Hari ni sabtu yang sangat best. Boss takde & kerja pun tak banyak (bukan takde ye..) Boss aku datang buka pintu ofis je lepas tu hilang entah ke mana. Yezzzaaa... Tinggal la kitorang yang handle opis tu sahaja.
Tengahari dapat jemputan makan tengahari pulak di rumah farah. Budak ni dulu pernah kerja kat tempat aku tapi sekarang dah kerja kat Klang. Tepat pukul 1 semua cergas pergi scan out. Harusss...
On the way to rumah farah. Makan freeee....
Menu: Rendang Ayam, Sambal Sotong, Kari Ikan, Sayur Kobis Goreng, Timun & Budu.
All of us.
Dah lama tak jumpa farah. Semakin sihat dia sekarang. Alhamdullilah. Tapi sayang tak boleh nak sembang lama pun sebab dalam ramai2 ni aku sorang je yang 1/2 day, yang lain semua kena sambung kerja. Tepat pukul 2, hantar diorang balik opis, terus aku ambik sofea rumah mak en. mie. Lepak2 kat sana jap baru balik rumah. En. Mie takde sebab pergi mancing dengan geng2 pancing. Tinggal la aku & sofea je kat umah. Layann...
0 comments:
Post a Comment