibadat/amalan.

Insyallah, bila kita sentiasa latih diri kita untuk beramal, merahsiakan amal, menambah amal, ikhlas itu akan datang dengan sendiri, insyallah Allah redha.
 

Bagaimana mencari keredhaan itu?
 

Di zaman dahulu ada seorang yang rajin melakukan ibadat. Dia melakukan ibadat selama 500 tahun lamanya. Dia merasakan bahawa ibadat 500 tahun itu akan membawanya ke syurga.
 

Ternyata Allah mengatakan bahawa ibadat 500 tahun itu hanya boleh menebus sebelah matanya sahaja.
 

Bayangkan, ibadat 500 tahun hanya bersamaan dengan nikmat melihat melalui sebelah mata. Sebelah! Bukan sepasang mata.
 

Jadi siapakah kita yang mengharapkan syurga Allah dengan sekadar solat 5 waktu, sebulan berpuasa, zakat, haji, etc?
 

Sesungguhnya syurga Allah itu takkan setanding dengan solat 5 waktu kita.
 

Cuba kita renungkan.

Berapa banyak nikmat yang sudah Dia berikan pada kita?
 

Bermula dengan awal pagi.

Kita disedarkan dari tidur. Nikmat.

Ada orang mati dalam tidur.
 

Bila dijagakan dari tidur, kita membuka mata. Dapat melihat. Nikmat.

Ada orang yang terjaga dari tidur, sudah tak dapat melihat dunia.
 

Bila dibukakan mata, sendi kita digerakkan maka kita mampu ke bilik air. Nikmat.

Ada orang yang sedar dari tidur, lumpuh.
 

Kita mampu buang air. Nikmat.

Kita diberi udara untuk bernafas. Nikmat.

Kita diberi peluang untuk pergi ke tempat kerja dengan selamat. Nikmat.
 

Allahuakbar!

Itu baru nikmat beberapa jam selepas bangun tidur.
 

Setandingkah nikmat2 ini dengan amalan kita seandainya kita menganggap kita sudah cukup baik hanya kerana kita bersolat, bersedekah?
 

Yang wajib kita laksanakan.

Tetapi selain yang wajib, perkara-perkara lain jugak kita perlu ambilkira kerana kita tak tahu mungkin kerana perbuatan baik kita yang kecil itulah yang Allah redha.
 

Jadi, sentiasalah berbuat baik.

Cariklah redha Allah dimana-mana.

Kerana redha Allah itulah yang membawa kita ke syurga...
--> Copy paste Google (sharing is caring)