Sunday, October 23, 2011

Sempena Deepavali..

Aku bakal bercuti panjang selama 6 hari berturut-turut. Puas hati aku. Dah lama rasa tak bercuti sejak lepas cuti hari raya lepas. Kali ni kalau takde aral yang melintang mungkin aku akan menghabiskan cuti panjang aku di KL. Mana lagi aku nak pergi pun kann..

Anak buah aku semua ajak suruh pergi sana sebab 29/10 ni birthday si kecik princess aku yang ke-4. Hopefully, segala perancangan berjalan lancar. Amin.

Sebelum dapat bercuti panjang haruslah menyiapkan segala kerja. Macam biasa laaa...

"Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian"

Huhuhu.. bila kerja aku semua dah settle, terpaksa la pulak tolong En. Boss sebab dia pun nak cuti panjang tapi report dia tak siap-siap lagi. Makanya, hari ahad pun aku dan ros terpaksa masuk opis. Bezanya lepaking di meeting room bertemankan labtop company. 

Me

Ros

Tepat pukul 8 pagi kami dah terpacak depan pintu ofis. Tapi sebab boss tak sampai lagi, perut pun lapor sempat keluar cari nasik lemak untuk breakfast. Pukul 9 pagi baru boss sampai. Kenyangg.. baru la best sikit buat kerja. Iye laa sangatttt.. Mengantuk beb..!!

Settle report pukul 1.30pm. Ros ajak aku keluar pergi buat rambut rebonding. Aku ni ambil peluang laa. Takkan teman je kan..? Harus aku pun join buat sekali. Harap aku yang pergi sorang-sorang memang entah bila nak pergi. Bosan kalau sorang-sorang. Kalau dah berteman best la sikit. 

Sebelum dan selepas.

Yang kelakar, keluar je dari kedai rambut tu hujan lebat pun start. Alahaiii.. dugaan betul..!! Sibuk sangat nak buat rambut masa musim hujan.. rasakan la akibatnya. Dengan perut pun start lapar. Call en. mie datang jemput terus ajak dia pergi tapau nasi kat kedai tom yam. Terpaksa la tapau sebab en. mie nak tengok berita terkini pasal kematian tragik pelumba Itali Simoncelli di MotoGP Sepang. Sedih la jugak. Muda-muda dah meninggal. Memang dah ajal dia. Rest In Peace Simoncelli..!!


Esok kerja.. lepas tu cuti.. cuti.. cuti.. best..!!

0 comments: