Tuesday, October 11, 2011

Bacalah Anakku

Waktu lunch tadi keluar makan dengan Puan Amirah dan Nadia. Puan ni consultant dari SIRIM. Lebih kurang setahun jugak la kenal dia. Aku suka cara dia bercakap, cara dia jaga penampilan, cara dia berfikir, cara dia hidup berdikari, wah.. so admire on her dari segala aspek. Hehehe.. Even Nadia pun kagum walaupun baru kenal dengan dia sehari.

So tadi sempa la berkongsi pengalaman hidup dia. Kerja selalu kena out-station jauh pastu jadual kerja yang padat, lagi ada masa nak mengajar anak2 dia. Antara tips yang sempat dia bagitau ialah:

1. Ajar anak jangan lebih 20 minit. Kalau 15 minit pun kira ok sebab budak2 akan cepat bosan.
2. Selalu sebelum anak dia tidur dia akan membaca buku bersama anak dia.
3. Banyak tampalkan poster2 ABC dan 123 kat dinding bilik anak. Banyak2 lagi bagus.
4. Belikan buku siri Bacalah Anakku.

Gambar Produk
  
  
  

 
 


Set Bacalah Anakku
Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4
Harga:
  • Semenanjung: RM36.90
  • Sabah & Sarawak: RM41.90
  • Singapura: SD22.90
  • Brunei Darussalam: BD22.90

Kandungan Pakej:
8 Buah Buku, 1 Buku panduan, 1 VCD dan 
12 Keping Kad Imbas

Penerbit: 
One Stop Computer and Language Consultancy

Tahun: November 1996
Mengenai Produk
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Keistimewaan Produk
  • Sistem Fonetik
  • Suku kata mudah
  • Bermakna dan berulang
  • Dua warna
  • Berima
  • Kurang Gambar

Then, aku tanya la pengalaman sewaktu hari pertama dia hantar anak pergi sekolah. Sedih tak?? Pastu spontan dia jawab. "Hati kena kering". Alamakkkk.. part ni yang aku paling lemah sekali. Aku ni bukan boleh. Jiwa sensitif. Sambil dia bercerita pun dia nak menangis. Hati memang kena kuat. Dia tinggalkan anak dia kat tadika pun dia sedih giler dengar anak dia menangis2 cari mama. Aku esok macam mana la pulak. Tak sanggup pun kena la tempuh jugak. Untuk kebaikan masa depan kannn.

Lepas tu dia pesan kita jangan bergantung dengan tadika semata-mata. Kita sebagai parent pun kena main peranan. Kalau ada masa, kita pun kena mengajar anak membaca kat rumah supaya dia tak ketinggalan di sekolah. Darjah 1 sekarang bukan macam zaman dulu masih baru merangkak nak mengenal huruf ABC. Majoriti budak darjah 1 sekarang dah pandai membaca.

Hari ni memang tak sia-sia aku keluar dengan puan. Banyak sedarkan aku betapa aku harus cepat planning something for sofea. Dia pun semakin lama semakin bijak. Cepat pulak masa berlalu. Dulu masa sofea kecik2 tak sabar nak tengok dia besar. Tapi sekarang, dia dah nak start sekolah pun. Need to prepare myself mentally & physically. Nak jadi cikgu pada anak sendiri pulak. Hehehehe.. Wish me luck..!!

0 comments: