Saturday, May 12, 2012

♥ Wedding Anis & Deedy ♥

Akhirnya....

Setelah sekian lama menanti baru hari ni ada peluang nak update story pasal  ♥ Wedding Anis & Deedy ♥

♥ 3rd May 2012 (Khamis) ♥

Aku kerja sampai petang. Menyesal pulak rasa tak ambik cuti 1/2 day. Kepenatan jugak la sebabnya aku tak prepare apa-apa pun lagi. Kelam kabut la jugak hari tu. Balik kerja En. Mie tanya "Mama dah ada baju ke belum?" Aku pun start la buat muka sedih.. "Takde la papa" Terus dia jawab "Ok, jom pi shopping".. Dalam hati berbunga cinta.. hahahhaaha..

Sampai Taiping Sentral terus cari baju kurung kaler hijau. Cari punya cari alhamdullilah aku jumpa baju kurung yang aku berkenan. Ok settle bab aku. Turn cari baju En Mie pulak. Dia nak cari baju yang sama kaler hijau macam aku tapi takde. Ada pun takde saiz la pulak. Tak kisah la janji kaler hijau. Beli jee..

Lepas tu bergegas ambik sofea kat rumah opah dia then terus balik rumah. Baru nak start kemas-kemas baju. Haisshh.. menyesal buat kerja last minute.. :(

Bertolak dari Taiping dah nak dekat pukul 9 malam jugak. Dalam kereta mata tak boleh nak tido sangat. Excited nak jumpa dengan family yang sedang menunggu di Villa Ukhwah, Tasik Titiwangsa.


Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Sampai sana tepat pukul 1 pagi. Wahh.. diorang tak tidur lagi rupanya. Semua tengah sibuk isi barang goodies bag dah hias-hias apa yang patut.




Aku tolong la jugak tapi sebab tangan aku ni bukan tangan seni, baik aku tangkap-tangkap gambar je. Jom ronda dalam villa 2 tingkat ni..







Sangat luas okk.. sesuai untuk buat kenduri-kendara.Ada swimming pool pulak. Asing untuk kanak-kanak dan untuk dewasa. Boleh berenang sesuka hati. Yeesss.. i likeee...

♥ 4th May 2012 ♥

Bangun pagi turun bawah dah tersedia breakfast nasik lemak. Lepak makan sambil sembang-sembang dengan bapak sedara, mak sedara, sepupu yang dah lama tak jumpa. Kisah-kisah perangai abang-abang aku masa kecik-kecik, kisah aku pun terselit jugak. hahahaha.. rahsiaaaa..

Tengahari melayan sofea mandi swimming pool dengan anak sedara aku yang lain. Main la ko puas-puas sofea. Dia happy la sangat.







Petang.. Turn kami pulak.. hahahahaha



Malam.. tolong rebus telur kat dapur dengan mak & bapak sedara.. sambil tu layan sembang dengan diorang.. bila sembang dengan orang kedah nie automatik loghat aku pun bertukar.. feel being myself is awesome.. hahahaha.. penutup makan telur rebus 3 suku msak 2 biji dikala pukul 1 pagi..

♥ 5th May 2012 ♥

Bangun pagi tengok semua persiapan di dalam dan luar semakin siap..

Pelamin pengantin..

Meja makan pengantin dan rombongan pengantin perempuan..

Meja makan untuk para tetamu yang hadir.

 Pukul 1 tengahari rombongan pengantin tiba

 Ok.. start baris-baris flower gurl dan dayang-dayang sekalian..

 Wajah ceria pengantin...

 Datuk M. Daud Kilau menyanyikan lagu untuk pengantin dan para tetamu yang hadir.

 pose dari flower gurl.. yg tengah tu gedik aku tengok.. hahahaha..

 Ada persembahan silat jugak..

 Pengantin start makan pulak.. sambil mendengar story morry dari ibu pengantin lelaki..

Terharu pengantin lelaki apabila mummy dia kasik surprise hadiah kereta Persona sebijik.. 

Taraaa... inilah kereta itu..

Pengantin yang sangat sporting dan enjoy on their BIG DAY..!! 

Ok its time for Wedding Cake. 

Gambar kami bersama Raja Sehari untuk kenangan. 

Kami 'Pengantin Lama' yang masih happy dan enjoy our life together.. Aminnn.. 

1 comments:

Makcik Anak 3 said...

cayok lah.....i like the pinky kaler..
ape pun ina..hermmm..best sgt..rugi i tak dpt secelup memeriahkan suasana
huhuuuuu.....motip.jgn lupe nengok kalender yer...