laa takhaaf.
walaa tahzan.
jangan takut.
dan jangan bersedih.
innallah ma'a na.
sesungguhnya tuhan bersama kita.
whatever you are facing right this moment;
happiness, sadness, luck, goddamn fuct--
this, too, shall pass.
Pinjam kata2 fynn jamal.. :)
Thursday, October 11, 2012
Sabar...
Posted by Narlina at Thursday, October 11, 2012 0 comments
Friday, September 28, 2012
Rahsia pergerakan.. ♥♥♥
Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu
alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua
dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman
yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan
mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang
berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan
bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
- Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
- Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
- Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
- Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
- Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
- Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
- Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
- Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
- Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
- Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
- Bibir bawah bergerak = akan menangis
- Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
- Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
- Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
- Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
- Telinga bergerak-gerak = berkelahi
- Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
- Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
- Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
- Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
- Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
- Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
- Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
- Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
Posted by Narlina at Friday, September 28, 2012 0 comments
Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan
1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.
6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.
8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.
Posted by Narlina at Friday, September 28, 2012 0 comments
Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
Thursday, August 16, 2012
Lambatnya nak balikkkkkk....
Dah nak dekat raya ni aku rasa masa lambattt sangat. Bosan betul duduk opis ni lama-lama. Mungkin sebab tak berapa bz.. Kepala otak ni dok ingat banyak lagi benda tak beli lagi. Banyak ke?? Sebenarnya apa pun tak beli lagi. Cuma sempat belikan sofea baju kurung sepasang. Yang lain bakal menyusul kemudian..
Tema tahun ni kaler coklat. Mana rupanya kita tunggu hari raya nanti..
Ok nak sambung kerja.. still kat opis menunggu waktu balik yang lama sangatttt.. :(
Posted by Narlina at Thursday, August 16, 2012 0 comments
Monday, August 6, 2012
The result...
Sedang berdebar-debar...
Keputusan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 diKementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan diumumkan pada 07 Ogos 2012 (Selasa) mulai jam 5.00 petang.
Excited giler pagi-pagi dah check. Kena tunggu petang la pulak...
Takpe ina.. bulan puasa ni kena la sabar banyak-banyak.. :)
Tepat pukul 5 petang....
Huahuahauaa.... sedihnyaaaaa... :(
Takpe laa.. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untukku... Aku redha...
Posted by Narlina at Monday, August 06, 2012 2 comments
Monday, July 9, 2012
Fea.. oh Fea...
Posted by Narlina at Monday, July 09, 2012 0 comments
Wednesday, July 4, 2012
Trip to Genting Highland - 30 June 2012
Kami ke Genting Highland lagi. Trip kali ni pergi dengan kawan-kawan tempat kerja En. Mie. 2 biji kereta. Macam biasa, kami bergerak dari Taiping pagi-pagi buta. Cuaca sangat sejukkk. Ggrrr..
Dulu masa kali pertama naik rasa gayat sungguh. Tapi sekarang tak tau la berapa kali dah naik. Gayat masa mula-mula gerak je pastu hilang gayat, excited tangkap gambar..
Ok dah sampai. Kali ni masuk Outdoor Theme Park. Hari minggu seperti yang sudah diduga, sangatlah ramaiiii yang datang sini. Cuaca pun ok. Alhamdullilah.
Bila bawak budak kecik ni of coz la kena layan segala kerenah dia. Sekejap dia nak main buaian. Layannn
Nampak benda pusing-pusing ni dia nak naik jugak.. Layannn
Nampak mainan ni pulak.. dia nak naik jugak. Naik la sofea. Naik 10x pun takpe. Baru berbaloi bayar tiket masuk. Budak kecik ni pun tiket RM35.00 sorang.
Cuaca berkabus. Sejuk kot masa nie. Aku tak tahan sejuk. Sofea dan bapaknya rilek je pakai t-shirt.
Nak sampai London entah bila kannn.. dapat tangkap gambar kat bas ni pun jadik laaaa...
Dulu kaktus warni-warni ni macam takde. Tak ingat dah. Sempat jugak tangkap gambar kat sini.
Dulu sofea kecik lagi masa 1st time dia sampai sini. Dia duduk dalam stroller je. Sekarang ni baru boleh dia cuba macam-macam mainan. Suka sangat naik benda ni. Ala-ala feeling koboi sat.
Naik kereta ni pun best jugak. Tapi biasa la. Hari minggu ramai la yang beratur tunggu turn. Beratur pun hampir 15 minit. Takpe la. Janji happy.
Bergambar kat jam besar ni memang wajib kot. Memang cantik pemandangan dalam kedai coklat ni. Rasa macam Alice in Wonderland pulak. Hahahaha..
Sofea merengek nak masuk panjat pokok tu. Berpagar okk.. Kalau tak letak pagar rasa dah lama dah tercabut-cabut strawberry tu.
Kawan En. Mie belanja sofea coklat. Gambar kotak tu sebijik macam kat taman tema coklat tu. Cute eh..?
Seharian kat Genting Outdoor Theme Park. Memang sangat bestt. Pergi ramai-ramai lagi best sebenarnya. Cuaca pun sejuk. Tempat pun luas. Tak pernah jemu jalan-jalan kat sana. Sapa-sapa yang nak pergi, ajak la kami lagi.. :)
Posted by Narlina at Wednesday, July 04, 2012 0 comments
Thursday, June 28, 2012
Untuk Dia...
Malam ni aku layan lagu ni je nak berpuluh kali. Mula dengar masa cuti sekolah hari tu. Anak-anak sedara asyik on9 youtube. Mula-mula dengar macam best je rentak lagu ni.
Tapiii..
Masa tu tak join la dengar sekali dengan budak-budak nie. Segann.. Hahahahaha.. Almaklum laa.. umur tua tapi jiwa muda... :P
Malam ni line clearrr..
Sofea dah masuk tidur awal.. En. Mie pergi main badminton.. tinggal aku terkontang-kanting sorang-sorang. Sesekali dapat waktu privasi macam ni memang "priceless"
Posted by Narlina at Thursday, June 28, 2012 0 comments



























