Wednesday, June 27, 2012

Pengalaman interview kerja gomen..

Lambat betul update story. Nak story pun ingat-ingat lupa je ni. Hehehehe..

Sehari sebelum interview, masih pergi kerja seperti biasa. Tapi, bukan buat kerja sangat pun. Kebetulan sekarang ni tak sibuk sangat. Ada masa untuk aku menggoogle tips-tips interview. Takut pun ada. Hilang keyakinan pun ada. Maklum laa. Interview asyik gagal je.. Huhuhuhu..

Balik rumah baru nak cari baju, baru nak cari kasut, baru nak cari tudung, baru nak gelabah.. hahahaha.. biasa la aku. Semua pun last minit baru nak buat. Baru terasa stress, baru terasa menyesal, baru terasa hotzz..

Planning konon nak tidur awal. Tapi bila semua benda pun last minit baru nak prepare, nak tidur pun tak boleh lena. Betul tak..?? Padan muka aku.. huhuhuhu..

Tepat pukul 4.30 pagi aku dah bangun. Waa.. semangat betul ye. Kalau tak dapat lagi tak tau la nak cakap apa. Kena bangun awal la. En. Mie kata pukul 6.00 pagi dah kena bertolak ke ipoh. Nak cari-cari lagi, tempuh jem lagi.. breakfast jauh sekali la... tak lalu beb..

Tepat pukul 7 pagi aku dah sampai area Ipoh. Cari Pejabat Setiausaha Negeri Perak sekejap je. Thanks En. Mie. Lepak sat kat dalam kereta, pukul 7.30 pagi dah nampak calon-calon lain baru sampai. Ok, terus gerak masuk dengan sorang budak dari Parit Buntar. Ada jugak kawan. :)

En. Mie dah pesan awal-awal. Kalau boleh jangan ambil no giliran yang hujung-hujung sangat. Bosan dia nak tunggu lama-lama. So, aku decide ambik no 4. Memang pun tunggu lama-lama pun bukan boleh buat apa. Nak baca-baca nota pun tak masuk otak dah masa ni.

Ok.. It's my turn now!!

Macam biasa, mula-mula kena perkenalkan diri. Cerita la apa-apa yang patut.

Tips dari google: Cerita sikit je perihal peribadi, lebihkan pada tahap pendidikan kita, pengalaman kerja dan kemahiran yang kita ada.

Soalan pertama: Apakah tanggungjawab kita pada negara?

Alamak!! Terkedu aku sat.. pagi-pagi dah kena soalan luar dugaan. Mula-mula aku jawab sebagai seorang rakyat, kita haruslah patuh pada undang-undang negara. Main bantai je jawab. Tak tau la betul ke salah.. lepas tu dia suruh aku baca 5 prinsip rukun negara. Haaa.. yang ni memang wajib ada. Setiap kali okkk.. setiap kali interview pasti ada soalan nie.. tapi terpulang, kadang-kadang dia mintak yang rukun negara no 4, kadang tu no 2.. tapi kali ni dia mintak 5 sekali.. alaaa.. ni soalan kacang je beb.. hehehehe.. lepas tu dia explain sebenarnya sebagai seorang rakyat kita haruslah patuh pada kelima-lima rukun negara. Owh.. tapi kira ok la jugak. Jawapan yang aku bagi tadi ada kena-mengena la jugak dengan rukun negara.

Soalan kedua: Kesetian kepada raja dan negara. Awak rasa perlukah kita patuh segala perintah raja?

Not again!!! sekali lagi aku terkedu.. Aku jawab, "Ya. Memang kita perlu patuh pada segala perintah raja" Pastu dia jawab pulak.. "Eh?? Syirik tu.. awak rasa betul ke jawapan awak??" Memang sengaja dia suka aku konfius kan..?? Takpe, aku balas.. "Hmm.. raja tu kan ketua negara, jadi segala titah dia kita perlu ikut" Sekali lagi aku bantai jawapan. Dan sekali lagi dia explain. Raja bukanlah  ma'sum. Tahu ma'sum tu apa? Ma'sum tu bermaksud manusia tanpa dosa. Terus aku perbetulkan jawapan. Ya, maksud saya selagi titah raja tidak bercanggah dengan perintah agama, kita perlulah ikut. Pastu dia senyum-senyum. Haishh..

Dan banyak lagi la soalan-soalan yang takde kena mengena dengan apa yang aku baca. Bab menteri atau kementerian kesihatan takde tanya langsung. Dia kata sebab aku bukanlah kali pertama pergi interview kerajaan jadi dia dah rasa aku dah boleh agak soalan-soalan wajib. Sebab tu dia rasa dia lebih suka tanya soalan-soalan yang boleh menguji tahap kesabaran dan dia nak tengok tahap kematangan aku berdasarkan jawapan yang aku bagi. Owhh.. boleh gitu ye..??

Sekarang ni aku hanya mampu berdoa dah tawakal je. Kalau ada rezeki tu ada la.. nak mengharap lebih-lebih pun takut jugak. Ramai lagi calon lain yang lebih muda dan lebih bagus dari aku. Sekadar mencuba nasib tak salah kan..?? Hehehehe..

Tepat pukul 9.30 pagi dah settle. Baru la terasa lapar. Dari pagi tak makan apa pun lagi. En. Mie bawak pi breakfast kat McD. Jarang-jarang breakfast kat sini. Tak tau nak pilih. Last-last en. mie yang pilihkan set.

 Budak kecik ni ikut jugak. Ponteng sekolah hari ni..

 Mood tak bagus sebab aiskrim McFlurry Oreo takde pagi-pagi nie. 

 Ajak bergambar pun tak nak. 

Terselit jugak gambar aku.. ngeh3.. 

Legaaa.. dah settle satu bab. Lepas ni tunggu result bulan ogos nanti. Check online kat website SPA. Sementara ni kerja la dulu macam biasa.. :)

0 comments: