Thursday, June 28, 2012

Untuk Dia...


Malam ni aku layan lagu ni je nak berpuluh kali. Mula dengar masa cuti sekolah hari tu. Anak-anak sedara asyik on9 youtube. Mula-mula dengar macam best je rentak lagu ni.

Tapiii..

Masa tu tak join la dengar sekali dengan budak-budak nie. Segann.. Hahahahaha.. Almaklum laa.. umur tua tapi jiwa muda... :P

Malam ni line clearrr..

Sofea dah masuk tidur awal.. En. Mie pergi main badminton.. tinggal aku terkontang-kanting sorang-sorang. Sesekali dapat waktu privasi macam ni memang "priceless"

Jom layannn lagu  

Untuk Dia..
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan

"Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya"
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Wednesday, June 27, 2012

Pengalaman interview kerja gomen..

Lambat betul update story. Nak story pun ingat-ingat lupa je ni. Hehehehe..

Sehari sebelum interview, masih pergi kerja seperti biasa. Tapi, bukan buat kerja sangat pun. Kebetulan sekarang ni tak sibuk sangat. Ada masa untuk aku menggoogle tips-tips interview. Takut pun ada. Hilang keyakinan pun ada. Maklum laa. Interview asyik gagal je.. Huhuhuhu..

Balik rumah baru nak cari baju, baru nak cari kasut, baru nak cari tudung, baru nak gelabah.. hahahaha.. biasa la aku. Semua pun last minit baru nak buat. Baru terasa stress, baru terasa menyesal, baru terasa hotzz..

Planning konon nak tidur awal. Tapi bila semua benda pun last minit baru nak prepare, nak tidur pun tak boleh lena. Betul tak..?? Padan muka aku.. huhuhuhu..

Tepat pukul 4.30 pagi aku dah bangun. Waa.. semangat betul ye. Kalau tak dapat lagi tak tau la nak cakap apa. Kena bangun awal la. En. Mie kata pukul 6.00 pagi dah kena bertolak ke ipoh. Nak cari-cari lagi, tempuh jem lagi.. breakfast jauh sekali la... tak lalu beb..

Tepat pukul 7 pagi aku dah sampai area Ipoh. Cari Pejabat Setiausaha Negeri Perak sekejap je. Thanks En. Mie. Lepak sat kat dalam kereta, pukul 7.30 pagi dah nampak calon-calon lain baru sampai. Ok, terus gerak masuk dengan sorang budak dari Parit Buntar. Ada jugak kawan. :)

En. Mie dah pesan awal-awal. Kalau boleh jangan ambil no giliran yang hujung-hujung sangat. Bosan dia nak tunggu lama-lama. So, aku decide ambik no 4. Memang pun tunggu lama-lama pun bukan boleh buat apa. Nak baca-baca nota pun tak masuk otak dah masa ni.

Ok.. It's my turn now!!

Macam biasa, mula-mula kena perkenalkan diri. Cerita la apa-apa yang patut.

Tips dari google: Cerita sikit je perihal peribadi, lebihkan pada tahap pendidikan kita, pengalaman kerja dan kemahiran yang kita ada.

Soalan pertama: Apakah tanggungjawab kita pada negara?

Alamak!! Terkedu aku sat.. pagi-pagi dah kena soalan luar dugaan. Mula-mula aku jawab sebagai seorang rakyat, kita haruslah patuh pada undang-undang negara. Main bantai je jawab. Tak tau la betul ke salah.. lepas tu dia suruh aku baca 5 prinsip rukun negara. Haaa.. yang ni memang wajib ada. Setiap kali okkk.. setiap kali interview pasti ada soalan nie.. tapi terpulang, kadang-kadang dia mintak yang rukun negara no 4, kadang tu no 2.. tapi kali ni dia mintak 5 sekali.. alaaa.. ni soalan kacang je beb.. hehehehe.. lepas tu dia explain sebenarnya sebagai seorang rakyat kita haruslah patuh pada kelima-lima rukun negara. Owh.. tapi kira ok la jugak. Jawapan yang aku bagi tadi ada kena-mengena la jugak dengan rukun negara.

Soalan kedua: Kesetian kepada raja dan negara. Awak rasa perlukah kita patuh segala perintah raja?

Not again!!! sekali lagi aku terkedu.. Aku jawab, "Ya. Memang kita perlu patuh pada segala perintah raja" Pastu dia jawab pulak.. "Eh?? Syirik tu.. awak rasa betul ke jawapan awak??" Memang sengaja dia suka aku konfius kan..?? Takpe, aku balas.. "Hmm.. raja tu kan ketua negara, jadi segala titah dia kita perlu ikut" Sekali lagi aku bantai jawapan. Dan sekali lagi dia explain. Raja bukanlah  ma'sum. Tahu ma'sum tu apa? Ma'sum tu bermaksud manusia tanpa dosa. Terus aku perbetulkan jawapan. Ya, maksud saya selagi titah raja tidak bercanggah dengan perintah agama, kita perlulah ikut. Pastu dia senyum-senyum. Haishh..

Dan banyak lagi la soalan-soalan yang takde kena mengena dengan apa yang aku baca. Bab menteri atau kementerian kesihatan takde tanya langsung. Dia kata sebab aku bukanlah kali pertama pergi interview kerajaan jadi dia dah rasa aku dah boleh agak soalan-soalan wajib. Sebab tu dia rasa dia lebih suka tanya soalan-soalan yang boleh menguji tahap kesabaran dan dia nak tengok tahap kematangan aku berdasarkan jawapan yang aku bagi. Owhh.. boleh gitu ye..??

Sekarang ni aku hanya mampu berdoa dah tawakal je. Kalau ada rezeki tu ada la.. nak mengharap lebih-lebih pun takut jugak. Ramai lagi calon lain yang lebih muda dan lebih bagus dari aku. Sekadar mencuba nasib tak salah kan..?? Hehehehe..

Tepat pukul 9.30 pagi dah settle. Baru la terasa lapar. Dari pagi tak makan apa pun lagi. En. Mie bawak pi breakfast kat McD. Jarang-jarang breakfast kat sini. Tak tau nak pilih. Last-last en. mie yang pilihkan set.

 Budak kecik ni ikut jugak. Ponteng sekolah hari ni..

 Mood tak bagus sebab aiskrim McFlurry Oreo takde pagi-pagi nie. 

 Ajak bergambar pun tak nak. 

Terselit jugak gambar aku.. ngeh3.. 

Legaaa.. dah settle satu bab. Lepas ni tunggu result bulan ogos nanti. Check online kat website SPA. Sementara ni kerja la dulu macam biasa.. :)

Saturday, June 23, 2012

Kali ni aku diuji lagi..



Memang menguji tahap kesabaran betul. Dah la baru start kerja dah nak berlagak dengan aku. Eeeiii.. tak pernah aku jumpa orang yang macam ni.

Dah la kerja dia copycat dari report aku pastu bila ada masalah email semua boss2 termasuk boss besar kat Singapore. Heeiii.. melampaunya... pastu siap bagi arahan pulak kat aku. Ko ingat aku ni sapa??? She's really press my RED BUTTON.. Boss aku sendiri pun tak berani buat aku macam tu.. ke ko tak reti guna Microsoft Outlook?? Tak reti beza Reply dan Reply All??

Sedang aku baca email terus boss aku call. Mintak penjelasan yang sebenar. Lepas aku explain segala dia paham benda tu bukan salah aku. Dia suruh aku call direct marah budak baru tu dan reply email tu dan terangkan perkara sebenar.

Aku ni kalau dah bengang dan benci seseorang tu aku malas nak marah sebab aku dah tawar hati nak layan lebih-lebih ataupun ikut meroyan sekali. Eeeii tak kuasa. Aku lebih suka diam dan terus tak nak layan. Lupakan terus dari ingatan pun takpe. Tapi atas desakan kawan-kawan suruh aku pertahankan diri dah sebab budak tu dah over sangat aku call la jugak.

Memang panjang lebar la budak tu kena ceramah dengan aku. Puas hati aku.

Aku ingatkan settle la semua. Rupanya pagi ni dia email lagi. Tapi kali ni dia tuju kat aku sorang je. Tak berani dah nak cc satu dunia. Payah betul la kalau jenis tak paham bahasa ni. Terus aku tunjuk email tu kat boss aku. Memang dia nak menempah kan??? Rasakan la.. yang aku dengar dia dah kena sound dengan boss aku even GM aku pun dah tau pasal ni dan pesan kalau aku ada masalah, aku boleh direct call my GM pulak. Waaa.. i feel so lucky la pulak.. hahahaha...

Sekarang baru aku tau ramai yang ambil berat pasal aku. Diorang pantang tengok aku teraniaya. Dari boss yang pangkat tinggi hinggalah ke level cleaner. Aku suka berkawan dengan semua orang tak kira pangkat apa. Aku senang bekerja dalam suasana yang happy. Paling tak suka orang yang sombong berlagak konon macam hebat sangat. Aku nak tengok berapa lama dia boleh tahan kerja kat situ dengan perangai macam tu.. Kalau ko hidup nak menyusahkan orang lain, sampai bila pun hidup ko tak akan senang. Believe me..!!

Wednesday, June 13, 2012

Blurrr...



Kerja aku sekarang ni tak sibuk sangat. Sebelum lunch kerja aku dah settle. Sementara nak tunggu sampai petang habis kerja, berlakon la buat-buat sibuk padahal on9 fb, google, check email.

Bila menggoggle sekarang ni asyik search pasal tips-tips temuduga kerajaan, pasal menteri, pasal Kementerian Kesihatan.. bla.. bla.. bla..

Sekali macam terdetik di hati..

Betul ke apa yang aku buat nie?? Huhuhu....

Serius aku buntu. Beria betul kali ni aku search pasal nak interview. Sebab ni bukan interview kali pertama, jadi aku dah ada pengalaman sedikit sebanyak soalan-soalan cepumas. Nak test market boleh la. Mana tau kali ni rezeki aku.

Tapiiiii.....

Dalam aku gembira terselit perasaan sedih dan sayu. Selama ni hidup aku happy. Takde kurang kat mana-mana langsung. Hari-hari ku ceria di samping kawan-kawan dan family tersayang.

Mana satu yang harus aku pilih???

Waktu kerja yang panjang tapi sikit pun tak terasa lama bila kita buat kerja yang sesuai dengan jiwa kita atau pun waktu kerja yang standard 8 jam tapi terasa lama gila bila kerja tu tak sesuai dengan jiwa dan suasana berbeza a.k.a tak best langsung..

Aku telah sebati dengan kerja aku sekarang. 6 tahun beb. Orang semua dah anggap aku senior stafff. Sekali nak berhenti dan join kerja baru. Jadi junior staff balik. Huhuhu.. sedih gila woooo.. suasana tak tau lagi macam mana. Kalau kena area luar Taiping.. abis laa.. hilang sudah happy dapat keja gomen... huhuhuuh...

Masih serba salah... huhuhuuh...

Saturday, June 9, 2012

Peringatan untuk diri sendiri jugak..


Interview gomen lagi..


Tak tau la kali ke berapa aku dapat interview macam ni. Tapi yang lepas-lepas tu mungkin aku tak cukup preparation. Mungkin juga bukan rezeki aku. Aku redha. Malahan aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Kerja dengan company swasta pun ok. So far takde banyak masalah. Kawan-kawan pun ok, boss pun ok, gaji pun ok cuma kerja je yang tak berapa ok. Bila musim kontena banyak aku terpaksa OT sampai malam. Penat okkk.. Pernah aku direct kerja 3 minggu tanpa cuti..!!! Walaupun income lebat la jugak sebab OT banyak tapi sama je. Duit kalau masyukk banyak pun, banyak jugak la yang keluar. Kalau tak takde la perumpamaan 'Besar periuk, besar la jugak keraknya'

Aku dalam dilema pun ada sekarang ni. Bukan kata tak suka dapat interview ni, aku suka malahan aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk dapat kerja yang boleh menjamin masa depan dan hari tua aku nanti. Cuma andai kata aku dapat tempat lain selain taiping, aku berat hati nak berjauhan dengan hubby dan puteri tersayang aku. Huk.. huk.. huk..

Belum dapat lagi dah pikir bukan-bukan. Hehehe. Lagi satu, hari yang sama aku ada training ISO kat tempat kerja aku. Nama aku dah tersenarai antara yang wajib hadir training sebab aku jadi Internal Auditor. Ohh.. Mesti boss aku soal banyak punya bila aku apply cuti ni nanti. Kalau boleh aku nak keep it secret. Tapi boss aku ni jenis suka tanya banyak. Kalau reason setakat tulis Personal Matter tu dia tak kisah sangat kalau hari biasa-biasa. Ni hari aku ada training pulak gatai-gatai nak cuti.. Kenapa mesti di hari yang sama???

Apa-apa pun aku cuma mampu lakukan yang terbaik untuk interview kali ni. Kalau ada rezeki aku nanti, aku bersyukur. Mungkin ada hikmah yang tersirat. Mungkinkah penantian ku selama ni akan berakhir. Semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Amin..

Wahai para reader sekalian, andainya korang di tempat aku yang mana satu korang pilih? Go for interview or attend the training.. please give me some advice. TQ..

Wednesday, June 6, 2012

My result is...


Hahahaha...

Ingat result apa..???
Mesti ingat aku pregnant le tewww.. Mana ada.. Masih sedang menunggu.. Huhuhuhu.. sedihh..

Ok. Tak mau sedih-sedih lagi. Jom kita layan kuiz yang pernah aku gatal-gatal tangan nak klik-klik kat fb.

Tengok tu.. result macam nak perli aku je.. nyampah mak tauuu..

Nasib baik kuiz ni buat aku tersenyum sorang-sorang.. hahahaha comel ke??

Result yang sangat tak boleh diterima. Abaikann..

Cehh.. kuiz ni mengingatkan aku pada 'zaman kegemilangan' aku yang sangat ramai boyfriend. Tapi tu semua cerita lama. Dah tutup buku pun atau dalam ertikata lain dah pencennn.. Hahahaha

Erk.. Kereta apa ni?? ish.. ish.. ish.. tak berminat laa.. hehehehe..

Bersyukur la andai jadi kenyataan. Amin..

Haa??? Are u serious??? En Mie pandai memujuk..?? Hmm.. ye la kot kalau tak takkan aku pilih dia.. Hanya dia yang pandai baca hati aku.. ngeh3..

Best sangat ke tinggal kat London lepas kawen?? Perut jenis nak melantak nasik tak sesuai tinggal kat tempat takde sawah padi.. hehehehe..

Hamboiiii.. mentang-mentang la aku suka makan aiskrim.. tak habis-habis nak perli aku ye.. nyampahhh.. tak nak main dah.. Huh!!