Saturday, October 20, 2012

Konsert Tadika Anis 2012

Tadi baru lepas selesai konsert  tadika sofea. Alhamdullilah semua berjalan lancar. Aku sebak masa mula-mula nampak sofea naik atas stage. Hampir menitis air mata aku. Tak tau kenapa aku tiba-tiba rasa macam tu. Tak sangka sofea yang aku lahirkan 5 tahun dulu dah pandai macam-macam. Aku bersyukur dianugerahkan anak seperti dia. Sungguh sempurna walaupun dia tidak mendapat jagaan sepenuh masa aku sebagai seorang ibu namun dia pandai menyesuaikan diri dengan suasana sekelilling. Aku bangga dia anak aku.

Aku jugak rasa bertuah sebab anak aku mendapat didikan yang terbaik yang mampu aku berikan padanya. Persekitaran yang sihat, cikgu yang berpengalaman, kawan-kawan yang ramai, suasana yang ceria. Aku puas hati dengan segala titik peluh cikgu yang sabar dan tekun mengajar sofea hingga pandai tanpa mengenal erti jemu. Tadi sempat aku bersalaman dengan semua staff dan cikgu-cikgu dia yang selama ini aku tak pernah kisah pentingnya mereka dalam kehidupan harian sofea. Sekali lagi aku berasa berutung kerana mereka sangat baik dengan anak aku selama ni. Oh.. terharunya aku...

Selama setahun aku hanya cuba menolong sofea buat homework. Janji siap. Tapi aku tau bukan senang nak mengajar budak-budak. Aku layan kerenah sofea sorang pun dah stress inikan pulak berpuluh-puluh anak murid. Nak mencungkil bakat mereka, nak training diorang menari, menyanyi, berlakon untuk konsert tadi.. alahaiii.. kalau aku pengsan dah gamaknya..

Sofea banyak berubah lepas dah setahun sekolah. Dah pandai ada kawan, dah kenal huruf ABC.. Alif Ba Ta..123.. dah pandai guna kaler, dah pandai pegang pensel.. dah pandai berlakon sakit bila pagi-pagi aku kejut suruh mandi pergi sekolah.. tak bleh tahannnn... macam perangai aku je kecik-kecik dulu.. ngeh3..

Secara keseluruhan aku puas hati dengan segala usaha yang telah dicurahkan oleh cikgu-cikgu dan staff-staff tadika sofea. Aku tau mereka telah memcuba sebaik mungkin untuk mendidik sofea hingga menjadi sofea seperti hari ini. Terima kasih semua. Thank you for being part of her life. Sesungguhnya jasa anda semua tidak ternilai dengan wang ringgit. I love u all.. - Mama Sofea-














3 comments:

mama zaraziyad said...

Salam sis Azlina, sis wife abg ruzaimi ye...xsangka goggle tentang tadika anis terus baca blog sis...

Narlina said...

Salam sis.. Tq sudi baca blog saya yg x seberapa nie.. Hehehe.. Saya wife ruzaime.. Sorry lama x update blog sejak sofea ada adik.. :)

Narlina said...

Salam sis.. Tq sudi baca blog saya yg x seberapa nie.. Hehehe.. Saya wife ruzaime.. Sorry lama x update blog sejak sofea ada adik.. :)