Tuesday, July 26, 2011

Kisah Seorang Mat Sport..

Gigih berlatih setiap minggu. Tak pernah miss walau hujan ribut yang melanda. Jaga stamina katanya. Aku iye kan je. Dah itu yang dia minat aku takkan nak halang. Bukan dia pergi berfoya-foya.

Suatu hari dia pulang dengan muka yang sedih. Tak ceria seperti selalu. Mengapa???




Rupanya kasut kesayangan sudah terkoyak. Hatiku merasa sedih jugak. Kesian dia. Abis la hobi dia. Adakah dia terus bersara???

Mana mungkin...!!!


Semalam aku pun gatai2 mulut la pi offer nak belikan kasut baru untuk dia. Ye la, kemana saja aku ajak dia turuti segala kemahuan aku. Apa salahnya aku balas jasa dia dengan sepasang kasut sport kan?? Tapi aku tak gaji lagi.. tunggu la aku gaji nanti aku belikan..

Tapiiii...!!!

Dia lagi advance.. Tengahari tadi dah pergi masuk kedai sukan. Meng'usha' kasut idaman kalbu. Siap terserempak dengan opismate aku, sempat berpesan "bagitau ina, en. mie kat kedai barang sukan. Mesti dia tau apa maknanya"

Kawan aku pun beria la jumpa aku tengahari tadi menyampaikan pesanan en. mie. Aku yg sedang gigih berkerja mencari rezeki sesuap nasik ni blur2 je bila kawan aku bagi msg mcm tu. Siap aku reply balik "Eh, apa you cakap ni? Series la aku tak paham.."

Kesian budak tu. Dah jadi macam orang suruhan pulak menyampaikan pesanan. "Eh, suami u yang bagitau kalau i cakap mcm tu u paham??" Aku terdiam seketika. Baru cuba mencari fokus. "Owhh.. ye2 paham sudah.. hehehehe..."



Balik rumah, en. mie dah senyum2 kat aku. "Mama, tengok la kasut ni. cantik tak??"

"Hmm.. cantik. Pandai papa pilih.. berapa ni?? mahal tak??" hehehehe..

"Murah je.. RM... tuttt (harga rahsia) hehhehee..

Terus hari ni semangat berkobar2 nak pergi main badminton.

Dia sudah kembali ceria seperti dulu. Dan aku kena tambah budget untuk hadiah kasut sukan. Huhuhuhu.. Tak kisah la janji dia happy.. i'm happy too.. :)

Malam kat Lake.. Pagi kat Lake..

Semalam gi konsert kat Lake Garden..

Pagi ni pergi lagi Lake Garden. Bukan tengok konsert, tapi buat konsert.. hahahaha..

Ye la konsert la sangattt...

Pagi ni pergi ber 'aerobik' di bawah tajaan company Ayam Brand.


Ada marathon & aerobik je. Tak banyak aktiviti macam tahun lepas. Tahun lepas terlebih aktiviti. Siap memasak lagi di hari sukan. Ko ada??? check kat SINI

Boria hijau pagi ni. Hehehehe.. Pic tak banyak. Ada kat camera kawan lagi sorang. Tunggu dia upload aku update ye.. buat masa ni korang layan je la pic cinonet nih.. jadi laaa..

Lake Garden Youth Fiesta..


Mula2 En Mie invite aku kat FB. Kalau tak, aku pun tak tau. Maklum la, aku kat tempat kerja ni bagai 'katak bawah tempurung'. Tak tau apa langsung pasal dunia luar. Nak baca paper on9 pun tak sempat. Huh.. BerFB sempat plak?? Dasarrr...

Hari tu aku kerja macam biasa. Hari sabtu kannn.. siap OT lagi. Nak raya punya pasal. Hahahaha. Opis bapak. Suka hati je nak OT bila2 pun. Rasa2 nak duit lebih, OT laa. Rasa2 duit banyak, tak yah OT. Ngeh3..

Petang, lepak kat rumah je. Sekarang sudah ada hobi baru. Petang2 layan pokok cabai. Nak tengok tak pokok cabai kitorang??

Ada 2 pokok. Belambak cabai. Guna baja taik burung. Hahahaha. Recycle sumber alam.

Ok. Out of topic..!!

Malam baru kitorang pergi Lake Garden. Dah lewat pun. Pergi nak dekat pukul 10 malam. Ingatkan dah abis. Rupanya konsert baru start. Sebab tadi diorang tengok live bola kot. Malaysia VS Singapore. Oh ye.. patut la kitorang keluar lewat.. hahahhaa.. baru cheq teringat...

Macam biasa ada la gerai2 yang menjual segala macam benda. Tapi kesiannn.. buat tak kena masa. Orang tu ramai, tapi ramai yang tengok je la. 23hb beb..!!! Sapa yang ada duit time2 macam ni memang kaya la.. hahahaha.. 

Sofea sudah nampak belon kaler pink la plak. Dia ni kalau dia kata dia nak.. sampai sudah dia mintak..!! Nasib baik la ko mintak benda murah2.. pandaiii... :)

 Muka ada senyummm.. dah dapat belon kaler PINK

Bersantai di tengah padang sambil tengok konsert di tengah malam. 

Lepak sampai pukul 1 pagi jugak. Sofea happy sangat. Sesekali bawak main kat padang tengah malam. Jakun sat. Hehehehe. Mak bapak dia plak yang mengantuk. Penat melayan dia.

Saturday, July 23, 2011

♥ Ili & Ikas Wedding ♥

Jumaat : 15 Jul 2011

Taiping to KL

Pagi tu dah bangun awal pagi. Macam nak pergi kerja. Ikut pesanan bonda tersayang. Jangan balik lewat malam, takut mengantuk. Ikutkan En. Mie dia nak bertolak malam sebelum tu lagi. Tapi tak dapat restu, terpaksa la cancel je.

Tepat pukul 7.30 pagi dah keluar dari rumah. Bukan pergi KL, tapi pergi cuci kereta dulu. Hmm.. sabor je la. Kitorang la 1st customer kat situ. Tokei pun baru tengah sapu2 sampah. Surat khabar pun keras lagi. Bukan senang dapat rasa macam ni. Hehehehe.

Dah settle satu bab, pergi isi minyak & top up Touch N' Go. Last2 betul2 masuk PLUS Highway pukul 9 pagi. Pagi la jgkkk.. Cuma bukan subuh2 pagi seperti yang dirancanggg :p

En. Mie bawak biasa je. No pecut2 sebabbb.. kereta banyak bagi 'lampu highlight'. Tak reti2 lagiii???

Itulah petanda ada 'sesuatu' di hadapannnn... iaituuu..

Road Block dari En. Polis Trafik..!!

Aku dah gelabah. Trauma tak hilang lagi rupanya. Jangan main2. Kereta EVO polis ada standby. Sapa berani lari..?? Sampai turn kitorang, jantung aku dah dup..dap..dup..dap.. nasib baik lepassss.. Amin :)

Masa2 macam ni boleh la nak buat road block segala... sebabb..

Jalan LENGANG.. kereta sebiji dua je.. 
cuba buat masa nak raya.. bolehh???? 

Sampai KL pukul 12 tengahari. Alhamdullilah. Segalanya selamat. Sempat la lepak jap pastu pukul 12.30 abang sulong dah calling. Bila nak datang Kelana Jaya??? Panggilan awal sebab ada makan2 tengahari kat rumah dia. Lajuuu je kitorang bersiap. Perut dah berkeroncong mintak diisi dengan nasik. 

En Mie pandai2 la bawak diri. Sampai sana kitorang dah macam terpisah tanpa diduga. Aku dah sah2 la dengan kakak & ipar duai. Dia?? Tau2 je dah pergi masjid. Sembahyang Jumaat dengan orang2 laki. Sedar2 je dia dah balik. Hehehehe.

Akad Nikah kat Masjid Tengku Kelana pukul 3 petang. 

Sekitar majlis Akad Nikah

Tapi budak 3 orang ni tak reti duduk diam. Sabor je laaa.. Sofea dengan sepupu2 dia. Intan & Fifi.

Habis majlis akad nikah, ada minum petang pulak kat umah abang. Perut dah kenyang tolong2 la pulak. Hehehehe.. Dari tadi asyik makan jee.. :p

Tolong apa... tolong potong daun pandan jeeee... 

Sambil potong sambil sembang2.. gossip2.. hehehhee.. sofea pandai dah bawak diri. Ramai yang sudi melayan dia. Sesekali dapat jumpa dengan sepupu2 dia. Kat dewan tu ada PC. Budak2 ni berangan macam dah kerja sebab main opis2 pulak. Boss dah tentu2 la si FIFI.. Hehehehe.. Cute..!!

Amboi2.. esok besar nak kerja opis jugak ke sofea??

Lepas Magrib masing2 semua muka dah penat. Balik rumah abang aku kat kinrara. Leganya dapat mandi. Segar rasa. Dapat tido pulak.. Heavenn... ZZzz...

Sabtu : 16 Jul 2011

♥ The 'Big' Day.. ♥

Seawal subuh dah kena bangun. Ambik no masuk bilik air. Hehehehe.. Takde la.. keutamaan diberi kepada all girlss sebab nak make-up plak. Orang laki takpe. Sekejap je dah siap. 

Kejutkan sofea, bila sebut jom mandi pakai baju 'Princess' laju je dia. Semangat betoll. Nak melawa nye pasal. Terus hilang mengantuk. Kalau la tahun depan kejut pi sekolah, semangat macam ni.. senang la kerja aku.. ngeh3..


Bertolak dari kinrara dalam pukul 9:30 pagi. Pergi Kelana Jaya dulu baru bergerak ramai pergi dewan. Kena pergi awal. Tolong2 apa yang patut kat sana. Aku handle part Flower Girl ni.. Hehehehe.. 

Briefing oleh Tuan Rumah sebelum ke dewan.

 Sudah sampai ke destinasi ~ Dewan D' Klana, Kelana Jaya.

Si 'Flower Girl'

Dekorasi di dalam dewan.
Pelamin dipenuhi dengan bunga2 hidup. Cantik sungguh. Rasa macam nak naik pelamin lagik.. hehehhee..

Sebelum ketiabaan tetamu2, kitorang diminta untuk mengisi perut masing2 terlebih dahulu. Hehehehe.. Lapor beb. Time makan ni takde la tangkap gambar. Mentekedarah tak hinggat semua. Dah la lauk sedap2. Pilihan chefff.. Mengarut je nak tangkap2 gambar. Wakakaka..

Aku buat rehearsal dengan budak2 flower girl. Sofea paling kecik. Memula diorang mintak sofea jalan sorang2 kat depan. Eeeii.. memang la cantik. Bukan tak nak tapi tak harap. Kang dia lari cari mama & papa dia. Naya je.. dah la ni 1st time dia jadi flower girl. Tak tau dia gelabah ke tak. So aku suruh Fifi & Intan pegang tangan dia dari mula sampai la abis. 

The time is cominggg... Pengantin sudah sampaiii... aku yang risau lebih2 mengalahkan mak pengantin plak. Padahal anak aku jadi flower girl je.. ngeh3..

Kompang dah start berbunyi...

'Flower Girl' mainkan peranan masing2. 
Aku pesan kat fifi & intan pegang tangan sofea. Suka rupanya dia jadi flower girl. Ikut je apa yang orang suruh. Suruh berhenti, suruh jalan, semua dia ikut.. fuuhh.. legaaa.

Dah settle kerja sofea. Masa untuk ZZzzz... 
Letih lepas penat main lari2 tawaf dalam dewan ni tak tau berapa kali... terus pengsan...!! Takpe la, nak tido pun takpe. Dah abis pun part sofea. ;)

Sekarang tiba masa untuk bergambarrr.. Yess..!!





Me &  En Mie ;)

Jumaat : 15 Jul 2011

KL to Taiping

Pagi tu breakfast gotong royong. Kopek telur rebus kenduri buat sambal telur. Masak nasik. Kakak ipar sponsor roti canai. Makan kat luar pulak. Macam berkelah. Hehehehe.. 

Kemas2 baju, bersiap. Punya la panas. Aku dan sofea dah start selsema. Badan pun rasa macam nak demam. Pukul 3:30 petang baru bertolak balik Taiping. Sampai Taiping pukul 6 :30 petang. Singgah makan dulu. Perut dah kenyang, sampai rumah tak payah nak pikir2 makan.

Penat tapi puas hati dapat attend kenduri & melihat Sofea menjadi Flower Girl...!! New experience for me as a mother.. :)

Tuesday, July 19, 2011

Kemana hilangnya mood untuk update blog nie???

Tak tau la mengapa..

Aku takde idea langsung nak update blog ni..

2 minggu dah tak update...!!!

Dah bersawang rasanya... :(

Tak boleh nak paksa2 diri.. Kalau dah rajin terlebih rajin sehari sampai 7 8 entry... bila dah malas.. terover la pulak.. sampai tak update langsung...

Pregnantkah aku..??? Huhauahhaa...