Wednesday, April 6, 2011

Fuhh.. lega...

Akhirnya tamat sudah riwayat kesan degil. Bunyi macam iklan pulak dah. Sebenarnya nak luahkan rasa syukur sebab aku berjaya mengharungi saat getir ujian hidup yang penuh liku dan ombak. Amboiii ayat macam sastera pulak dah. Cukup.. cukuppp..

Mulai hari ni rutin kerja aku dah kembali normal. Tak perlu lagi aku terkejar kesana kemari buat kerja 2 meja. Tak perlu lagi aku pening kepala nak pikir kerja itu ini. Mulai hari ni aku dah boleh kembali tenang. Tenang pun pagi tadi dah lewat 10 minit. Semua dah pikir aku tak datang kerja. Huh mana boleh. Banyak lagi kerja tertunggak aku tak settle lagi.

Semalam dah terlepas lagi episod Desperate Housewife aku sebab nak settlekan summary stock movement. Firasat aku memang tepat. Hari ni pagi masuk ofis terus aku email segala macam report yang dia mintak. Bila call rupanya dia 1/2 day pulak. Masuk tengahari. Takpe la kerja aku dah settle. Tepat kul 12 dia call tanya pasal report tu. Ni dah sah tak tengok email terus nak marah aku pulak. Memang kau nak menempah kan?? Kan.. dah kena batang hidung sendiri. Malu balik bila aku kata pagi2 lagi aku dah email. Sila check dulu sebelum nak marah orang tak tentu hala okk??

Tapiii.. cuba bayangkan kalau memang betul aku tak siapkan lagi report tu. Huiii sedap la telinga aku kena maki. Nak closing punya pasal semua nak cepat. Macam la aku ni takde kerja lain nak buat. Malas dah nak pikir. Esok last date sebelum closing. Kerja pun dah tinggal sikit je lagi. Apa pun Alhamdulillah sebab aku dah berjaya jugak akhirnya. Jangan sakit hati lagi.

0 comments: