20.04.2011 (Rabu)
Pagi macam biasa je. Cuaca cerah tapi dalam pukul 3 petang cuaca dah mendung pastu hujan. Ingatkan hujan biasa je tapi rupanya ribut. Aku tengok kat luar pokok dah goyang2 beralun lain macam je tambah dengan angin yang kuat. Takutnya rasa. Nasib baik la aku kat opis. Kalau kat umah tinggal berdua je dengan sofea. Tak tau la macam mana.
Tengah buat kerja bunyi kilat kuat siap sambar server kat opis aku. Aku dengan ros dah mula kecut. Macam tak percaya je. Fine. Buat macam biasa lagi. Kali ke 2 kilat sambar lagi. Ros siap nampak cahaya kat server tu sebab tempat ros memang mengadap server pun. Terus internet takde.
Hah sudah. Satu hal la pulak. Aku cepat2 call boss aku. Dia suruh contact IT Dept. IT Dept suruh aku buat report kat TM. Check modem lampu dah padam semua. Dah sah kena sambar kilat.
Hujan dah berhenti. Budak2 store dah kecoh kat belakang. Siling dah terbang. Pulak dah?? Aku pun sibuk la jugak nak pi tengok. Memang terkejut. Tak sangka kuat sungguh angin ribut tadi.
Thursday, April 21, 2011
Setelah ribut melanda..
Kening siling bumbung bangunan terangkat ke atas.
Dah la tempat tu tinggi. Petang tu GM aku datang melawat tempat kejadian. Bahaya jugak la. Takut siling ni jatuh ke bawah kalau angin kuat. Memang nak kena repair secepat mungkin.
21.04.2011 (Khamis)
Lepas aku buat report TM semalam, pagi ni technician TM datang opis aku untuk check server. Baju oren (melayu) & baju kemeja biru (india). Sorang lagi tshirt (cina) tu aku tak berapa kenal. Rasanya programmer dari luar sebab software program aku tak boleh guna lepas kena kilat semalam. Memang 1 Malaysia. Hehehehe..
Dalam pukul 2 petang sistem dah ok. Boleh guna macam biasa. Lega aku. Ingatkan dah settle la kerja aku. Sekali mesin fax pulak tak boleh pakai. Effect jugak. Haddoii. Terpaksa la aku buat report lagi sekali kat TM. Hampehhhh.
Posted by Narlina at Thursday, April 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment