Tuesday, April 19, 2011

Aku bersyukur..

 Zarith Sofea Binti Ruzaime

 Our beloved Sofea

We love u so much..

Tadi aku melawat blog2 yang mempunyai 'anak istimewa'. Sesungguhnya berbagai kisah suka duka yang berlaku di sekeliling aku cuma aku yang tak pernah peduli sebelum ini. Membaca kisah mereka yang begitu kuat semangat mengharungi kehidupan membesarkan cahayamata kesayangan mereka. Semuanya begitu sabar, tabah, cekal dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Mereka sedikit pun tidak pernah menyalahkan sesiapa dan menerima takdir dengan harapan akan ada sinar harapan di suatu hari nanti. Dan aku sesungguhnya begitu bersyukur kerana diberikan kehidupan yang begitu sempurna. Amin.

0 comments: