Sunday, June 5, 2011

Fenomena HALO di Taiping..

Cantik kan?? 
Jumaat - 27 May 2011

Pagi tu macam biasa je. Tepat pukul 12:30 tengahari kawan opis call suruh aku keluar tengok matahari. Bila tanya kenapa dia jawab keluar tengok dulu baru tau kenapa. Terus aku keluar opis cari2 mana matahari. Nampak sangat tak pernah ambil tahu bab2 cekerawala nie. Matahari rupanya ada tepat di atas kepala aku.

Tengok memang betul cakap kawan aku. Matahari hari ni memang lain macam. Terus aku panggil kawan opis aku aku yang lain suruh tengok sama. Tunggu apa lagi macam biasa terus snap2 gambar.

Mula tu pelik jugak kenapa matahari jadi macam tu. Dah la hari Jumaat. Eh nak kiamat ke..?? Hahahaha.. jakun la sat. Terus mencari jawapan di Google.

Hasil dari Wikipedia:

"Fenomena halo (bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.


Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalamawan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposferaatas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR."

0 comments: