Friday, June 10, 2011

Hari ini dalam sejarah..

Hari ni pergi kerja drive sendiri lagi.

Tapi kali ni balik kerja kena tahan dengan JPJ!!!

Sempat lagi nak snap2 pic.. hehehehe..

Sebab kereta En. Mie ni ranggi sangat. Semalam en. mie buat plate baru, hari ni aku dah kena tahan. Huhuhu.. 

Baru aku nak berjinak-jinak drive sendiri pergi kerja terus niat dah terbantut. Perasaan masa tu? Tak tau nak kata. Tak pernah aku kena tahan sebab kesalahan jalanraya sebab aku memang drive skema abis la. Kereta je tak skema. 

Mula2 tu perasan dah kereta tu follow belakang aku laju semacam je. Ingatkan nak potong so aku ke tepi bagi line tapi dia pun ke tepi jugak. Dah sah la memang follow belakang aku. Sekali dia potong tengok JPJ. Huh.. agak dah.. 

Maybe dia tak expect driver tu perempuan sebab tinted pun gelap. Salah jugak tu. Buka tingkap macam dia terkejut jap. Terus cakap pun baik2 je. Cik, mintak lesen. Nasib baik lesen baru lepas renew kalau tak memang naya la. 

Tunggu dia tulis2 surat lepas tu mintak aku sign. Settle. 

Balik, terus tunjuk surat kat En Mie. Dia gelak2 kat aku. Hampeh betul. Lepas ni sila la bawak kereta kesayangan awak pergi JPJ. Diorang nak tengok kereta ranggi awak nie.. Huh.. geram!!!

1 comments:

MommaNazrin said...

Hahahah..wakakkaka...weyyyyy..bru smbang dh kna...adooiii laa..so laen x jgn tnya pape,,ko bwk je...adoiiii la...nseb2...xpe 2 mslh utama yg prlu dtmpuh..huhu