Bagaimana yang dikatakan solat dan amalan lain belum tentu
menjanjikan syurga untuk kita kerana kita perlu mencari redha Allah.
Asalamu'alaikum,
Memang pada hakikatnya manusia sepatutnya beribadah kerana
redha Allah, bukan kerana sebarang ganjaran, dalam kes ni syurga.
Tapi manusia perlukan motivasi, dan dalam masa yang sama
memerlukan AMARAN!
Syurga adalah motivasi, neraka adalah AMARAN!
Syurga berita baik, Neraka berita buruk.
Tapi bukanlah kerja kita untuk 'meletakkan' diri kita dalam
syurga, apetah lagi mengatakan diri sebagai manusia pilihan Allah, walaupun
dengan semua usaha baik dan amal baik yang kita buat.
Kita buat amal baik, mudah-mudahan Allah redha, maka bila
Allah redha kita akan senang.
Bukan saja di akhirat, di dunia pun macam tu.
Contohnya, kita berkerja. Kita perkerja. Ada boss. Kerja
kita baik, tip top, tak curi tulang, rajin, amanah, bawa kebaikan kepada
syarikat.
Secara logiknya boss akan suka kita.
Bila boss suka dan percaya kita, mahu tak mahu semua urusan
kerja kita akan jadi senang.
Malah kalau nak mintak cuti pun senang.
Nak naik gaji pun senang, kerana Boss suka kita.
Suka=Redha.
Dalam opis pasti ada peraturan, dan bila kita ikut semua
peraturan dengan patuh, tanpa komen, tanpa mengumpat belakang, ikut dengan
'rupa rajin'. ikut dengan penuh kepatuhan, maka boss akan 'kenal' kita. Dan
logiknya sekali lagi, urusan kita semua senang. Sebab Boss suka, Boss redha.
Itu saya berikan perumpamaan untuk kita sama-sama senang
fahami konsepnya. Tetapi Allah tak bersifat dengan sifat manusia, Dia Maha
Pemurah.
Kalau semua peraturan Dia kita ikut dengan patuh, dengan
'rupa rajin', dengan tanpa bantah, dengan tanpa soal, maka logiknya Dia akan
suka dengan kita.
Dia suruh solat, kita solat.
Dia suruh zakat, kita zakat.
Dia suruh puasa, kita puasa.
Tanpa soal, tanpa komplen.
Dia Maha Mengetahui.
Sebab itu, kita kena cuba ikhlas dalam melaksanakannya
selagi yang boleh. Tapi bagaimana kita nak tau samada apa yang kita lakukan tu
ikhlas atau tak?
Seringkali kita lihat/dengar orang yang hulurkan bantuan
akan berkata "Eh takpe, ini saya ikhlas bagi".
Macamana kita tau itu ikhlas?
Ikhlas tak perlu diberitahu.
Bila kita menyatakan keikhlasan kita kepada umum, itu dah
bukan ikhlas. Kerana sememangnya ikhlas atau tak ikhlas, hanya Dia tahu.
Tugas kita hanyalah melaksanakan dengan ikhlas, bukan
mengucapkan keikhlasan itu sendiri.
Jadi bagaimana kita nak datangkan keikhlasan tu tanpa ada
sekelumit riak dalam hati?
Caranya adelah dengan sentiasa melakukannya.
Contohnya sedekah.
Ada orang yang nak bersedekah tapi bimbang jika niat
bersedekah kerana Allah tu hanyalah kerana kita ingin mengumpul pahala.
Maksudnya di sini, segala apa ibadat/amalan yang dia buat tu hanyalah kerana
terlampau aim pahala dan syurga sehingga lupa bahawa kita bersedekah kerana
Allah, bukan kerana syurga/pahala.
Jadi, adekah kerana tidak mahu timbul perasaan bersedekah
hanya kerana mengejar syurga maka lebih baik jangan bersedekah lansung?
Tak boleh jugak macam tu.
Sebab tu kita ada syurga, ada neraka, ada dosa ada pahala.
Syurga adelah aim kita.
Pahala adelah ganjaran yang membantu kita mencapai aimm kita
tersebut.
Tetapi pahala bukan SYARAT kita ke syurga.
Adekah kerana bimbang wujud rasa riak terhadap orang ramai
dan ujub dalam diri maka kita tak perlu bersedekah kerana bimbang amalan
(sedekah) kita tak dikira (diterima) oleh Allah?
Habis tu, sampai bila kita taknak bersedekah hanya kerana
takut dengan rasa ujub/riak?
Jadi, kita perlu buat.
Latih diri kita untuk selalu bersedekah.
Insyallah lama-kelamaan keihklasan tu akan timbul dengan
sendirinya.
Dalam hal solat (soalan penanya tadi), kita solat BUKAN
DENGAN KEKUATAN KITA. sebab tu dalam Azan, bila sampai "Hayya Alass
Solaaahhhh", kita jawab "tidak ada daya upaya melainkan dengan izin
Allah"
Kita Solat sebab Allah yang izinkan tulang pat kerat kita
kerjakan solat. Sewajarnya kalau kita solat kita perlu sangat bersyukur.
Kerana Allah memilih kita untuk mengerjakan solat.
Orang awam, ikhlaslah seboleh mungkin, pasti akan datang
'godaan' dalam melaksanakannya tapi tepislah dengan istighfar dan doa.
Yang penting, salah satu cara nak ikhlas ialah dengan
'merahsiakan ibadah'. Jangan di hebohkan kat orang, kat FB "Alhamdulillah,
Solat Tahajud malam tadi selesai satu juz Quran".
"Alhamdulillah, sempat melakukan Dhuha"
Macam tu ka?
Akan tetapi lepas merahsiakan ibadah, datang pulak 'ujub
iaitu takjub kepada diri sendiri "terrer aku solat tahajud sorang pun tak
tau". Pulakkkk...
Bila datang perasaan tu, tepislah dengan istighfar, membaca
"'a'uzubillahiminassyaitonnirrojim' dan berdoalah semoga Allah terima
semua amal kita.
Manusia ni memang banyak godaannya.
Pasti akan timbul rasa bangga diri dan ingin dipuji setiap
perbuatan baik yang kita lakukan. Cubalah perlahan-lahan. Rahsiakan amalan
kita.
Latih diri untuk melaksanakan ibadat/amalan.
Sentiasa menambah ibadat/amalan.
Insyallah, bila kita sentiasa latih diri kita untuk beramal,
merahsiakan amal, menambah amal, ikhlas itu akan datang dengan sendiri,
insyallah Allah redha.
Bagaimana mencari keredhaan itu?
Di zaman dahulu ada seorang yang rajin melakukan ibadat. Dia
melakukan ibadat selama 500 tahun lamanya. Dia merasakan bahawa ibadat 500
tahun itu akan membawanya ke syurga.
Ternyata Allah mengatakan bahawa ibadat 500 tahun itu hanya
boleh menebus sebelah matanya sahaja.
Bayangkan, ibadat 500 tahun hanya bersamaan dengan nikmat
melihat melalui sebelah mata. Sebelah! Bukan sepasang mata.
Jadi siapakah kita yang mengharapkan syurga Allah dengan
sekadar solat 5 waktu, sebulan berpuasa, zakat, haji, etc?
Sesungguhnya syurga Allah itu takkan setanding dengan solat
5 waktu kita.
Cuba kita renungkan.
Berapa banyak nikmat yang sudah Dia berikan pada kita?
Bermula dengan awal pagi.
Kita disedarkan dari tidur. Nikmat.
Ada orang mati dalam tidur.
Bila dijagakan dari tidur, kita membuka mata. Dapat melihat.
Nikmat.
Ada orang yang terjaga dari tidur, sudah tak dapat melihat
dunia.
Bila dibukakan mata, sendi kita digerakkan maka kita mampu
ke bilik air. Nikmat.
Ada orang yang sedar dari tidur, lumpuh.
Kita mampu buang air. Nikmat.
Kita diberi udara untuk bernafas. Nikmat.
Kita diberi peluang untuk pergi ke tempat kerja dengan
selamat. Nikmat.
Allahuakbar!
Itu baru nikmat beberapa jam selepas bangun tidur.
Setandingkah nikmat2 ini dengan amalan kita seandainya kita
menganggap kita sudah cukup baik hanya kerana kita bersolat, bersedekah?
Yang wajib kita laksanakan.
Tetapi selain yang wajib, perkara-perkara lain jugak kita
perlu ambilkira kerana kita tak tahu mungkin kerana perbuatan baik kita yang
kecil itulah yang Allah redha.
Jadi, sentiasalah berbuat baik.
Cariklah redha Allah dimana-mana.
Kerana redha Allah itulah yang membawa kita ke syurga...
--> Copy paste Google (sharing is caring)