Wednesday, January 30, 2013

Amin....



Akhir-akhir ni hidup aku begitu bahagia. Segala impian aku termakbul. Alhamdullilah. Syukur dengan segala nikmat yang telah diberikan. 

Tapi...

Ada suatu ketika aku terfikir sejenak... Mungkinkah ini adalah ujian buat ku? 

Bila aku fikirkan kembali membuat aku begitu takut. Takut andai aku terbawa-bawa dengan perasaan bahagia ini hingga aku terleka dengan segala nikmat dunia. 

Ya Allah.. sesungguhnya aku insaf. Kesenangan juga adalah satu ujian tanpa disedari. Semoga aku tidak terus terleka lagi.. Amin..

Thursday, January 24, 2013

Sedar tak sedar hari ni genap sebulan pakai BB.. 2x dah top up BIS (Blackberry Internet Plan)

Sunday, January 13, 2013

Masihkah seperti dulu..??

Waahhh... dah lama tak hapdet...

3 minggu jugak. Betul la kata pepatah 'Nak 1000 daya, TAK NAK 1000 dalih' kannnn...

Walaupun boleh hapdet guna BB, nan adooo...
Hangat-hangat taik unta jeee..
BB sekarang terperam dalam handbag.
Tetappp tak berubah jugak tabiat..
Tetappp liat jugak nak melekat dengan handphone.
Bila bukak je, notification belambak..
Update dari FB, dari email, dari BBM, dari Watsappp, dari Foursquare..
Haiishhh..

Sesungguhnya bila aku asyik melekat dengan BB, timbul rasa bersalah. Contoh la bila keluar dgn En. Mie dan sofea. Aku rasa macam diorang mengharap aku habiskan 'quality time' dengan diorang tapi kalau aku asyik mengadap BB. Aku rasa macam kejam je diri ini. Bagi aku diorang adalah segalanya. Biarlah aku tumpukan masa aku dengan diorang. Nak online ni bila-bila pun boleh je. Time aku free aku online. Kalau aku lebih diperlukan diorang, aku offline.

Rutin sekarang dah berubah. Siang kerja, malam tolong sofea buat homework. Pukul 10 malam aku dah ajak sofea masuk tido. Tambah dia dah sekolah cina. Tahap disiplin sangat tinggi. Pernah sekali aku tak tau sofea ada homework. Esok tu nampak cikgu dia tulis kat buku "Sila Tolong Sofea". Huhuhuhu...


Sofea pulak perangai nak aku jugak yang ajar. Manja terlebih. Kadang-kadang bila hilang tahap kesabaran aku start pegang hanger. Baru pegang je dia dah sound aku balik. Mama simpan balik. Layan kerenah dia buat homework macam-macam la. Kena banyak sabar. Fea nak tido la.. Fea demam la.. Fea letih laa.. Fea tak reti laa..


Ni homework pertama bahasa Cina. Mula-mula dia tak biasa lagi tulis cina. Dia kata "Mama, susahnya mama... Banyaknya 'ekor' dia" Hahahaha.. Aku langsung tak jadi marah dia.. Kesian la pulak. "Cuba la sofea. Mama tau anak mama boleh buat".. Aku buat ayat pujuk dia balik.

Mula-mula memang aku risau sangat bila En. Mie kata nak masukkan dia tadika cina. Aku takut dia kena ragging dengan budak cina. Almaklum la dia ni jenis yang sangat manja. Tapi mungkin aku yang silap. Aku tak tau rupanya selama ni dia okey je. Dia pandai berkawan, dia pandai bermain, dia pandai bergaul dengan budak-budak lain. Sekolah tu ada playground. Tu yang aku cukup risau. Aku bayangkan budak-budak tolak dia ke, marah dia ke.. tapi setiap kali balik aku tengok baju dia bersih je. Kasut dia je kotor sikit. Bila aku tanya dia main ke kat sekolah? Dia kata dia main kat playground. Hmm.. boleh rupanya. Aku ni je yang risau bukan-bukan. Alhamdullilah.. Sofea is beyond my expectation. That's my girl. :)