Sunday, May 1, 2011

Aktiviti 1 May --> Cameron Highland

En mie ni memang suka buat kejutan. Tak terpikir langsung aku nak sampai cameron highland hari ni. Pagi2 dia kejut aku ajak pergi sana. Macam tak percaya pun ada tapi sebab dia sanggup nak tempuh 'JEM' & 'HUJAN' aku apalagi.. I FOLLOWWW....

Bertolak dari rumah pukul 9 pagi. Cari2 Top up touch n go kat stesen minyak semua dah sold out. Fuhhh.. tak boleh nak bayangkan mana rupa jem nanti nih. No choice en mie masuk susur keluar KK dan beli kat kaunter Plus. Dah tentu2 ada punya. Boleh la sambung perjalanan sampai ke Simpang Pulai.

On the way to Cameron Highland. 

1st destination

Singgah makan wafer strawberri & kaya ball.

 Sambil posing tangkap gambar

 Sofea tak abis2 dengan PEACE..

Ada jual macam2 jenis kaktus & bunga fresh

Sebenarnya destinasi pertama nak pergi Ladang Teh BOH Plantation. Tapi jalan nak masuk kena block sebab dah terlampau jem terpaksa la cancel je. Takpe la. Takde rezeki. Lepas tu adik en. mie call suruh beli strawberri. 

So next destination. Kebun strawberri.

Fresh from garden.

Layan makan aiskrim kat strawberri farm sementara nak tunggu hujan berhenti.

Hujan turun renyai2 sepanjang masa. Perut pun semakin lapar. Ingat nak masuk KFC. Penuh jugak. At last en mie ajak masuk pasar malam brinchang. Memang besar tapak pasar malam nie. Kiri kanan jalan ada pasar malam. Parking RM3 sekali masuk. 

Nasib baik tempat parking luas. Nak main bola pun boleh.

Macam2 ada jual kat sini. Bab makan semua ada tapi harga je la mahal sikit. Masih teringat lagi nasi goreng ayam berempah. Sedap betul walaupun sebungkus RM5. Puas hati. Beli makan dalam kereta. Kenyangggg.. 

Bertolak balik pukul 6 petang. Takut lewat nanti jalan dah la gelap. Nasib baik semua ok. 

Tak jem sangat tapi hujan tetap hujan.

Sampai Taiping pukul 8.30 malam. Terus singgah rumah mak en. mie hantar strawberri. Lepak2 jap sampai 9 lebih baru balik rumah. Penattt. 

Cenderahati yang sempat dibeli.

Untuk en. mie (tau kdg2 bca jgk blog nie kannn) terima kasih sebab bawak mama & sofea jalan2 cuti-cuti Malaysia... Jasamu dikenang.. hehehehe..  Sekiannnn.. 

0 comments: