Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Day ---> Time to Shopping!!!

Hari ni la baru aku ada masa nak gi beli barang2 raya.. Pagi2 en. mie dah kejut.. rupanya dia lepas subuh lagi dah start basuh keta.. semangat betul.. hhahahaha.. at last kul 10 am baru bertolak dari rumah.. sampai Jusco Ipoh dah kul 11 am.. rupanya parking dah penuh.. nak tak nak parking kat roof top jgk la.. huhuhuuhh...

Masuk jusco terus tuju children dept.. cari baju sofea.. less 50% + 10%.. tapiiii.. tu la kan.. bila dah suka.. mesti takde saiz.. benci betul.. sabar2... dah la tgh posa nie.. berhimpit2 orang ramai.. time nak bayar satu hal lagi.. beratur panjang.. haduuii.. lepas settle baju dia.. cari baju aku & en. mie.. cari kat Padini je la yang sempat pun.. pilih2 camtu je.. tak sempat nak try.. nak try pun kena beratur panjang.. tak payah la.. sofea dah meragam2 mintak aiskrim lepas dia nampak anak cina mana tah makan aiskrim McD dpn dia..

Lepas tu cadang nak cari kasut sofea plak.. tapi cancel la.. lain kali plak.. tak sanggup dah melayan kerenah sofea.. terus keluar jusco gi McD drive thru je beli makanan tuk sofea.. penat sgt shopping.. dengan tgh posa2 nie.. dalam keta tgk sofea makan McD.. sabar je la.. huhuhuhu...

Sampai taiping.. sambung lagi shopping.. ingat nak cari kasut kat Manjaku.. tgk2 pamper plak tgh offer.. beli terus 2 pek besar.. kasut?? takde yang menarik.. sambung gi The Store.. nak cari kasut.. beli baju & seluar jean sofea lagi.. hadooii.. kasut?? tak beli2 jgk... tetiba plak hujan lebat.. terus en. mie ajak balik je.. otw tu singgah order makan tuk buka posa nanti.. malam ni kalau en. mie larat.. nak gi cari kasut sofea lagi.. kalau tak jumpa jgk.. alamatnya kena order kat bonda dia la suh beli kat KL.. aku dah malas nak cari.. esok nak keje lagi.. penat arr..

Baru lepas shopping raya 2010!!!

Monday, August 30, 2010

Org lain cuti panjang.. tapi aku kena keje..

Start dari Hari Nuzul Quran sampai la hari Merdeka.. ramai yg cuti panjang termasuk la en. mie.. arrghhhh.. jeles2.. ni sbbnya company aku buat replace cuti tuk raya nanti.. nak wat camne.. keje pun belambak kat opis.. kontena berpuluh2 biji masuk.. nasib baik jgk aku tak apply cuti.. kalau tak satu hal plak nak bagi cancel..

Esok hari merdeka.. kalau ikutkan leh je aku wat OT esok.. triple pay beb.. tapi.. aku dah janji dengan en. mie nak gi shopping baju raya sofea.. kesian sofea.. apa benda pun tak beli lagi.. esok for sure kena pagi2 dah gerak gi Jusco.. lagi lambat.. lagi ramai orang.. jem satu pasal.. tak tau la camne esok.. tawakal je la.. adik en. mie promote en. mie gi shopping sana.. byk sale.. hopefully semua berjalan lancar..

I love to share this with others...





selama ni kalau kita solatkan.. pernah tak kita cuba mencari dan memahami setiap ayat-ayat yang kita baca atau sekadar membaca tanpa mengetahui maksudnya... bila kita solat setiap patah ayat yang kita baca adalah doa yang kita mohon kepada ALLAH Taala..



kita pula sekadar membaca mengikut rukun.. tersebut di bibir.. tanpa mengetahui maksud dan memahaminya.. tanpa tersentuh di hati... akibatnya. terjadilah insiden solat nak cepat.. solat sekejapan.. baca pon lintang pukang.. asal namanya solat kan.. itulah kalau tak memahami maksudnya.. main tibai je baca.. yaAllah peringatan kepada diriku jua.


aku nak kongsikan sedikit maksud setiap bacaan yang kita baca waktu


DUDUK ANTARA DUA SUJUD....



rendahkanlah hati memohon kemaafan kepada ALLAH Taala.dengan seikhlas mungkin. betapa banyaknya dosa yang kita lakukan seharian.. setiap minit setiap saat.


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


kemudian diamlah sejenak..
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil ... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah ..Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan ..Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)



Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..




Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita..Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain



(Hadis riwayat Al-Qudhi)




yaALLAH terima kasih.indahnya doa itu.. agaknya memang sudah dijangka manusia kadang-kadang alpa memohon sesuatu kepada DIA.. kita minta bila kita terdesak akan sesuatu.. lalu doa dalam solat bermaksud sebegini menjadikan kita tak pernah putus meminta kepada DIA,.. tetapi itu sekiranya kita melakukan solat setiap waktu...



indah bukan solat itu. sebab itu solat itu tiang agama..


moga ramadhan ini sedikit sebanyak boleh merubah kita menjadi yang lebih baik. kalau tak banyak sekurang-kurangnya sekelumit.. ISLAM itu indah.. asalkan kita ikhlas. insyaALLAH.. kasih sayang dan rahmat Allah tak pernah putus walaupun sedikit.. selagi kita berharap dan berada dijalan-Nya. insafi diri selagi masih ada masa...

Wednesday, August 25, 2010

Pecah rekod!!! Aku masak kari kambing..

Huahuahhuaa.. tak pernah2 aku terpikir nak masak kari.. mentang2 la hari ni aku MC.. En. mie mula la suruh aku masak.. teringin sgt nak makan kari kambing.. bab teringin tu aku mmg tak bleh kata apa la.. nak tak nak aku try jgk la.. dan ini la hasilnya..

Kari Kambing Resipi Mak Yah..

Usaha en. mie ajak aku gi pasar beli semua bahan2 lepas aku call mak aku mintak resepi.. sebab aku tak berapa suka sangat kari kambing.. dia gantikan dgn ikan siakap.. so kari kambing untuk en. mie.. ikan siakap 3 rasa untuk aku.. pengalaman aku siang ikan siakap mmg la.. tak bleh nak lupa.. abis terbang sisik2 kat dapur... terlupa plak nak suruh cina ikan tu potong siap2.. aduiih..

Ikan Siakap Sweet Sour

Menu berbuka hari nie..

Lepas ni bleh la aku try masak kari plak instead of masak kicap je.. hehehhehe....

Tuesday, August 24, 2010

Aku MC lagi..

Dari pagi2 lagi aku mmg dah takde mood nak gi keje.. tapi aku gagahkan jgk la.. nak tgk aku leh tahan ke tak.. tapi kat opis.. kontena byk masuk.. patut2 aku bz jgk la.. sbb wanie tak cekap lagi wat keje aku.. batuk aku tak abis2 lagi.. tangkap dada tiap kali aku batuk.. + selsema again.. ada peluang la aku nak gi MC hari nie.. terus call en.mie.. dia pun bulan2 posa nie free aje.. bukan byk keje sgt pun.. gi opis pun melepak tgk tv je.. baik aku kacau dia skit..

Kat klinik punya la ramai orang... takpe sabar2.. tgh2 duduk tunggu giliran tu aku baru perasan gelang kaki aku dah takde.. uik?? mcm tak caya je.. biar betul.. terus aku cari2 area klinik.. tak jumpa jgk.. mesti en. mie marah sbb dia yang beli.. haddoii.. camne leh hilang nie.. tawakal je la.. dah takde rezeki kot nak wat camne.. call wanie kot2 terjatuh kat opis.. takde jgk.. jumpa doktor pun dah takde mood.. tapi at last dpt jgk MC.. tu pun doktor tu cuba bagi aku antibiotik paling power.. dia kata kalau tak hilang jgk.. dia nak suruh aku gi buat x-ray.. harap2 hilang la batuk nie.. amin...

Balik klinik terus gi ambik sofea.. citer kat MIL gelang kaki dah hilang.. sbb MIL yang tolong gi belikan.. orang tua2 kan pandai tawar2 beli barang emas nie.. aku mmg tak reti so aku serahkan pada yang arif je la.. MIL aku terkejut jgk la.. tapi dia kata.. kalau beli dgn rezeki halal.. insyaalah tak kemana.. dia suh aku cari dulu kat umah.. ye la kot.. mmg masin la mulut dia.. aku cari tak jumpa tapi en. mie jgk yang jumpa.. hari tu pun masa gelang aku terputus pun.. dia jgk yang jumpa.. aku ni bab mencari2 mmg aku fail.. kdg2 ada dpn mata pun leh tak perasan lagi.. huhuhuhu.. cermin mata nak kena tambah power lagi kot??

Streamyx line dah ok..

Seminggu ni mmg aku jarang dpt update blog.. so.. mcm2 citer.. cuma aku je dah lupa.. so aku abadikan mana yang aku ingat je la... latest story..

Isnin ( 23 Aug 2010)

Keje pagi2 dah bz.. bila dah bz tu la mcm2 orang nak tanya.. boss aku plak pagi2 pun dah kena tanya mcm2 dgn boss atas.. dia pun dah bad mood.. cuma maybe dia pandai control.. tak mcm aku.. ingat nak balik je... lepas lunch dpt call dari exec IT dept.. mintak tolong aku key in data.. eeeiii benci betul la.. dah la tempat lain2.. satu hal plak aku nak gi sana.. mood bertambah2 la kurenggg.... punya la ramai orang lain yang ada.. aku jgk yg dia cari.. eeh?? apa best sgt ke aku nie???!!! huaahuaahuuaaa.... uwweekkk...

Balik keje en. mie dah siap booking makan kat luar.. aku cuma balik mandi then cukup time terus pegi berbuka je.. hari2 mcm nie.. kan best...

Ikan pari bakar...

Sofea tgh tunggu masa berbuka..

Selasa (24 Aug 2010)

Nak gi keje pun takde mood.. kat opis aku byk diam je.. nak cari alasan tak nak gi tolong exec tu.. malas semalas malasnye... aku leh agak dah perangai diorang nie.. memula tu suruh tolong je.. pastu bila aku dah reti buat.. dah aku plak kena buat.. mcm dah jadi tanggungjawab aku.. tu aku tak nak tu.. dah byk kali dah aku terkena.. wanie pun pening bila aku ajar keje aku kat dia.. for sure aku ni bukan la reti sgt nak ajar orang.. nasib dia ni jenis byk bertanya.. kalau kena jenis diam je.. aku pun tak tau paham ke tak.. At last aku call exec tu kata aku tak abis lagi ajar wanie.. aku tak bleh nak tinggal wanie sorang2 lagi.. terlepas aku hari nie... lega..

Balik keje terus pegi bazar ramadhan.. mencari jelly kelapa + murtabak coz hari nie berbuka kat umah mak en. mie.. mentang2 la mak dia tak bisnes hari nie.. mcm2 la diorang suh masak.. en. mie yg teringin bihun goreng akhirnya dapat jgk.. sekali la dgn aku.. teringin jgk.. nak masak.. tak reti.. huhuhuhu...

Monday, August 23, 2010

1st day berbuka di rumah...

Hari2 cuti camni la aku leh planning nak berbuka di rumah.. sofea pun tak berapa sihat.. demam selsema.. asyik meragam je.. dia mintak nak makan tu.. nak makan ni.. aku layan je la.. asalkan dia nak makan.. aku tak kisah..

Tengahari takde buat apa sgt.. lepak kat umah tgk tv je.. petang bwk sofea gi klinik depan umah.. klinik 1 Malaysia.. lintas jalan je dah sampai.. memula ingat dia sorang je jumpa doktor.. tetiba aku pun batuk2 pulak.. terus daftar nama aku sekali.. murah je pun.. RM1 je.. tak kisah la sgt..

Dah settle semua.. sofea dpt ubat batuk & demam.. aku dpt ubat batuk je.. aku kena byk minum air masak.. huhuhuhu.. ye la sgt.. dah puasa2 nie.. nak minum camne.. ajak en. mie gi shopping barang nak masak.. beli ayam.. beli sayur..

Sampai umah terus aku start masak.. jam pun dah kul 4.30pm.. elok la pun.. aku ni masak slow skit.. tambah2 plak dah lama tak masuk dapur.. en. mie bwk sofea gi cuci keta.. senang la skit.. takde gangguan..

Sup Kaki Ayam + Ayam Masak Kicap + Sayur Goreng + Ayam Goreng

Beria betul aku masak.. mcm nak makan 4-5 orang.. padahal kami 3 orang je.. sup tu aku masak sbb sofea suka sup kaki ayam.. 1st time masak sup.. tu pun aku tiru resepi kat kotak perencah pati ayam MAGGI.. hehehehe..

Saturday, August 21, 2010

gambar tgh pregnant 8 bulan..


Sambutan hari raya yang sederhana

Selama ni aku ingat aku takde gambar masa tengah pregnant.. rupanya ada jgk.. hehehehe.. saja je aku malas tangkap gambar.. bila dah bersalin.. rasa menyesal plak.. betul2 gambar yang aku tangkap pun.. gambar kaki tgh bengkak.. tapi tak tau mana folder aku simpan.. tak jumpa dah..

Friday, August 20, 2010

Streamyx line problem...

Start dari aku balik KL.. umah aku dah tak leh pakai internet.. line problem.. memula ingatkan sbb this few days asyik hujan je.. tapi lama2 tak bleh tahan dah.. sampai phone line pun kacau jgk.. emergency payah la.. aku ni dah la jarang top up hp menjak2 kawen.. masa on9 mlm2 pun.. internet tak stabil.. yg pelik tu.. bila call 100 ok plak.. bila letak call tu line internet tak stabil balik.. pelik tul.. masa buat report tu.. operator cakap kalau line problem lagi dalam tempoh 24 jam.. kena call lagi.. eh..? mcm tu plak.. abis tu sampai berapa kali nak report baru ok? Bil tiap2 bulan bayar.. tak pernah pending pun.. tapi internet takde.. hampeh tul..

Tuesday, August 17, 2010

KL >>> TPG

Bila dah cuti.. bangun pun lambat la.. siang2 di bulan puasa apa sgt la aktiviti yang bleh buat pun selain keluar gi jalan2.. aku ajak en. mie gi shopping barang2 masak tuk berbuka nanti..

En. mie sempat lagi peace sambil angkat2 barang masuk keta..

My mum & sis in law - sedang memasak di dapur..

Ayam masak lemak cili api
Sebelum Selepas


Sambal Ikan Keli Special
Sebelum Selepas

Sambil diorang kat dapur masak2.. aku sempat lagi ajak en. mie keluar gi bazar ramadhan shah alam.. bukan nak beli apa sangat pun.. saja nak jalan2 je.. ramai sangat orang.. dah la baru lepas hujan.. sofea plak jap nak dukung.. jap nak jalan sendiri.. sabor je la..

Menu2 masakan berbuka puasa..

Dah abis berbuka.. planning nak bertolak kul 8pm la konon2.. at last kul 10pm jgk baru keluar rumah.. sampai taiping kul 1am.. baru nak basuh kain la.. kemas2 umah sikit.. kul 3am baru tido.. ZZZzzz...



TPG >>> KL

Wajah2 ceria sofea masa dlm perjalanan ke KL


Puasa ke-4.. aku gi keje mcam biasa.. hari sabtu semangat skit nak gi keje sbb keje 1/2 day je.. lagipun keje tak byk sgt hari sabtu nie.. byk sembang dari buat keje.. hehehehe..

Tiba2 aku terasa mcm nak gi kl plak.. asyik berbuka umah mak en. mie je.. teringin jgk berbuka dgn family aku plak.. terus call en. mie.. dia tak kisah pun.. kalau betul nak pegi jom aje.. eceh.. mentang2 la keta baru.. ajak la gi mana pun.. jom aje.. huhuhuhu..

Bertolak dari taiping pun dah kul 3pm sebab plan mengejut.. packing barang pun sikit je.. esok dah nak balik.. sampai KL kul 6.30pm.. sempat la berbuka.. mak aku masak ikan keli masak lemak + ikan cencaru sumbat sambal.. perrghh.. laju je aku makan.. suatu kepuasan tak terhingga..

1st time masak umah mertua..

Puasa ke-3 mcm biasa berbuka umah mertua.. tiba2 en. mie suh aku masak plak.. ayam masak kicap.. siap dia gi kedai beli sos tiram.. beria plak dia hari nie.. aku takkan la nak kata tak nak masak.. malu la beb.. hehehehe..

Aku pun start la goreng ayam.. pastu masak mcm biasa aku masak kat umah.. tiba time berbuka.. aku dah rasa gerun jgk la.. adik2 ipar semua makan mcm biasa je.. takde kata apa pun.. nak tanya malu seh.. aku pun rasa la.. sekali MASINNNN... haduuhhh.. nie mesti sbb tadi aku tertuang sos tiram terlebih nie.. nasib baik la adik ipar aku masak tomyam.. potong jgk la rasa masin tu bila ada lauk yang rasa masam2 nie..

Last2 aku sendiri yang mengaku ayam tu masin.. tapi diorang kata biasa la.. masak tgh puasa.. tak bleh la nak rsa.. so.. cover skit la malu aku dgn statement mcm tu.. huhuhuhu..

Thursday, August 12, 2010

entry batuk tak abis2..

Malam tadi tak bleh tido.. asyik batuk2 je.. en. mie pun tak bleh tido risaukan aku.. asal baring je batuk2.. mlm tadi tak bleh la pasang aircond.. tidur berkipas je.. last2 gi dapur.. en. mie buat spot check ubat2 aku.. huhuuhuh.. ubat2 klinik tak terusik lagi.. antibiotik pun tak makan.. pastu tak reti2 lagi ambik air suam makan ubat??

pagi ni tak sahur pun.. kesian en. mie.. aku tak bleh nak posa la esok.. kena makan ubat.. dada dah sakit sbb byk sangat batuk.. ikutkan hati nak ambik E/L je pagi nie.. tapii.. assistant aku tak cekap lagi buat keje.. kang dia buat salah.. lagi satu problem plak nak bagi tally semua keje aku.. kenangkan itu aku gagahkan jgk la pi keje..

boss aku pun tak sihat.. pagi2 lagi dah suh aku issue surat klinik.. nasib baik la keje tak banyak sgt.. budak baru tu masih blur2 lagi pasal keje aku.. aku pun takde mood nak paksa2 dia.. nak cakap banyak pun malas.. kang cakap skit.. dah terbatuk2... huhuuhuh...

balik keje en. mie jemput awal.. sempat la aku balik umah dulu mandi2 sblum gi umah MIL.. baru la segar skit badan.. kalau direct dari tempat keje.. penat sgt la rasa.. mula la muka aku dah berminyak2.. eeeiii.. mula la ingat nak balik cepat je..

menu hari ni.. kari daging + sup ayam + sambal telur.. sedap jgk bila dah makan ramai2.. jadi berselera plak.. en. mie beli air tebu je.. tak bleh tahan la.. aku minum jgk walaupun dah sedar diri tu batuk tahap gaban.. lepak2 sambil sembang2.. at last balik rumah dah kul 10 mlm.. badan terasa sangat la penat.. tapi sempat lagi on9 bukak fb & baca blog2 apa yang patut sambil meng'update' blog sendiri.. sblum tidur.. kena makan ubat dulu.. kang tak bleh tidor lagi mlm nie..

Wednesday, August 11, 2010

1st day puasa...

pagi2 subuh dah terjaga.. tgk2 jam kul 3 pagi.. kalau hari biasa mmg time ni aku tak gerak2 l a dari tempat tidur.. alangkan plak nak gi masuk dapur.. tapi kan skrang bulan puasa.. setan iblis dah tak bertugas.. ingatkan tu yang aku berani masuk dapur..

Menu sahur pagi nie nasik goreng kampung je.. + ayam goreng + telur dadar + ikan masin.. simple abis.. pastu sambung tidur balik.. ZZzzz...

Kat opis rasa takde mood langsung.. rasa mengantuk je.. ikutkan hati mcm nak ambik 1/2 day.. tapi sabar2 sampai la petang.. Call en. mie dia dtg lambat skit.. lepak dulu la kat opis.. kul 6 lebih dia dtg bwk Myvi.. hehehehhee.. akhirnya..

Good Bye 'WIRA'

Hello 'MYVI'

En mie suh aku bwk.. takde cakap byk.. okey je.. terasa tinggi + luas.. aku pun dah lupa skill bwk keta auto.. asyik kena bwk manual je.. kdg tangan terasa mcm nak tukar gear time corner.. hehehehe..

Hari ni berbuka kat umah ibu mertua ku.. adik en. mie buat ketam masak lemak + ikan bakar.. kitorang tak sempat pun nak singgah bazar ramadhan.. esok2 la kot..

Tuesday, August 10, 2010

Esok dah Puasa...

Persiapan sebelum puasa.. sentiasalah setting niat

upgrade iman

download sabar
upload usaha
delete dosa
update doa
dan top-up ilmu
supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak
SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.....

Monday, August 9, 2010

New Staff on Monday??

MOOD SGT MALASS.. sebab I HATE MONDAY!!!..

Minggu ni en. mie cuti.. hari jumaat baru start keje.. huhuhu.. sgt jelesss tgk dia sedap tidur tapi aku kena gi keje..

Boss aku cuti hari nie.. kul 8.30 dapat call dari HR ada budak baru nak masuk... uik?? tetiba plak.. tak inform aku awal2 pun.. patut la boss aku ambik cuti hari nie.. dia mmg mcm tu.. selalu takde bila ada budak baru masuk.. nasib baik la HR dah bagi briefing siap2.. aku tak payah la susah2 nak bercerita panjang pasal company nie.. sakit tekak aku bila cakap banyak..

Aku tak tau nak bagi dia buat keje apa sbb keje aku sendiri pun tak banyak.. cuma bwk dia jumpa dengan ofis staff yang lain.. pastu dia duduk sambil ambik note apa2 yang patut.. mesti bosan giler.. hehehehe..

Sample biskut dah abis aku edar.. order pun dpt byk gak.. tukang jual bleh la.. tukang buat biskut takde bakat langsung.. huhuhuhu...

Sunday, August 8, 2010

Akhirnya.. menjadi jgk.. hehehehe...

Pic ni hanyalah utk testing semata2..

Sebenarnya dah lama aku nak letak pic sebelah tajuk blog.. cuma this few days aku google2 cari cara nak buat camne.. maklum la.. belajar sendiri2.. harapkan note2 dari blogger dulu.. At last menjadi jgak.. hehehehe...

Hari bersama family..

Patut2 hari ni kena balik kampung en. mie kat bukit merah.. ada kenduri arwah + sambut puasa.. bangun pagi pun dah kul 10 pagi.. smlm aku batuk teruk.. sofea pun sama jgk.. at last en. mie cancel balik kampung so aku kena la masak.. terus dia cergas gi pasar beli ayam + cendawan.. nak wat cendawan goreng..

selesai bab masak dia tak nak makan lagi sbb dah kenyang meratah cendawan goreng.. aku pun kenyang jgk.. so kami kemas2 bilik yang dah berabuk.. huhuhuhu.. on9 jap.. en mie ajak keluar sbb aku nak gi repair cermin mata aku.. rasa ada something wrong sebab dulu pun aku pernah sakit2 mcm ni jgk.. at last rupanya disebabkan cermin mata aku..

cermin mata dulu pernah jatuh then stand kat hidung tu patah.. bwk pegi repair kedai biasa je.. dah tu aku pakai la balik.. tapi sejak2 sakit ni aku syak mesti sbb cermin mata aku tu.. hari ni aku bwk pegi repair kat focus point tempat aku buat cermin ni dulu.. then kakak tu kata kedai tu pasang terbalik.. dah tu lain2 saiz lak tu.. satu tebal satu nipis.. cisss hampeh tul la.. patut la selama ni aku sakit tak baik2.. kakak tu terus tukar baru.. free lak tu.. lain kali kalau nak repair aku direct gi focus point je.. mengarut gi kedai2 ni..

Pastu en. mie bawak gi makan sate.. dia & sofea je la makan.. aku batuk2 ni makan sate kuah kacang tu karang lagi gatal tekak aku nie.. aku makan la kuewtiow sup je.. sedap gak pun..

Kuew tiow sup & sate ayam+lembu+kambing

Lepas makan ronda2 pusing lake garden sblm balik singgah beli pampers sofea.. sampai rumah lauk ayam tak usik2 jgk.. dah kenyang makan kat luar.. malam2 skit la kot.. tgh update blog kakak aku dtg bwk kawan promote kuih raya.. suh aku promote kat tempat keje sekali.. byk jgk biskut.. aku tak sempat nak hafal nama.. cuma tangkap gambar je la..

Mcm2 jenis biskut raya.. yang pastinya aku paling suka almond london..

Puasa pun belum lagi dah sibuk bab nak raya.. hehehehe.. yang penting budget.. ada budget semua bleh jadi.. tapi budget pun tak buat lagi.. $$$$.. camno??

Saturday, August 7, 2010

Kasih Abang..

Kasih Abang..

Aku nak google benda lain.. tapi tetiba pic ni yang keluar... hati aku mmg tersentuh bila terpandang gambar nie.. timbul keinsafan dalam diri betapa hidup aku begitu bertuah.. anak aku ni lagi la bertuah.. tapi kanak2 diluar sana masih ada yang hidup dalam kesusahan.. kepayahan.. aku hampir nak menangis bila pandang gambar nie.. kalau sungguh dimana la peginya parent diorang nie.. mcm mana budak2 ni leh jadi mcm nie.. aku pelik betul la.. kenapa diorang sekecil ni dibiarkan begitu sahaja tanpa perhatian orang dewasa.. botol susu budak kecik tu pun sekadar isi air kosong je.. baju pun dah lusuh sangat2.. haduihh.. Aku doakan kesejahteraan untuk mereka berdua.. harap2 mereka tak hidup menderita lagi.. amin..

Arrghh... 8 pagi!!!!

Tu la padahnya bila dah MC.. terjaga je terpacak jarum jam tunjuk pukul 8 pagi!!!... OMG..

Mula la rasa berbelah bagi nak keje ke tak.. tapi rugi sgt2 la kalau tak pi.. dah la 1/2 day je.. terus cergas masuk bilik air.. tak nak pikir panjang2.. pikir2 pun dah buang masa.. sblum keluar rumah call opis dulu.. boss aku takde.. dah keluar.. otw tu leh silisih plak dgn keta boss aku.. pagi2 nak merayap mana la plak.. entah2 dia pun scan je kot.. pastu balik sambung tido kat umah.. bkn leh percaya sgt.. heheheheh.. aku sampai opis tepat 8:30 pagi.. budak opis siap 'Good morning boss' kat aku.. hampeh.. sbb boss aku dah keluar.. leh la melawak camtu.. kalau tak.. mana berani..

Smlm nasib baik la aku tak datang pun.. boss omputih tu siap call opis tanya aku datang keje ke tak.. nak check la tu.. mcm tak tau.. sampai je nampak keje smlm dah ada atas meja.. baru nak belek2 keje En Hisham dah panggil masuk bilik... arrgghh ni dah sah sbb aku tak sihat nie.. tapi takpe.. wait n see..

memula dia suh aku adjust CRSS aku.. dia ada nak tambah something.. aku pun ok2 je la.. pastu dia tanya aku..

En. Hisham : Ni ina.. diorang ada citer tak kat awak??

Aku : citer?? takde citer apa pun.. (ni pehal la plak nie.. lain mcm je bunyik.. aku dah mcm2 nie)

En.Hisham: Takde la.. smlm saya gi outstation kat penang.. ada dapat kotak kurma 1st grade dari supplier.. tapi sikit je.. saya bagi kat orang tertentu je.. so mcm mana.. awak nak ambik skrang ke jap2 lagi?.. (sambil mata tgk kat sebungkus kotak dibalut plastik courier service)

Aku: owh ye ke.. takpe la kalau camtu saya ambik skrang je la.. senang sikit..

En Hisham : haa.. ok2..

Ceeiihhh.. En Hisham ni wat aku gabra je.. ingatkan apa benda tadi.. rupanya senyap2 nak bagi kurma sekotak.. fuuhh lega hati aku.. aku dah bygkan dia nak suruh aku pakai penutup mulut kat opis.. takut2 virus batuk aku ni merebak.. aku cukup tak suka pakai mask.. tambah2 lak aku sorang je.. lagi la tak nak.. tapi salah.. dapat kurma plak dah.. hehehehe...

Balik keje mcm biasa la.. singgah isi perut dulu kat umah mak en. mie.. lepak2 sat baru balik umah.. ptg lepak kat umah je.. on9 sampai mlm.. en. mie gi main badminton balik kul 12 mlm dah mengadu lapar2... aku nak masak megi dia ajak keluar makan tgh2 mlm.. ikut aje la.. dah dia ajak.. dia la belanja.. balik tu perut dah kenyang.. tak larat dah nak on9.. terus tidur.. elok la pun jam nak dekat kul 2 pagi pun..

Thursday, August 5, 2010

Hari ni aku tak gi keje..

Terjaga jugak pagi2 walaupun tak set alarm sebab mmg dah terbiasa mcm tu.. pastu mula la rasa berbelah bagi nak keje ke tak.. smlm sebelum tidur dah makan ubat.. pagi ni still sama jgk.. takde beza pun.. so aku decide tak keje la.. kang nanti kena tanya lagi.. malas la nak layan benda2 mcm nie.. so better aku duduk umah je.. lagi best.. takde gangguan.. suka hati aku la nak buat apa pun hari nie..

Duduk kat sofa sorang2 sambil tgk en. mie bersiap gi keje.. layan astro tgk citer masak.. bosan la plak.. baru teringat set pinggan mangkuk aku yang masih tersimpan rapi dalam kotak.. so apalagi.. kasik bukak la...hahahaha..


Set pinggan mangkuk design 4 segi..

Perasaan masa bukak tu mcm baru dapat set masak2 masa aku kecik2 dulu.. hehehee.. maklum la ni 1st time aku beli set pinggan mangkuk.. sebelum ni mmg tak pernah langsung.. Bila dah bukak ni kena la aku pi susun kat dapur plak.. ahhh.. menyesal la plak.. nak biar pun tak bleh kang sofea bangun dia plak nak sibuk2 nak tolong.. lagi leceh.. huhuhhu...

pukul 10.30 sofea dah bangun.. tapi pinggan mangkuk tak kemas lagi.. pagi2 dah on9 mcm ni la.. tak terasa masa berlalu.. layan sofea makan breakfast roti cicah air teh.. sambil tu kemas2 pinggan mangkuk kat dapur..

tengahari batuk aku semakin teruk.. last2 aku buat air asam jawa suam.. 1/2 jam lepas tu terus muntah keluar kahak2.. pheeww.. lega.. tiba2 kul 12 tghari black out plak.. ciss takde time lain ke?? time aku ada kat umah ni plak baru nak buat hal... sabor je la.. nasib baik la tak lama.. sejam mcm tu je.. kalau sampai petang.. menyesal la tak pi keje...

lepas sembahyang jumaat en. mie balik.. terus gi klinik.. kena timbang berat.. ambik tekanan darah.. mungkin sbb ni dah kali ke 3 aku pi.. berat aku 60kg.. nie mmg betul la.. timbang kat klinik.. bukan kat shopping complex.. aarrrggghhh!!! pedulikan semua tu.. aku cuma nak MC je.. dapat jgk la tapi hari ni je.. jadi la.. esok pun keje 1/2 day je...

balik tu singgah makan kat umah mak en. mie.. adik dia buat laksa plak.. mmg rezeki aku la.. mulut tak berapa sedap bila dah asyik makan ubat je.. nasik tak berapa nak lalu makan... dah abis isi perut baru balik umah.. sofea dah selsema balik.. suruh makan ubat dah nangis2 tak nak.. huiii.. kena paksa jgk la.. baru dia makan.. padahal manis je ubat tu.. dah abis melekit badan dia.. terus bgi dia mandi then tido.. dia pun dah mengantuk sbb tak tidur petang lagi.. asyik berjalan je..

En. mie kena keje malam pastu sambung cuti terus sampai next week.. keje leh claim cuti.. best betul.. keje 4 jam dapat cuti sehari.. kalau la company aku camtu.. huh... mimpi laaaa!! asyik ganti je.. kacau hari ahad aku.. dengar2 nanti pun cuti raya panjang jgk.. tapi kena ganti 3x ahad.. arrghh.. tensen.. (mood kalau dah start MC.. mmg dah jadi malas nak gi keje..huhuhuhu)


Datang keje pun salah...

Hari ni boss besar dari S'pore datang.. mcm biasa la.. meeting la.. lawatan kat site la.. aku buat keje macam biasa je.. takde la sibuk mana pun hari nie.. tapiiii.. petang tadi boss aku dipanggil masuk bilik.. lepas dia keluar dia panggil aku.. aku ingatkan sbb apa.. rupanya diorang perasan aku batuk dan selsema kat opis.. aku cakap la aku dah gi klinik tapi ubat tu tak mujarab nak wat camne.. pastu bagi ubat yang mengantuk2 tapi MC tak bgi.. camne aku nak makan time keje.. bengong betul laa.. pastu boss aku sokong kata aku.. mmg pun nak dpt MC ni kalau orang yg betul2 sakit payah nak dapat.. tapi yang sihat2 pandai berlakon sikit mmg senang nak dapat.. kdg tu sampai 2 hari.. huhh!! dia dah pernah terkena jgk la tu.. lepas2 dia tegur tu terus aku capai beg.. off pc.. balik terus..

Aku pun tak paham la doktor klinik panel nie.. payah tul nak bagi MC.. agak2 la beb.. kalau dah aku batuk2 sampai dengar suara aku satu opis.. takkan la aku ni buat2 sakit kot.. mmg aku sakit sungguh2 la.. aku pun pelik jgk kali ni aku batuk payah tul nak baik.. aku dah fed up makan2 ubat nie.. takde kesan apa pun.. selsema plak tu.. rimas betul la.. esok aku dgn wanie dah nekad tak nak gi keje.. nak gi klinik mintak MC jgk.. wanie pun terasa jgk sbb dia pun batuk dan selsema mcm aku cuma beza batuk dia tak la sekuat mcm aku.. huhuhuhuhu..

Kalau ikutkan aku lagi suka gi keje lagi dari duduk umah.. pagi sampai petang duduk dlm aircond free.. hehehehe.. kalau aircond kat umah kena la byr bil sendiri.. tapi disebabkan boss omputih tu dah gabra semacam bila tgk aku tak sihat.. padahal si Mr. Martin yang duduk berdepan dgn dia pun tak sihat.. selsema jgk.. jap2 gi toilet.. risau sangat takut dia pun berjangkit..

Aku tak kira.. esok pagi aku call boss aku bagitau aku nak gi klinik.. ambik MC.. kalau tak dapat MC aku ambik cuti.. takde mood nak datang keje esok.. lantak.. apa nak jadi kat opis aku tak nak ambik tau.. nak closing akaun ke.. ada keje2 urgent ke.. sapa2 datang opis nanti ko layan la sendiri.. esok aku nak berehat puas2 kat umah...

Wednesday, August 4, 2010

Bekalan utk sahur..

Staff sale sempena nak dekat bulan puasa..

Sempena preparation tuk sahur ni awal2 aku dah simpan stok ikan kering.. sardin 'AYAM BRAND'.. hehehehe.. kebetulan lak company buat sale semua saiz tin kecik2.. senang la skit.. kami 3 beranak je.. tolak sofea sbb tak reti puasa lagi.. tinggal aku dan en. mie je.. tapi yg sardin ni mak aku dah order awal2 lagi.. kita kongsi2 la mak ye..

1st time aku beli set pinggan mangkuk..

pic ni aku google.. tak kuasa lagi aku nak bukak kotak..

Bila nak punggah kotak ni pun tak tau la..

Macam biasa.. bila time nak dekat raya.. belum puasa pun lagi.. dah orang sibuk nak buat mcm2 jualan.. biskut raya.. baju raya.. set langsir.. tak terkecuali la dgn opis aku.. tapi dari byk2 benda tu hati aku 'terpaut'.. eceeh ayat.. kat set pinggan mangkuk ni.. tak tau pesal.. at last aku dgn wanie ambik set yang sama.. boria la plak.. hehehehe..

Seumur hidup aku mmg tak pernah terlintas pun nak beli set pinggan mangkuk ni.. coz umah mak aku ni pun dah belambak pinggan mangkuk.. hadiah masa aku kawin dulu pun still dalam kotak.. sampai skrang tak bukak2 lagi.. dah 4 tahun lebih dah aku kawen.. tapi set ni mmg aku berkenan sgt2.. yg ni mmg aku dah niat tak payah simpan2 dalam kotak.. aku beli tuk guna bukan tuk buat hiasan.. tapi.. bila masanya nak bukak??

Lunch special..

Disebabkan kertas nie la.. kitorang kat opis jdi tersangat la teringin nak makan "Nasi Ayam Percik Rasamas..."

pic ni aku google je sbb tak ambik gambar masa makan.. tapi mmg macam ni la rupanya.. yummy...

Diorang semua dah makan lagi awal dari aku.. so masa aku makan.. diorang tgk je la.. huhuhu..

Mmg diorang dah plan benda ni lama dah.. cuma aku terlupa la plak.. so hari isnin tu aku bwk la bekal mcm biasa.. disebabkan weekend tu mak aku ada umah so dia masak kari daging tuk aku siap suh bwk bekal gi opis.. tapi at last lauk tu simpan dulu.. makan ramai baru best.. tapi aku lak ada keje last minit.. dah settle tu turun bwh tgk diorang dah simpan siap2 tuk aku.. yang tukang pegi tapau si wanie & farah.. lepas ni planning nak makan2 pun payah dah la.. nak dekat bulan puasa dah nie.. kalau ada pun lepas raya la plak..