Sunday, June 5, 2011

Today is Public Holiday!!!

Sabtu ~ 4 Jun 2011

Hari ni adalah cuti umum sempena Hari Keputeraan Agung. Macam biasa bila tiba musim cuti sekolah, adalah masa untuk kenduri kawin. Dulu kenduri aku masa2 macam nie la. Bersepah kenduri pada hari yang sama. Hehehehe..

Kali ni kami attend kenduri anak kawan En. Mie kawin.

  Cantik sungguh pelamin dia. Rasa macam nak repeat kenduri lagi sekali bleh?? Hehehehe.. 

Sofea ni pulak nak bergambar kat situ tak nak balik2. Suka la tu bila orang puji2 dia cute. Terpaksa pujuk2 dia ajak balik. Haaiihh.. sabor je la..

Sampai rumah, masing2 dah mengantuk lepas kena nasik minyak. Hehehe. Apalagi, acara tido hingga ke petang. Lepas tu reti pulak lapar lagi. En. Mie ajak makan kat luar. Aku suggest try kat Station One. OK bersiappp cergas ke sana...

En Mie pilih Lamb Chop with mushroom sauce, aku pilih Egg Sauce Yee Mee & Sofea mintak aiskrim.
Minuman en mie Ice Lemon Tea & Aku Iced Longan. Ok la semua total RM45/- termasuk service charge segala. Sekali sekala ok la. Ni kot Dinner Anniversary aku. Ye ke En Mie??

Pusing2 kat Taiping Sentral, takde apa pun yang nak dicari. Ingat malam ni nak layan DVD. So terus pergi kedai DVD tempat biasa kitorang cari cerita terbaru. Kitorang cari DVD si kecik aku ni pun dah pandai cari barang dia jugak. Kalau murah takpe, ni pilih yang mahal2 je. Hadoiii.. Nasib baik la fea mintak kena masa. Ikut aku malas nak layan dah. Nasib la papa rajin nak melayan kerenah anak dara dia sorang nie. Huh.. layan.. layan... 

Sofea panggil mainan ni 'Mainan Princess Fea'

Mainan macam ni sekejap je nie. Aku rasa tahan la 2 3 hari. Lepas tu aku rasa tinggal castle ni je. Yang lain entah kemana.. Sofea senyum tak hingat dapat hadiah. Lain kali cari DVD, aku lebih rela duduk dalam kereta je. Sofea dah pandai sekarang. Tau je area mana nak cari mainan. Kecik cara kecik. Dah besar cara besar pulak. Hmm.. 

0 comments: