Sunday, February 13, 2011

Thanks to him who light up my day!!!

Google version ~ Thomas Edison's 164th birthday

Siapakah Thomas Edison?

Dialah pencipta mentol lampu tapi nak citer bukan pasal lampu tapi semangat Thomas Edison yang tak pernah rasa putus asa untuk menjadikan imaginasinya satu realiti.

Thomas Edison, pencipta lampu mentol ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!

Model mentol lampu pertama yang dijayakan Thomas Edison, didemonstrasi di khalayak ramai di Menlo Park, Disember 1879

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

"Genius ialah 1% ilham, 99% keringat." - Thomas Alva Edison

0 comments: