Friday, May 25, 2012

Trip to Cameron Highland

Family En. Mie ajak pergi jalan-jalan ke Cameron Highland. En. Mie boleh tanya pulak aku nak ikut ke tak..?? Weihhh.. Saja je tau.. ' Dah gaharu cendana pula, dah tahu buat-buat tanya pulak kannn...'


Pagi tu kitorang bertolak dari Taiping pukul 7 pagi. Wahh.. excited pulak rasa. Last pergi tahun lepas. Kitorang konvoi 3 biji kereta. Meriah laa..

Sampai sana dalam pukul 10 pagi. Tempat pertama kitorang tuju adalah Taman Agroteknologi MARDI. Ingat masuk free?? Kena bayar ambik tiket. Dewasa RM3. Murah jee.. hehehehe.. Kanak-kanak percuma. Memang best la masuk situ. Dah banyak kali aku pergi Cameron, tapi ini la 1st time aku masuk taman ni.


Dah puas bergambar ala-ala hindustan kat taman tu, kitorang masuk Strawberry Farm pulak. Pekena aiskrim strawberri & strawberri cicah coklat. Hmm.. yummy... Owh, tak lupa borong strawberri jugak. Untuk kawan-kawan opis dan makan sendiri kat umah.

Aiskrim secawan RM5.
Kaktus comel-comel dan macam-macam kaler. Rasa macam nak beli semua. Sooo cute.

Tak lupa jugak singgah pasar kat tepi jalan tu. Sayur jual murah-murah. 7 jenis RM10 ada. Tapi aku dan en. mie borong jagung je. Sayur ni kat pasar Taiping pun banyak. Lagipun aku bukan nak masak sangat. Nanti sayur tu layu dalam peti sejuk aku je. Start dari masuk pasar ni si sofea mintak payung strawberri. Tak boleh tahan dengan perangai dia yg sat-sat mogok tak nak jalan la, sat-seat menangis.. At last dia dapat jugak. Suka la tu..

Selesai membeli-belah, kitorang pergi BOH Tea Centre, Sungei Palas. Masa tu tengah hujan. Sejuk beb kena hujan. Nasib baik sofea beli payung.. Pandaiii.. Sediakan payung sebelum hujan ye.. :)

Meja semua penuh. Almaklum laa. Dah hujan-hujan ni siapa yang nak keluar. Dah habis makan pun stay lagi kat meja. Nak tak nak terpaksa la tunggu. Nasib baik la ada omputih baik hati bagi tempat kat kitorang. Sebab kitorang ada banyak budak kecik. See??? Orang asing pulak yang baik hati dan lebih bertimbang rasa. Terharunyaaa..
Makan ala-ala omputih. Hehehe
Sesi tangkap gambar lepas hujan.
Masing-masing posing
Sejukkk..
Jalan menuju ke kedai teh boh. Cantik dan unik.
Jom shopping teh
Nice.. :)

Mesin kisar teh zaman dulu-dulu.


Bergambar lagi sebelum nak balik.

Cantik sungguh pemandangan kat sini. Dalam kereta asyik nak tangkap gambar je keje aku.

Ok. Jumpa tempat parking menarik. Terus parking kereta sat kat tepi jalan. Harus kena bergambar di ladang teh walaupun dah banyak kali aku sampai sini. Hehehehe. Jalan kat sini adalah sangatttt sempit. Muat sebiji kereta je. Kalau selisih kena salah satu bagi ruang.
Wahhh.. suka sangat pemandangan kat sini.
Hijau dan tenang.
Pluck Your Self dalam BM bermaksud Memetik Diri??? Hahaha.. Ni tempat persinggahan terakhir sebelum balik Taiping. Adik En. Mie nak beli aiskrim strawberri.

Bertolak dari Cameron pukul 6.30 petang. Sampai Taiping pun dah malam. Masing-masing semua penat tapi happy. Sampai rumah, terus kukus jagung. Fuhhh.. maniss dan sedap. Memang tak rugi beli. Malam kitorang kenyang makan jagung je.. :)

Friday, May 18, 2012

Me & Him --> we're so different

Hari ni kat tempat kerja tak sibuk sangat. Mungkin sebab big boss pergi outstation ke Hong Kong. Petang tadi saja call En Mie. Roger-roger ada kat mana. Sekali dia suruh balik awal. Nak pergi Changkat Jering. WHY??

Ada laaa.. balik je.. Hmm..???

Ada surprise lagi ke??? 

Cukup time terus scan.. takde tunggu-tunggu lagi. Masa tengah drive, kepala asyik teringat ada apa ye kat Changkat Jering tu? Setahu aku.. ada kedai makan tomyam je.. 

Sampai rumah rupanya dia tengah on9. Excited cerita kat aku jumpa side mirror Passo. Hmmm... Nak pergi beli barang kereta la pun. Ingatkan apahal laa tadi. 

Surprise la sangattt.. cukup sekali je berangan ina.. Next time pulak.. 

Dia mengaku dengan aku yang dia sangat teruja nak Myvi convert to Passo Bodykit. Memang kat Taiping tak ramai yang buat. Ada la 2 3 bijik je pun. So dia takde geng la sangat. 

Benarlah kata pepatah.. Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. 

Dari sejak mula tukar ke kereta Myvi, hari-hari dia on9 tengok barang Passo. Kalau facebook dia ada add siapa-siapa yang runner barang passo, jual barang passo, guna set passo, group passo. Pernah jugak aku soal selidik apa benda la passo ni? Set ni datang dari Japan. Setiap spare part dia semua berharga. Kalau dah bosan guna, nak tolak ramai yang nak beli. 

Memang pun. Aku tengok jugak facebook dia. Kalau ada yang upload pic barang passo nak jual, kena cepat booking. Kalau lambat sikit, melepasss.. Pelik betul.. dimata perempuan mungkin aku tak nampak kat mana hebatnya. Dimata lelaki, entah laaa.. no komen.

Sambung cerita tadi, bila aku dah siap kitorang pun pergi changkat jering. Nak cari rumah budak yang nak tolak side mirror tu. Takde la susah mana pun nak cari. Rumah tepi jalan je. Ok fine.

Bila dah jumpa macam dah lama kenal la pulak. Padahal baru je 1st time jumpa. Sembang bab kereta. Dia tengok kereta budak tu.. budak tu tengok kereta dia. Dia dah jumpa orang yang boleh dia berkongsi pengalaman dan ilmu pasal benda yang dia minat. Aku memang ZERO knowledge. Tunggu dalam kereta je laa.

Dalam hati aku terdetik, sorry la papa.. mama tak dapat nak berkongsi cerita dengan papa sebab mama memang tak tau apa-apa. It's a boy things.. Maybe yang aku boleh share kegembiraan dia yang semakin menjadi kenyataan. As long he is happy, i'm happy too.. :)

 Dulu --> MyVi


Sekarang --> Passo'07

Monday, May 14, 2012

Mama Terharuuuu ... ♥

Masa kerja tadi sempat melayan facebook.. ramai jugak ibu-ibu yang dapat kad dari anak tersayang. Aku takde la expect benda yang sama. Maklum la sofea baru je masuk tadika. Reti ke dia nak buat kad hari ibu kat aku. Sekadar dapat ucapan ringkas dari suami tersayang semalam.. Owh.. dan labtop sebijik..!! hahahaha.. 

Balik kerja tadi dalam kereta dia dah excited bercerita dia buat kad untuk aku.. "Mama.. tadi kat school fea buat kad love untuk mama.. tapi tadi dah koyak.. " terus dia buat muka sedih.. Alalalala.. keciannya.. 

Aku ingatkan kad macam mana la yang dia buat.. siap dah terkoyak pulak.. lupakan je laaa.. 

Sampai rumah terus dia buka beg sekolah dan tunjuk kad tu kat aku.. Owhh.. tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mana bila anak sendiri yang buat kad untuk kita. Kad tu mungkin la tak cantik mana tapi sebab dia buat dengan hasil tangan dia sendiri.. so priceless la.. takde jual kat mana-mana pun.. :)

Kad hari ibu berbentuk hati.. TQ Fea..!!

Mama tak tau nak tampal mana sayang.. mama tampal kat peti sejuk je la ye.. cantik jugak.. hehehehehe..

Saturday, May 12, 2012

Happy Mother's Day..

Inilah wajah ibu kesayangan ku.. Semoga mak terus sihat dan gembira selalu.. I Love u Mak..!!


♥ Wedding Anis & Deedy ♥

Akhirnya....

Setelah sekian lama menanti baru hari ni ada peluang nak update story pasal  ♥ Wedding Anis & Deedy ♥

♥ 3rd May 2012 (Khamis) ♥

Aku kerja sampai petang. Menyesal pulak rasa tak ambik cuti 1/2 day. Kepenatan jugak la sebabnya aku tak prepare apa-apa pun lagi. Kelam kabut la jugak hari tu. Balik kerja En. Mie tanya "Mama dah ada baju ke belum?" Aku pun start la buat muka sedih.. "Takde la papa" Terus dia jawab "Ok, jom pi shopping".. Dalam hati berbunga cinta.. hahahhaaha..

Sampai Taiping Sentral terus cari baju kurung kaler hijau. Cari punya cari alhamdullilah aku jumpa baju kurung yang aku berkenan. Ok settle bab aku. Turn cari baju En Mie pulak. Dia nak cari baju yang sama kaler hijau macam aku tapi takde. Ada pun takde saiz la pulak. Tak kisah la janji kaler hijau. Beli jee..

Lepas tu bergegas ambik sofea kat rumah opah dia then terus balik rumah. Baru nak start kemas-kemas baju. Haisshh.. menyesal buat kerja last minute.. :(

Bertolak dari Taiping dah nak dekat pukul 9 malam jugak. Dalam kereta mata tak boleh nak tido sangat. Excited nak jumpa dengan family yang sedang menunggu di Villa Ukhwah, Tasik Titiwangsa.


Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Sampai sana tepat pukul 1 pagi. Wahh.. diorang tak tidur lagi rupanya. Semua tengah sibuk isi barang goodies bag dah hias-hias apa yang patut.




Aku tolong la jugak tapi sebab tangan aku ni bukan tangan seni, baik aku tangkap-tangkap gambar je. Jom ronda dalam villa 2 tingkat ni..







Sangat luas okk.. sesuai untuk buat kenduri-kendara.Ada swimming pool pulak. Asing untuk kanak-kanak dan untuk dewasa. Boleh berenang sesuka hati. Yeesss.. i likeee...

♥ 4th May 2012 ♥

Bangun pagi turun bawah dah tersedia breakfast nasik lemak. Lepak makan sambil sembang-sembang dengan bapak sedara, mak sedara, sepupu yang dah lama tak jumpa. Kisah-kisah perangai abang-abang aku masa kecik-kecik, kisah aku pun terselit jugak. hahahaha.. rahsiaaaa..

Tengahari melayan sofea mandi swimming pool dengan anak sedara aku yang lain. Main la ko puas-puas sofea. Dia happy la sangat.







Petang.. Turn kami pulak.. hahahahaha



Malam.. tolong rebus telur kat dapur dengan mak & bapak sedara.. sambil tu layan sembang dengan diorang.. bila sembang dengan orang kedah nie automatik loghat aku pun bertukar.. feel being myself is awesome.. hahahaha.. penutup makan telur rebus 3 suku msak 2 biji dikala pukul 1 pagi..

♥ 5th May 2012 ♥

Bangun pagi tengok semua persiapan di dalam dan luar semakin siap..

Pelamin pengantin..

Meja makan pengantin dan rombongan pengantin perempuan..

Meja makan untuk para tetamu yang hadir.

 Pukul 1 tengahari rombongan pengantin tiba

 Ok.. start baris-baris flower gurl dan dayang-dayang sekalian..

 Wajah ceria pengantin...

 Datuk M. Daud Kilau menyanyikan lagu untuk pengantin dan para tetamu yang hadir.

 pose dari flower gurl.. yg tengah tu gedik aku tengok.. hahahaha..

 Ada persembahan silat jugak..

 Pengantin start makan pulak.. sambil mendengar story morry dari ibu pengantin lelaki..

Terharu pengantin lelaki apabila mummy dia kasik surprise hadiah kereta Persona sebijik.. 

Taraaa... inilah kereta itu..

Pengantin yang sangat sporting dan enjoy on their BIG DAY..!! 

Ok its time for Wedding Cake. 

Gambar kami bersama Raja Sehari untuk kenangan. 

Kami 'Pengantin Lama' yang masih happy dan enjoy our life together.. Aminnn..