Wednesday, November 14, 2012

Pengalaman 'gugur' kali ke-2

Hmm...
Where to start..?

Ok. Aku dapat tau aku mula mengandung bila aku lewat datang period bulan Sept'12. So pergi beli pregnant test dan result comes out with 2 lines.. Alhamdulillah... I got pregnant again.


Tapi mengandung kali ni sangat berbeza. Aku takde langsung mual, takde langsung muntah, takde langsung la alah macam aku mengandungkan sofea dulu. Kadang-kadang aku lupa aku tengah mengandung. Bagi aku itu satu petanda yang baik. Aku tak perlu susah payah setiap pagi nak hadap 'morning sickness'. Aku tak perlu nak tutup hidung bila hidung mula jadi sensitif dengan bau. I like it so much..!!

Aku cadang bila kandungan dah capai 11++ minggu aku nak start buat buku merah.

Tapi...

07.11.2012 (Rabu) 
Dalam pukul 4 petang tiba-tiba aku start bleeding. Mula tu tak banyak sangat. Keluar cecair coklat camtu. Aku terus start google. Bleeding pada awal kandungan is NORMAL.. ada jugak kes macam tu sebab proses ovum dan sperma nak melekat pada dinding rahim. Something like that la.. aku terus ignore and wait to see what happen.

08.11.2012 (Khamis)
Aku ambil keputusan tak pergi kerja sebaliknya pergi klinik untuk buat check up. Lepas hantar sofea pergi sekolah pukul 8 pagi terus pergi ambil surat klinik kat tempat keje. Still early sebab klinik pun buka pukul 9 pagi. Dalam kereta aku tak tau nak pikir apa masa tu. En. Mie bawak pergi breakfast kat McD. Lepak kat luar McD sambil menikmati suasana pagi yang tenang di situ tapi sebenarnya hatiku tak setenang itu. Macam-macam yang aku pikir. Sebab masa aku gugur kali pertama pun macam ni jugak. Start bleeding.. pergi check kat emergency terus kena tahan wad dan kena 'cuci'. Goshhh.. i wouldn't go through it again..

Sampai klinik bila turn jumpa doktor airmata aku tak boleh ditahan lagi. Bila doktor start tanya aku sakit apa airmata aku terus keluar. Aku tak boleh nak cakap pun masa tu. Sedih teramat sangat. Aku cuba kumpul kekuatan yang ada untuk terangkan apa yang berlaku. I'm pregnant but now i bleeding. Itu je ayat yang mampu aku ucapkan. Doktor suggest aku pergi terus ke hospital bahagian emergency dan tunjukkan surat yang dia bagi. Aku tak tau isi kandungan surat tu tapi yang aku nampak 'Treated Miscarriage". Sedih tau takk????

Tapi aku gagah jugak la ikut cakap doktor tu. Pergi hospital bahagian emergency tapi kena tunggu turn punya la lama. Aku rasa kalau nak beranak dah beranak dah kot. Pesakit sebelum aku tu seorang makcik tua. Datang dengan anak laki dia. Tengah tunggu tu tiba-tiba dengar macam kecoh dalam bilik doktor. Rupanya anak laki makcik tu mengamuk dengan doktor bila makcik tu mintak nak buat X-Ray doktor kata tak perlu. Bila dah kecoh-kecoh macam tu doktor tu nak buat x-ray tak nak la pulak. Baik pergi swasta la.. layan tak bagus tunggu punya lama tapi at last doktor cakap macam ni. Ingat takde duit ke..? Haishh macam-macam perangai pesakit. Takut jugak jadi doktor nie. Hehehehe..

So, bila turn aku doktor tu layan punya la bagus. Seperti orang baru lepas terantuk kat dinding kannn. Doktor terus bawak aku pergi scan dah baby tu masih ada tapi tak dengar nadi denyutan. So peluang sangat tipis. Antara nak cuci atau biarkan dia keluar sendiri. Doktor suggest aku jangan cuci sebab ia boleh membahayakan kesihatan aku. Lebih baik beri masa 2 minggu untuk tengok perkembangan macam mana dan 22 Nov terus jumpa dengan pakar sakit puan. Hari tu aku dapat la MC sehari.

09.11.2012 (Jumaat)
Badan aku masih lemah dan tak mampu aku nak duduk 8 jam sehari kat opis so aku pergi ambil MC kat klinik dan dapat sambung sampai 15.11.12. Lebih kurang seminggu tapi kalau aku masih rasa tak larat aku boleh mintak sambung lagi.

10.11.2012 (Sabtu)
Takde apa yang berlaku. Masih lagi bleeding. Tapi kali ni seperti dah kurang sikit. Hopefully boleh stop cepat. Aku sangat risau.

11.11.2012 (Ahad)
Bangun pagi ada seperti ketulan darah start keluar pulak. Memang dah takde harapan la ni. Aku sakit macam datang period je. Ketulan darah beku tu keluar aku rasa perut aku semakin lega. Aku dah tak sedih macam mula-mula dulu sebab aku dah terima segala yang bakal berlaku. Andai ini yang terbaik, aku terima dengan redha.

12.11.2012 (Isnin)
Aku berehat kat rumah. Ketulan darah dah takde keluar yang ada hanya macam darah period je. Aku cari-cari jugak setiap kali ketulan darah keluar. Yang mana satu ada baby ni..?? Konfius..

13.11.2012 (Selasa)
Happy Deepavali. Aku layan cerita tamil je kat rumah. Tak keluar pergi beraya pun. Sebab aku rasa aku perlu start pantang bila dah keguguran.

14.11.2012 (Rabu)
Bleeding dah semakin berkurangan. Yang mana satu ketulan ada baby pun aku tak pasti. Mungkin aku dah terlepas. So aku update status kat FB 'it's over' dan siap konfiden giler aku dah gugur kan..???

Malam tu kawan en. mie datang rumah. Aku nak pergi buat air kat dapur sekali aku rasa ada ketulan besar tiba-tiba keluar. Terus aku lari pergi toilet. This is it..!! Inilah 'baby' itu..!!!  Owhhh... ketulan sebesar 2x ibu jari aku. Merah disaluti darah.. Lepas tu aku terus turun darah dengan banyak sekali... Aku dah panik sat. Terus panggil En. Mie. Dia suruh aku baring dah berehat. Aku takut nak pergi hospital. Mesti kena tahan punya. Aku tak nak tidur kat hospital. Aku lebih selesa rehat kat rumah. Kalau bleeding ni tak berhenti jugak terpaksa la pergi hospital. Alhamdulillah..3x tukar pad bleeding dah kurang. Malam tu aku tidur dengan penuh deraian airmata. Sangat sedih bila aku teringatkan saat aku pegang 'baby' aku. Aku ingat selama ni dia dah takde rupanya dia masih bersama aku hinggalah aku update status kat FB --> it's over akhirnya dia pun mengalah dah keluar terus.. I'm so sorry... :(

15.11.2012 (Khamis)
Salam Maal Hijrah. Satu permulaan yang baru dalam hidup aku. Aku benar-benar redha dengan segala ketentuan Ilahi. Aku akan berjumpa dengan pakar sakit puan pada 22 Nov ni. Mungkin masa tu dia scan semua pun dah kosong. Mungkin kali ni bukan rezeki aku. Allah lebih mengetahui segalanya. Amin.

Ada sambungan lagi...

Petang aku mula rasa tak sedap badan. Kepala mula pening, badan mula demam. Aku takde langsung selera nak makan. Nak masak apa tah lagi kan.. tak larat nak bangun dah. Aku baring depan tv je. Aku rasa badan aku sangat lemah. Aku tak lapar langsung tapi aku takut jugak sebabkan aku tak makan kang sakit lain pulak yang dapat. Puas aku pikir so aku decide makan kfc je. Suruh En. Mie beli kfc set yang 3 ketul. Amboiii.. selera tetap...

Tapi peliknya bila aku makan kfc tu lidah aku tak rasa apa langsung. Rasa macam takde perisa je kfc tu. Aku rasa lidah aku dah kehilangan deria rasa. Seriously tak pernah aku makan kfc rasa tak sedap mcm tu. Habis 2 ketul je.. lagi seketul tu aku ratah kulit je.. isi tak boleh telan. Bibir aku mula kering. Aku pun gagah la minum air masak banyak. Abis makan aku sambung baring lagi.

Malam aku bangun nak gi toilet aku rasa mcam nak loya. Terus aku muntah. 3x muntah. Keluar banyak-banyak pulak tu. Semua kfc yang petang tadi. Takde yang sempat hadam dalam perut langsung. Aku tu something wrong somewhere ni. Abis muntah aku mandi terus. Masa tu dah pukul 12.30 mlm. Kepala pening tu kurang la skit lepas mandi. Tapi badan aku seram sejuk tak hilang lagi. Aku baring atas sofa. Tekak nak minum kopi O ais. Hehehehe.. Kecian En. Mie. Rumah aku takde stok kopi sebab jarang minum so terpaksa la dia beli kat luar. Dapat kopi o pun aku minum bagi basah-basah tekak yang loya lepas muntah je.. Teruk betul gugur kali ni.. pukul 2 pagi jugak la baru aku boleh tidur.. :(

16.11.2012 (Jumaat)
Patut hari ni aku dah mula kerja macam biasa lepas cuti MC seminggu tapi aku rasa kepala pening teruk. Badan pun demam je.. Call opis kakak-kakak lab suruh aku direct gi hospital je. Tak payah buang masa pergi klinik panel lagi.

En. Mie balik dari sembahyang jumaat terus bawak aku pergi hospital bahagian emergency. Sampai sana aku dah terror la skit. Takde la tercangak-cangak macam 1st time hari tu. Hehehehe.. Jumpa Pembantu Perubatan tu then dia ambik suhu dan tekanan darah. Dia kata demam aku kuat jgk. 39 Celcius. Aku terus masuk Yellow Zone. Kat situ doktor scan lagi sekali perut aku. Scan tak berapa clear tapi dia kata nampak gugur aku tak betul-betul lengkap keluar habis. Ada lagi serpihan dalam rahim aku yang tertinggal. So aku kena tahan wad. OMG..!!!

Aku mintak nak balik nanti kalau masa nak cuci call la aku datang balik. Huh..!! Terus doktor explain kat aku kalau aku banyak bergerak skrang sgt la bahaya. Ada 2 kemungkinan.. 1st, aku akan terus bleeding sebab rahim aku tak dapat mengecut dan kemungkinan 2 aku akan kena jangkitan kuman. Yang tu sangat-sangat bahaya.

Dengar macam tu ok fine.. aku ikut je la cakap doktor. Aku kena cucuk kat tangan untuk masuk air. Sakitt.. tapi kena la tahan. Lama jugak aku baring kat bahagian emergency tu sementara en. mie pergi uruskan hal aku nak masuk wad. Aku memang tak ambil tau langsung pasal tu.

Ni la rupa aku masuk wad baru-baru ni.. 

Dapat duduk katil no 26 dan kena PUASA.. huhuhu...

Thanks Fifi.. tolong jaga dan hiburkan hati Fea sepanjang aku berada di wad. Nanti mak jang belanja Mc D ok.. :)

Dalam pukul 4 petang aku di transfer ke wad 19 Hospital Taiping. Check in terus masuk kelas 2. Satu bilik ada 4 katil dan ada aircond. 4 katil tapi lagi 3 katil tu kosong. Yang ada aku sorang je. Aku kena start puasa sebab malam ni terus nak di'cuci'. Tak boleh tunggu-tunggu lagi. Huhuhu.. Tengah baring pun kejap-kejap nurse datang ambik suhu badan dan tekanan darah. Aku masih lagi demam.

Malam pukul 8 nurse dah datang siapkan aku sebelum nak masukkan aku dalam operation room. Settle urusan sign2 surat aku pun mula la start ditolak masuk. Sempat salam dengan sofea dan En. Mie. Sedih.. Adik en. mie pun datang hantar sekali. Sedihhh.. tapi aku kuatkan semangat.

Baring kat kat atas katil tu dari pukul 8 malam sambil tunggu giliran. Nasib aku kurang baik bila ramai pulak yang tunggu turn nak masuk. Kes-kes yang lagi urgent dari aku. Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 10.45 mlm baru aku start masuk bilik operation. Aku mintak bius penuh. Tak nak bius separuh. Aku tau nanti aku sedar-sedar dah siap je.. Kang trauma pulak bila tau macam mana diorang kerjakan aku nanti. Baik aku tak sedar langsung takpe. :P

17.11.2012 (Sabtu)
Pukul 12 tgh malam settle semua dan aku dimasukkan semula ke wad. Aku dah sedar. Lenguh rasa badan so aku gedik2 la nak alih badan sikit. Sekali aku rasa darah banyak keluar. Tak berhenti-henti pulak tu. Masa doktor datang cek suhu aku explain kat dia yang darah banyak keluar dan aku takut. Bila doktor cek dia kata tu normal. Mungkin darah lebih dari lepas operation tadi. Hmm.. logik la jugak. Kejap tu aku rasa darah dah berhenti keluar. Malam tu aku tidur-tidur ayam je. Pukul 4 pagi baru boleh nak lena skit. Nurse datang aku nak mintak pergi toilet pun dia tak bagi. Kena baring 6 jam baru boleh bergerak nak pergi toilet ke apa. Haisshhh.. seksa betoiii.. terpaksa la tahan je sampai jam pukul 6 pagi.

Pukul 6.30 pagi aku cuba bangun dari katil. Mula-mula tu ok bila masa nak pakai selipar aku rasa macam seketul keluar dari bawah. Masa tu ada nurse 2 orang dekat dengan aku. "Nurse.. ada benda keluar la" bila tengok ada gumpalan darah sebesar tapak tangan. Aku rasa macam nak pitam pun ada. Tapi gagah jugak la aku jalan kaki pergi toilet untuk cuci. Nurse ada follow jgk rasanya. Dah settle bab tu terus doktor panggil masuk bilik rawatan untuk check bawah aku ni lagi. Hadoiii.. tak sempat nak rehat pun. The result ok. Bleeding dalam dah kurang. Aku boleh sambung baring. Tapi aku masih lagi demam.

Pukul 8 pagi adalah sarapan pertama aku sejak 24 jam aku tak telan apa-apa langsung dari semalam. Sarapan roti cicah air kopi je. Rasa badan dah ok skit aku pergi mandi. Lega. Semua dah settle. Demam dan sakit kepala dah kurang. Aku mula rasa dah sihat sikit.

Masa ni aku mula terfikir.. Rasanya sebab aku gugur tak habis tu yang aku mula rasa badan seram sejuk nak demam dan sakit kepala dan loya tekak semua ada. Nasib baik ikut cakap kakak-kakak opis suruh direct pergi hospital. Kalau tak.. tak tau la apa yang jadi kat aku.


Kawan-kawan ofis yang datang melawat aku kat hospital.. Masing-masing muka ceria je.. nak hiburkan hati aku yang sedang berduka-lara ni.. Thanks my friend.. luv u so much.. :)

Petang aku dapat kawan baru katil sebelah. Kes gugur macam aku jgak. Cuma aku gugur 11 minggu.. dia 12 minggu.. Ada la jugak kawan. Takde la aku tido sorang-sorang lagi malam nie. Hehehehehe.. Lega.

Malam start sembang dan rupanya kami banyak persamaan. Dari perangai laki yang minat make up kereta, sorang anak perempuan yang minat Disney Junior.. beza dia sangat peramah aku pulak banyak dengar je.. hehehehe.. u know me.. bila ada part aku nak bercerita dia pun boleh dengar. Nasib baik la boleh ngam. Hehhehehhe.. Sembang tak reti nak stop sampai nurse tutup lampu baru nak diam skit. Zzzz...

18.11.2012 (Ahad)
Aku dah sihat sebenarnya. Demam pun dah kebah. Tapi doktor pakar yang datang check tak bagi aku balik. Kena stay lagi satu malam tengok macam mana. Takut ada jangkitan kuman ke apa.. Tak boleh tahan bila doktor cakap suhu badan aku so funny.. Funny tang mana pun tak tau la.. Lepas-lepas cuci tu suhu badan aku turun mendadak sampai tahan dah tak demam lagi. Kira ok la kan.. funny ke?? Hmm...

Tghari ibu mertua datang melawat bawak makanan kegemaran. Hehehehe.. Aku mula-mula rasa sebak sedih semua ada.. aku ni kan sensitip skit.. tapi aku tahan je.. MIL kata takpe la.. takde rezeki lagi.. Jaga diri baik2.. tu yang penting.. lain kali ada rezeki.. Insyaallah.. Amin..

Petang ni aku dapat kawan lagi sorang katil sebelah kiri pulak. Kira ok jugak. Dia kes bleeding je tak gugur lagi macam aku dan azila. Kawan baru ni nama ema. Suami ema ni kebetulan kawan En. Mie jugak so kenal la.. Aku ni je yang tak kenal bini dia.. kenal laki dia je.. Huahauaha...

Ema ni citer dia lagi la 4x gugur. Lagi dasat dari aku.. Tapi dia ada anak laki 2 orang dah.. kira orait la tu dari dari aku dan azila.. masing2 anak pompuan sorang je.. Malam tu malam terakhir aku tido kat wad. Malam tu aku sembang dengan azila sampai pukul 3 pagi.. add friend kat fb tu wajib.. Wakakakaka.. Zzzzz....

19.11.2012 (Isnin)
1 day before my birthday.. Pagi ni doktor datang check up aku dan azila boleh balik tghari ni. Tinggal la ema sorang-sorang.. Huhuhuhu..


Alhamdullillah...dah bleh check out...slamat bpntg ye akk Noor Azlina...hihi...tq kak lyn sya smpi naik lebam spnjg kta bkmpg...
Unlike · 




admitted ward...bosannye la...bla bleh blik pun xtau


Aku suka mengusik si ema nie.. hehehehhee.. I likeee... :)

Lepas dah sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.. masing-masing pun pulang membawa 1001 kenangan suka duka ketika check-in kat wad. Kali ni Allah tolong aku hadirkan mereka berdua dalam hidup aku.. supaya aku tak sunyi dan aku kembali ceria. Aku tau aku tak sekuat orang lain untuk hadapi semua ini seorang diri.. mau stress rasanya.. tapi aku dah betul-betul ok skrang. Dapat MC 8 hari. Sekarang menghabiskan waktu yang ada dengan berehat sepuas-puasnya sebelum mulakan tugasan seperti biasa minggu depan. Semoga rezeki menyebelahi kami lepas ni.. Amin.

2 comments:

Makcik Anak 3 said...

tahniah..karangan yg baik..
satu persatu sue baca...
terkecur2 perut i terasa..heee
ape pun....best cite nie....

Narlina said...

Berdasarkan kisah benar sue.. Tu yang karangan terlebih feeling.. Hehehe..