Thursday, April 13, 2017

Jom Puasa...

Allah Maha Mengetahui...

Memang dah lama berhajat nak puasa. Apatah lagi bila kawan-kawan dah mula berpuasa.

Ilmu agama masih cetek. Banyak yang belum tahu. Bila tengok orang buat, kita pun nak buat. Macam tu la lebih kurang.

Hari ni aku cuba nak puasa.

Tapiiii... hati masih berbelah-bagi.

"Eh, boleh ke tahan? Lama tak puasa ni..."

Pukul 5.30 pagi terjaga. Sempat lagi kalau nak sahur. Masih 50-50 sebenarnya. Takpe. Gagahkan jugak diri. Minum air kosong je. Sambil niat dalam hati.

Bunyi azan subuh berkumandang. Bermulalah puasa hari ini. Masa solat subuh berdoa agar Allah kuatkan imanku. Sentiasalah disampingku. Sesungguhnya aku insan yang lemah.

Nak dijadikan cerita, duit dah abis. En Mie bagi duit. Masa nak keluar kereta, terlupa nak ambik.

See??..

Perancangan Allah.

Satu hari puasa. Cuaca hujan, mendung, sejuk. Masya Allah.

Aku tak rasa lapar langsung. Dahaga pun tidak.

Yang penting bersahurlah walau segelas air kosong. Jangan lupa niat kerana itulah yang akan membantu kita puasa sepanjang hari nanti.

Day 1. Harap-harap berjaya ditempuhi.

Yakin dan tawakal selalu. Percayalah. Allah Maha Mengetahui.

Sekian.

0 comments: