Sunday, June 5, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api

Khamis - 2 Jun 2011

The step by step picture.

Hari ni En. Mie beli ketam. Ketam Nipah katanya. Hmm.. aku bukan reti nama ketam yang aku tau tu adalah ketam. Dia suruh aku masak. Demi tidak menghampakan permintaan suami ku tercinta, aku akan cuba jugak. Tapi segala kelengkapan dia kena sediakan. Aku tau masak je. Yang lain it's your responsible. Dia sanggup pulak tu. Malam2 dia pergi belakang rumah petik daun kunyit, ambik serai, kupas kelapa + mesinkan sekali. Hmm.. beria sungguh nak makan ketam nye pasal. Hehehehe..

Terus call mak aku mintak resepi yang paling mudah & ringkas tapi sedap. 

Caranya: Ketam yang telah dibersihkan, dimasak bersama cili api & kunyit yang ditumbuk halus. Masukkan bawang, serai & daun kunyit. Lepas tu masukkan santan. Kacau dan terus kacau hingga kuah mendidih. Lepas tu masukkan garam & pati ayam. Siappp. 

0 comments: