Saturday, June 9, 2012

Interview gomen lagi..


Tak tau la kali ke berapa aku dapat interview macam ni. Tapi yang lepas-lepas tu mungkin aku tak cukup preparation. Mungkin juga bukan rezeki aku. Aku redha. Malahan aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Kerja dengan company swasta pun ok. So far takde banyak masalah. Kawan-kawan pun ok, boss pun ok, gaji pun ok cuma kerja je yang tak berapa ok. Bila musim kontena banyak aku terpaksa OT sampai malam. Penat okkk.. Pernah aku direct kerja 3 minggu tanpa cuti..!!! Walaupun income lebat la jugak sebab OT banyak tapi sama je. Duit kalau masyukk banyak pun, banyak jugak la yang keluar. Kalau tak takde la perumpamaan 'Besar periuk, besar la jugak keraknya'

Aku dalam dilema pun ada sekarang ni. Bukan kata tak suka dapat interview ni, aku suka malahan aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk dapat kerja yang boleh menjamin masa depan dan hari tua aku nanti. Cuma andai kata aku dapat tempat lain selain taiping, aku berat hati nak berjauhan dengan hubby dan puteri tersayang aku. Huk.. huk.. huk..

Belum dapat lagi dah pikir bukan-bukan. Hehehe. Lagi satu, hari yang sama aku ada training ISO kat tempat kerja aku. Nama aku dah tersenarai antara yang wajib hadir training sebab aku jadi Internal Auditor. Ohh.. Mesti boss aku soal banyak punya bila aku apply cuti ni nanti. Kalau boleh aku nak keep it secret. Tapi boss aku ni jenis suka tanya banyak. Kalau reason setakat tulis Personal Matter tu dia tak kisah sangat kalau hari biasa-biasa. Ni hari aku ada training pulak gatai-gatai nak cuti.. Kenapa mesti di hari yang sama???

Apa-apa pun aku cuma mampu lakukan yang terbaik untuk interview kali ni. Kalau ada rezeki aku nanti, aku bersyukur. Mungkin ada hikmah yang tersirat. Mungkinkah penantian ku selama ni akan berakhir. Semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Amin..

Wahai para reader sekalian, andainya korang di tempat aku yang mana satu korang pilih? Go for interview or attend the training.. please give me some advice. TQ..

0 comments: