Monday, February 21, 2011

Hari ni dalam sejarah..

  • Petaling Jaya
    2
  • Jitra
    1
  • Kuala Lumpur
    1
  • Oak Brook
    1
  • Penang
    1


Today
Total
Online


7
450
2

Hari ni dalam sejarah.
Blog aku dpt visitor 7 orang.. hehehehe..
(nampak sgt blog tak glamer..huhuhuhu)

Tapi tak kisah la. Aku buat blog ni pun bukan sebab nak glamer.
Saja je suka2.. dapat rasa satu kepuasan menatap blog aku sendiri..
Blog tempat aku meluahkan segalanya..
Tak tau sampai bila aku jdi blogger..
harap2 berterusan la hendaknya..
Sayang sangat kat blog nie..

~ THE NEVER ENDING STORY~

Sunday, February 20, 2011

My name is..

NOOR AZLINA
NNaif
OOportunis
OOportunis
RRamah
AAmanah
ZZingy
LLemah-lembut
IIkhlas
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

Citer pasal nama aku.. dari atas aku baca satu2 tapi part yang last tu yg paling wat aku terkejut skit.. A = Alim?? 
Insyaallah.. amin2..

Testing2 lagi..

Hari ni aku nak testing2 kat blog.. nak try wat link..

Kenapa nama blog ni narlina?? sila refer kat sini

 BEFORE

AFTER
Sekian dulu..

Ntahapapa: Nak update blog tapi takde idea.. jadi merapu camnie la.. hahahaha...

Saturday, February 19, 2011

Tiba-tiba jeee..?

 Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.. ajak balik tak mau pulak dah. Suka sangat kalau dapat main air.

Entah apa mimpi en. mie tiba2 nak bawak anak pi mandi sungai. Sofea memang suka la sangat. Dapat main air sepuas hati. Tapii.. aku la tak puas hati..tak bleh nak join mandi dgn sofea sbb en. mie baru ambik aku balik keje.. tak bwk baju salin pun. huhuhuhu.. baju sofea je yg ada. Jangan tak kempunan aku rendam2 kaki je la. Sedaya upaya en. mie nak cari tempat paling bersih dan tak ramai orang. Mula2 gi kat kaki bukit larut. Air kotor katanya. Last2 jumpa tempat paling sesuai kat Taman Suria. Dah puas bagi sofea mandi, ronda2 lake garden jap. Pandang belakang tengok2 sofea dah tido dalam keta.. penat la tu..

Thursday, February 17, 2011

Aku a.k.a Information Centre..

Penat sangattttttt...

Kat tempat keje tengah sibuk tutup akaun for year 2010. Dah tu pulak hujung tahun baru nak tukar software. Kalau ok takpe jugak ni tak.. semua data dah berterabur. Banyak tak betul. Masa dulu tak nak pikir semua2 nie.


Pastu dah 2 hari aku asyik melayan kerenah diorang2 ni semua sampai makan pun tak sempat. At last refer dengan data aku jgk. Nasib baik la data aku up to date. Kalau tak jenuh la aku nak mengangkut box file tu selak satu2. Dah mintak tolong aku satu hal.. nak cepat pulak tu.. urgent2.. rasa dari bulan lepas lagi suh aku check cepat2 sbb nak closing akaun. Tapi ni dah nak masuk tgh bulan 2 pun tak closing2 lagi.. peciter??? Tipah rasa tertipu tauuu..

Girls Day Out..


This entry is dedicated to my BFF.. Sieqin & Maria..
Love them both so much.
Kami berkawan dari sekolah menengah lagi sampai la skrang.
Tapi.. jarang dapat berjumpa sebab masing2 punya kehidupan tersendiri.

Kebetulan..
Hari cuti Maulidur Rasul tu kami ada masa yang paling sesuai untuk berjumpa setelah sekian lama tak berkumpul. Wahh.. rasa happy sangat. Hati berbunga riang. En. Mie awal2 lagi dah hilang.. gi mandi sungai sambil memancing. Huii.. dia lagi cepattt..

Tepat kul 4.30 petang Maria & Sieqin datang ambik aku kat rumah.. tapii.. kasut sofea pulak takde. Ada dalam keta. En Mie lupa nak keluarkan. Sooo.. terpaksa la heret diorang gi cari kasut sofea dulu.

 On the way to Pekan Taiping Bandar Warisan..

Di pekan Taiping mencari kasut baru tuk sofea.. for sure kaler pink jgk pilihan hati dia.
Agenda seterusnya.. Menuju ke Kuala Sepetang untuk makan Mee Udang. Gerai pilihan adalah:-

 Mee Udang Mak Jah 'baik punya' hehehehe...

Mee Udang Special & minuman pilihan masing2

Sebelum          &         Selepas

Girls Day Out ~ So Happy.. 

Wednesday, February 16, 2011

A Walk To Remember - Only Hope



Love is patient, love is kind.
Love is not jealous, it does not brag, and it is not proud.
Love is not rude, is not selfish, and does not become angry easily.
Love does not remember wrongs done against it.
Love is not happy with evil, but is happy with truth.
Love bears all things, believes all things,
hopes all things, endures all things.
Love never fails


"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It dose not take offense and is not resentful. Love take no pleasure in others people's sins, but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope, and to endure whatever comes"

"Love is like the wind. You can't see it but you can feel it."

Monday, February 14, 2011

Sotong oh sotong...

Big fat giant of the sotong.. dah sama panjang dgn tempat potong..
*
*
*
telah dimasak menjadi
*
*
*
Sotong goreng kunyit ~ Simply delicious

1st time aku masak sotong.. huhuuhhu.. tu pun sotong tu dah keras lama dalam freezer. 2, 3 kali keluar masuk freezer sbb asyik tak jadi je nak masak. At last jadi lauk jgk ko sotong.

Hasil pemancingan en. mie

Just imagine how big that 1st fish ~ Si Ikan Siakap
&
Imagine how i'm gonna cook it??

coz
.
.
.
The adventure started when i have to cleaned it
(kena siang sisik & the worse part masa nak korek segala isi perut tu.. argghh)
.
.
.
and then
cut it if aku buat masak lemak cili api
or
leave it and buat Siakap Sweet and Sour or 3 rasa
.
.
.
whatever it is...
that fish still in my freezer
and
dont know when will i get mood to cooked it.. hehehehe...

wait until my next entry okkk.. for sure aku akan abadikan dlm blog nie..

Huawaa!!! Melepas aku..

Malaysian Wedding ~ Chef Wan daughter
14th Feb 2011
9pm (AFC Channel)

Dah tunggu nak tgk citer ni dari last week lagi tapiii smlm leh terlepas pulak. Gara2 mengikut en. mie gi main badminton. Memang tak ingat langsung. Bangun pagi ni baru teringat. Padan muka aku. Harap2 mlm nie tak terlepas plak citer Desperate Housewife aku. Dah la mlm nie 1st episode for season 7.

By the way pagi ni google2 pasal wedding tu terjumpa plak pic anak diorang. Anak dia punya la cute. Geramnya..

Untung la budak nie.. jadi permata hati Chef Wan. Mesti hari2 leh makan sedap.. huhuhuhu..

Tiba2 plak buat Western Food...

Secara kebetulan je pun.. tak plan langsung...

Asalnya hari tu pi KL angah buat banyak stok black pepper souce. Aku ambik la skit. Then smlm sesi mengeledah freezer terjumpa plak daging kambing entah stok bila tak tau terus dpt idea nak masak Grilled Lamb with Black Pepper Souce..

Bahan-bahannya..

Daging kambing

Black Pepper Source

Cara-caranya
Panaskan kuali dgn sedikit minyak.

Masakkan daging kambing

ok siap dah part daging

Panaskan black pepper source

hingga mendidih dan pekat

Hidangkan dan siap.. hehehe..

Owh.. sofea pun nak jgk western food dia..

4 pcs Hotdog for my lovely daughter.

Sedap ke..

We having lunch together..

-SEKIAN-

Sunday, February 13, 2011

Peace of mind..

Lepas kena keja direct Ahad - Ahad (8 hari tu) at last hari ni tiba jua.

14hb Feb - Hari Valentine (Cuti)
15hb Feb - Maulidur Rasul (Cuti)

tapii.. nama pun cuti tengah2 bulan. Alamatnya ~ bercuti di rumah je la.. hahahhaha. Dah puas berjalan masa CNY hari tu kannn.. Poket money pun dah byk habis so duduk diam2 kat umah on9 sepuas hati.

Thanks to him who light up my day!!!

Google version ~ Thomas Edison's 164th birthday

Siapakah Thomas Edison?

Dialah pencipta mentol lampu tapi nak citer bukan pasal lampu tapi semangat Thomas Edison yang tak pernah rasa putus asa untuk menjadikan imaginasinya satu realiti.

Thomas Edison, pencipta lampu mentol ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!

Model mentol lampu pertama yang dijayakan Thomas Edison, didemonstrasi di khalayak ramai di Menlo Park, Disember 1879

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

"Genius ialah 1% ilham, 99% keringat." - Thomas Alva Edison

It's coming back!!!

Desperate Housewife Season 7
Start from 15 February 2011
Every Tuesday, 10.30pm

My favourite tv series is coming back!!!.. yeayyy.. seriuosly addicted since 1st season. Dari mula start aku tak kawin lagi sampai skrg dah beranak satu even sofea pun dah nak masuk umur 4 tahun aku masih lagi menjadi pengikut setia cerita nie.

Dulu masa mula2 kawen en. mie terpaksa layan jgk la walau dia tak tau hujung pangkal cerita nie tapi slow2 aku explain each character tu mcm mana & explain from the beginning sampai la skrg nie dia pun ikut sama tunggu dpn tv setiap hari selasa, 10.30pm.

Skrg dah masuk season 7 dah. Tak sabar nak tunggu. Skrang hari selasa aku kembali ceria tak seperti dulu lagiii.. yess!!!

Me & Him..


Hmm, benarkah begitu?

Pada hakikatnya boleh dikatakan 99% tepat (syabas.. syabas..) kecualiiiii.... sesuai menjadi doktor?? Dulu masa kecik2 mmg la cita2 nak jadi doktor (kononnn..) tapi kan.. hajat tak kesampaian sebab tak berminat dgn suasana dlm hospital. Kalau gi melawat sapa2 kat hospital mesti aku rasa mengantuk.. ikut hati rasa mcm nak baring sekali kat katil hospital.. (bleh gitu plak??) tak tau la orang lain ada rasa mcm aku ke tak tapi mmg setiap kali aku rasa mcm tu.. geram je tgk kalau ada katil kosong.. hehehehe.. melalut dah..

Okeyyy.. dari pemerhatian aku sapa2 yang lahir bulan nov or berbintang scorpio perangai lebih kurang mcm aku jgk. Mostly seorang yg pendiam & perahsia. So aku mmg SANGAT TAK SESUAI berpasangan dengan scorpio. Nanti kang sunyi je sbb masing2 pendiam & paling bahaya masing2 menyimpan rahsia. owhhh.. bahaya2..

Ni en. mie punya..

Sangat berbeza dgn aku.. maybe ini yg dikatakan JODOH.. saling melengkapi antara satu sama lain = THE PERFECT LIFE..

Friday, February 11, 2011

Opening ceremony new warehouse.. againnn....

7hb Feb 2011 (Isnin)

Hari yang dinanti akhirnya tiba jua. Aku telah dipilih lagi sekali untuk memegang dulang gunting potong reben. Macam dah takde orang lain. Ni dah kali ke-2 tau. Dulu masa aku mula2 masuk keje tahun 2006 pun mcm nie jgk. Tapi masa tu aku tak kawen lagi dan aku pun orang baru jadi kena la ikut je arahan.. huhuhuuhu.

Si pemegang dulang berbaju kurung hijau..

Maybe sebab kebetulan baru lepas raya cina so ada la pulak tarian naga tapi paling tak tahan bila ada mercun papan betul2 depan aku. Tangan ni pegang dulang nak tutup telinga mcm mana? Akhirnya terpaksa la jgk aku tahan telinga. Rasa mcm nak pekak okkk.. habis terbang serpihan kertas mercun tu sampai masuk kat dulang aku. Leceh betul.

Tarian naga

Boss paling besar sedang memotong reben

Pasu bunga penyeri opis (bunga hidup nie.. bukan bunga plastik)

New Warehouse.. Semua harus serba baru.. tapi tempat aku bukan disini.. huhuhu..

Lama la jgk aku melepak kat sini.. almost 1/2 day. Selesai satu tugas. Dengar2 citer sekarang dalam planning nak bukak lagi satu cawangan. Lepas ni jangan suruh aku pegang dulang lagi okk.. Suruh orang lain pulak.. aku nak pencennnn...

Tuesday, February 8, 2011

Trip pulang ke kampung halaman

Wahh.. rindu la balik kg.. dah lama sgt tak balik.. ambik kesempatan cuti panjang ni balik Kuala Pilah, N9. Mmg dah lama aku plan nak bwk en. mie balik kg.

2hb Feb 2011 ( Rabu)
Planning asal nak bertolak pagi.. tapi last minit kwn en. mie plak ajak konvoi sekali pi kl tunda la ke pukul 3. So aku pun start la kemas umah, basuh kain sbb pagi tu cerah. Pastu kwn en. mie call lagi.. tunda lagi kul 5.30 sbb anak sedara dia nak follow. At last bertolak nak dekat kul 6 jgk dari sini. Sampai KL kul 9 mlm camtu. No more xtvt. penatttt & tido.

3hb Feb 2011 (Khamis)
Sama la jgk konon2 nak bertolak pagi. huh, hampeh. Bangun pun kul 10 lebih camno? sementara nak berkemas la, mkan la, mandi la, kul 3 ptg baru bertolak.

Pic 1 - Masuk PLUS highway jalan jem teruk menghala ke Seremban, PD.
Pic 2 - Akhirnya sampai ke susur keluar Kuala Pilah.. yeaayy..
Pic 3 - Jalan highway baru ke Kuala Pilah.

Pic 1 - Sama jgk jem kat jalan baru K. Pilah.
Pic 2, 3, 4 - Masuk jalan kg, kambing pun ada. Tenang je.. semua hijau.. masa ni dah tukar channel radio Negori. Lagu2 pun ala2 rentak tradisional minangkabau. feeling balik kg..

Pic 1- Lorong ke Kampung Ambun, Juaseh Kapitan
Pic 2 - Akhirnya selamat tiba jgk ke kampung halaman..
Pic 3 - En. Mie (baju kuning) diinterview oleh sedara mara baru nak kenal..

Muka happy sofea. Sofea akhirnya dapat jgk sampai ke kg tok dia.. pusing2, lari2 keliling halaman rumah..

Gelagat sofea sblm masuk tido. Masa ni dah nak dekat kul 12 tgh malam.. mama & papa dia tak larat nak layan dah. upah masuk bilik tangkap gambar dia byk2.. tgh tangkap gambar atok dia kasik kuih plak.. bila nak tido niiee...

4hb Feb 2011 (Jumaat)

Bangun pagi rasa sejuk sgt2 sbb dah suasana kampung memang sejuk & berkabus. En mie mula bangun nak basuh muka je at last terus decide nak mandi time sejuk2 tu.. rasa segar lain mcm. Mmg pun mandi air kat kg tak sama dgn kat umah nie. bessttt..

Abis tu lepak sarapan kat luar sambil mak teh aku buat bihun goreng & air teh panas.. perggh.. aku sambung lagi jalan2 keliling umah. Macam2 pokok ada.. especially pokok2 nak guna tuk masak. Tak payah susah gi beli kat pasar. Cari kat belakang umah je. Fresh plak tu.

Tghari Pak Teh & en mie gi smbhyang jumaat. Aku plak tolong2 masak kat dapur sambil bersiap2 nak balik KL. Tunggu2 en. mie tak balik2 sampai kul 3. Risau jgk aku lama sgt pi sembahyang nie. Mcm2 pkir tapi buat muka selamba je la. Rupanya diorang dpt jemputan gi kenduri tahlil. Merasa la en. mie gi jalan2 pusing kg naik motor. Best plak tu dia kata.. sesekali best la..

Sebelum pulang aku mintak nak tangkap gambar adik beradik mak aku buat kenangan. Kebetulan semua datang rumah Mak Teh aku. Mula2 en. mie tangkap pic aku pastu aku plak kena tangkap pic dia.. nak jgk.. hmm.. Dalam pukul 5 start bertolak balik KL.

En. Mie cuba masuk jalan highway baru called LEKAS (Lebuhraya Kajang-Seremban) i think so.. hehehe.. pandai2 je buat kesimpulan sendiri.. actually aku pun tak tau LEKAS tu stand for what. (tak google pun lagi) tapi mmg cepat pun.. sesuai sgt la dgn nama LEKAS tu tapiii.. kena la tempuh 3 tol.. berapa total pun tak sure sbb pakai Smart Tag. Sedap lalu je...


Nama pun highway baru.. keta pun tak byk. Jem jauh sekali la.. seronok je en. mie drive sbb tak tension mcm masuk PLUS highway smlm. Sambil menikmati pemandangan yang cantik2, tak sedar dah sampai susur keluar Kajang Perdana. Lorr.. dah sampai KL??


Nasib baik la ada GPS nie.. penunjuk arah kitorang sepanjang perjalanan. Mmg tepat dan mudah nak tengok. Nak harapkan aku nie.. alahai mmg aku tak reti langsung. Sampai umah kakak aku kul 6.30 petang.

Lepak2 jap mak aku ajak gi umah abg aku pulak kat Flora Damansara sbb nak melawat kakak ipar aku. Baru lepas operate. Alang2 aku dah sampai sini terus la tgk sekali sbb esok dah nak berangkat pulang ke taiping. Tumpang keta abg aku plak. Pic atas sofea dlm keta abg aku dgn sepupu dia Intan.

Pic 1 - Hasil kraftangan abg aku. aku mati2 ingat dia beli kat kedai cenderahati.
Pic 2 - My bro tgh ajar sofea & intan melukis sambil diperhatikan oleh papanya.
Pic 3 - My bro (baju biru & hijau). Yg pakai cap tu tak payah diperkenalkan lagi la..

Lepak2 kat situ sambil2 sembang sbb dah lama tak jumpa pun nak dekat kul 11 mlm jgk la baru balik umah.. penat sgt2.. mandi2 terus tido.

5hb Feb 2011 (Sabtu)

Hari ni dah kena pulang ke Taiping. Tapi mcm biasa la planning asal nak bertolak pagi tinggal planning je la.. Tengahari en. mie gi cuci keta dulu sambil aku kat umah tolong2 menyibuk mak & kakak ipar aku masak. Settle makan tghari baru bersiap2 nak balik pun dah pukul 5 petang jgk.

Sepanjang highway jalan menghala ke KL jem teruk. Tak sure area mana ada byk kon kat tgh2 jalan. Aku ingatkan apa benda la tadi rupanya diorang bukak satu lorong lagi supaya jem menghala ke KL dikurangkan sikit. Nasib la jalan kitorang ni melawan arus. Padahal baru hari sabtu pun dah jem mcm nie. Hari ahad tak tau la camne. Kena sabar byk2 la orang2 yg nak balik KL. Mmg biasa la pemandangan mcm ni kat highway kalau tiba musim cuti perayaan. Owh.. byk citer lain plak. Ok sambung balik.. Kitorang sampai umah kul 8.30 mlm. Takde la lewat mlm sangat. Sempat la aku nak basuh2 baju & kemas2 apa yg patut lepas tinggalkan umah 4 hari.

6hb Feb (AHAD) aku terpaksa mula bertugas.. mood: Malas tak ingatttt.. Rasa mcm nak bercuti.. dah terus bercuti jeeee.. tak payah keje2.. huh.. bleh kewwww???