Monday, May 2, 2011

Learn from mistake!!!

Tadi aku pergi shopping kat TESCO, Taiping. Sekali teringat losyen dah habis. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak terus aku ambik sebab tengok harga pun ok. RM32. Selalu aku beli pun harga lebih kurang macam tu.


Silap aku!!! Sebab lepas bayar tak periksa resit. Balik rumah baru nak tengok belek. Sekali losyen ni dari RM32 jadi RM48.69!!! Beza sampai RM16.69 tu!!! Memang aku dah terkena. Sakit hati betoiii. Masa bayar tu aku perasan jugak budak ni koyakkan bar code. Tapi aku tak sure sebab apa dia koyak. Tak terlintas langsung yang aku nak kena tipu. Kalau sungguh budak cashier tu yang ambik duit tu memang aku tak halal dunia akhirat. Lu pikir la sendiri!!!

So pada sesiapa yang pernah pergi shopping tempat2 macam ni elok la selepas bayar tu check balik resit MASA TU JUGAK especially item yang berdiskaun. Jangan dah balik rumah baru nak tengok resit. Dulu kawan tempat kerja pun pernah terkena macam ni. Tapi aku tak sangka the same thing happen to me. Dah tawar hati sangat2 nak shopping kat TESCO. Nak tengok TESCO pun rasa dah meluat okkkk.

Tadi menggoogle rupanya memang banyak kes tipu macam ni. Bukan la aku sorang je terkena. Ramaiii lagi. Kata diskaun tapi harga tak berubah pun. Yang jenis alert tu mungkin la perasan. Yang jenis macam aku ni main campak dalam troli terus bayar ni memang tak perasan la kot. Entah2 dah banyak kali aku terkena tapi  tak perasan sebab harga lebih kurang. Tapi kali ni sebab dah harga memang jauh beza sangat tu baru aku perasan. INA, PLEASE LEARN FROM MISTAKE!!!

2 comments:

Noor Akma said...

Aku dah banyak kali kena macam tu jugak... walau dah beringat, terkena lagi! Selalunya sebab nk cepat n org pun ramai, ngan krenah anak2 lagi.

Narlina said...

itu la pasal.. dah pembeli pulak nak kena check balik harga barang tu betul ke tak.. patutnya tu kerja diorang.. hampeh!!!