Isnin ~ 06 Jun 2011
Pagi masuk kerja macam biasa. Tak ingat langsung pasal training. Sekali tengok kalendar tertulis 'TRAINING'. Oh my.. Tu la bila dah cuti 2 hari tak ingat apa langsung. Ingat CUTI je.
Dah la malam tu aku tidur lambat. Pukul 4 pagi baru betul2 boleh tidur dengan lena. Sebelum2 tu macam 'tidur-tidur ayam'. Sebab??? aku tidur atas sofa nak temankan sofea tengok cerita kartun. Bleh gitu?
Pagi tu bangun pukul 6 pagi. 2 jam je aku tido sebenarnya. Memang takde mood langsung. Ikut hari ingat nak ambik E/L je.
Paham2 je la bila mata tak cukup tidur + pagi tu sesi taklimat pasal audit. Lebih kurang macam dengar ceramah sambil refer manual yang disediakan. Mula2 tu macam boleh paham. Bila dah pukul 10 lebih aku dah tak paham apa dah. Rasa macam apa yang puan tu explain masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kepala dah berat dan mata ni macam kejap2 nak tertutup. Seksa sungguh nak habiskan sesi pagi.
Masa makan tengahari rasa macam enjoy la jugak sebab keluar dengan kawan2 yang suka buat lawak. Pastu pulak jumpa dengan x opismate aku. Happy la sekejap.
Sesi petang lebih kepada sesi memerah otak sebab nak kena buat soalan2 untuk audit dalaman. Aku memang tak pernah buat benda2 macam ni. BLUR tu dah semestinya. Aku ingatkan just datang dengar2 ceramah pastu balik. Mula2 tu ye tapi sekarang tidak lagi..
Sekarang kena buat sendiri internal audit. Satu team 2 orang. Refer to Standard Operation Procedure (SOP) yang sedia ada pastu based on SOP tu kena create soalan2 yang dirasakan sesuai. Lepas tu kena ada reference pulak sebab nanti masa internal audit kena kumpul segala fakta2 atau contoh yang dirasakan boleh dijadikan bukti. Ohh sakit kepala....
Disebabkan aku tak bawak kereta jadi aku terpaksa ikut boss aku balik opis. Tolong dia settlekan apa yang patut untuk internal audit esok. Kerja aku langsung tak bersentuh. Esok akaun nak buat closing. Tak boleh nak pikir apa dah. Ingat nak balik cover tidur puas2 je nie..
Sampai rumah, masak megi. Perut kenyang, pukul 9pm cari bantal terus ZZzzz... Pecah Rekod tidur paling awal!!!
Tuesday, June 7, 2011
1st Day ~ Internal Audit Training..
Posted by Narlina at Tuesday, June 07, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment