Sunday, February 21, 2010

aktiviti cuti hujung minggu..

Malam ni genap seminggu raya cina @ chap go mei.. masa aku tgh taip entry ni tgh rancak bunyi mercun.. bunga api.. dah rasa mcm perang dunia pulak.. rasa mcm nak keluar je.. tgk bunga api.. tapi mesti hubby tak nak.. esok keje.. malam ni lagi nak tido lambat plak.. sofea pun dah tidur..

pgi tadi bgn kul 11.. standard la hari cuti.. mesti kena tido puas2.. rugi2 kalau bgn awal.. sofea sihat pgi ni.. takde problem.. siap2 mandi nak ajak hubby keluar.. nak makan kat luar.. hari ni aku mmg takde mood langsung nak masak2.. kalau dia tak nak makan kat luar.. kena makan kat umah dia pun takpe la.. janji aku tak yah masak.. rupanya dia mmg nak makan kat foodcourt tesco.. sbb lepas tu nak gi ts.. ada show suria fm..

alamak.. mesti ramai umat manusia ni.. kalau aku dgn hubby je takpe.. ni ada sofea.. dah la time tu time dia tidur.. takpe la.. tgk camne.. hubby beli nasi ayam.. sbb boleh kongsi dgn sofea.. & mmg perut jenis lunch makan nasik.. tak reti makan benda lain..

abis2 makan terus gi ts.. show start kul 3.. tapi kul 2.15pm pun dah ada orang dpn stage.. kitorang pun join skali la tercongok dpn stage.. sambil2 tgk perangai orang.. & fesyen budak2 skrang.. tunggu2 akhirnya start jgk show.. tapiiii.. sofea pun start buat perangai.. adoiii.. aku dah agak dah.. sabar je la.. hubby pun kesian.. then ajak balik.. huhuhu..

sampai rumah.. sofea nak tgk tv.. tak nak tido pun.. aku ajak sofea lepak dlm bilik.. sekali dia cirit... aku tukar.. 10 minit pastu.. dia cirit lagi.. byk.. huh.. patut la dia tak leh tido.. aku sapu minyak kat perut dia.. then baru dia tido.. dgn aku pun tido jgk..

petang.. hubby ajak keluar makan.. sbb dia termimpi mkn nasi grg hailam.. aku takde halnye.. bab makan kat luar.. tak pernah aku tolak.. lepas2 dah kenyang.. ronda2 lake garden.. then singgah beli aiskrim sofea.. aku beli perasa vanilla 2 bekas.. makan la aiskrim puas2 anak mama.. asalkan selera makan anak aku kembali normal mcm dulu..

malam.. misi melipat kain.. huhuhuhu.. adik ipar dtg umah nak tgk sofea.. tapi sofea tido awal malm ni.. maybe sbb sehari suntuk kitorang tak gi umah MIL.. aku rasa2 ni mesti MIL aku risaukan sofea.. teringat cucu opah sorang ni.. esok dah start keje.. malasnyeee...

0 comments: