Friday, August 26, 2011

Samsung Galaxy Tab..

Iklan ehsan YouTube. Ready.. Set.. Go..!!

First of all, benda ni bukan aku yang punya. Sila jangan perasan..!!!

This new gadget belongs to En Mie.. Hehehehe. Aku minat jugak benda2 yang canggih ni tapi nak beli malasss.. aku suka menumpang jeee.. ngeh3x..

Nampak memang la cute tapi memula tu aku tak minat sangat benda yang touch2 screen ni. Mungkin sebab jari-jemari aku dah setting keyboarding skill so lebih puas menekan keyboard dari menekan screen kosong. Hahahaha...

Tapiiii... bila dah try macam best pulak dah. Macam magic.. bila scroll screen tu gerak, bila sentuh benda tu bertukar.. I likeee..!!

Sekarang ni kami masih dalam 'alam kejakunan' lagi.. hehehehehe.. banyak nak kena belajar bila dah ada gadget yang canggih cenggini. Sungguh mencabar minda.



Tadi masa kat kedai, macam2 la cina tu ajar. Tapi bila dia suruh try sendiri, aku log in facebook (itu je yg tauuu..) pastu bila dah balik rumah tak reti nak log out. Hahahaha.. Nasib baik la cina kedai tu bagi service baeekk punya. Kasik name card dia siap2. Tak tau call je tanya dia. Kiranya dia jadi sifu kitorang la. Dia macam tau je kitorang ni masih blur2 dengan benda alah ni.

The best part : Mulai hari ni, labtop En. Mie dengan rasminya menjadi hak milik aku. Yeayy!!! Lepas ni tak payah tunggu ikut turn nak on9..

Thursday, August 25, 2011

Ini macam pun ada???



Terpegun seketika..

Terpegun bukan sebab apa.. tapi dok pikir otak sapa la yang genius sangat sampai boleh terpikir nak buat benda2 macam ni..

Video ehsan Youtube.. :)

Tuesday, August 23, 2011

Happy & Ceria Selalu.. :)




Sebenarnya...

Aku pun tak tau pasal application ni.. hehehehhe..

Dari siang tadi aku dapat orang hantar kat aku. Malam ni gatai2 tangan try share kat FB.  Ramai pulak yang suka. Alhamdulillah.. Orang gembira, aku pun gembira jugak. Cumaaa... tak tau apa yang aku nak jawab so aku like2 je.

Application ni macam mendoakan yang baik2 untuk kesejahteraan orang tu. So, pada yang terima dan reply balik, aku sebagai sender rasa happy sangat bila dapat buat orang happy sebab aku ni pendiam orangnya. Tak macam en. mie. Happy go lucky selalu.. :)

Semoga semua berbahagia dia hari yang mulia.. Amin.

Shopping raya untuk cik princess..

Hari ahad lepas bawak sofea pergi shopping baju raya. Wahh.. excited giteww. Memula ingat nak pergi Jusco, Ipoh tapi bila kenangkan pengalaman tahun lepas terus pikir 2x. Mesti orang ramai giler pastu bersesak2 masa nak bayar.

So bawak sofea pusing2 cari kat The Store. Sekali kauuuu dia punya excited di luar jangkaan aku & En. Mie. Last2 dia sendiri yang decide baju apa yang dia suka. Rasa macam tak percaya je anak aku dah besar dan dah ada taste dia sendiri.

Memula rasa seronok tengok dia pandai pilih baju. Bila tanya nak baju apa "Fea nak baju princess". Terus kami bawak dia cari baju yang ala-ala princess gitew. Tak sempat apa dia dah pegang dulu. Kalau muat dengan dia ok la jugak tapi saiz besar. Pada pandangan dia asal cantek je. Peduli apa saiz2 ni. Menangis2 mintak baju yang besar tu. Adoi laaa.

Terpaksa la cari helah lain bagi dia lupa baju tu. Tunjuk baju lain pulak. Nasib la dia berkenan & ada pulak saiz. Bila dah baju gantung2 tu paham2 je la harga pun mencekik darah jugak la.  Layankan ajeee.. anak sorangggg... Dah dapat baju princess yang dia suka sangat tu baru la dia puas hati. Lepas tu cari la baju apa pun dia tak kisah dah. Nampak gaya dia memang suka baju gaun so belikan dia lagi satu sebab macam biasa baju gaun yg dia suka tu mesti tak sempat raya dah pakai dulu. Settle RM200 untuk baju gaun 2 helai, jeans & baju. Fuuhhh.. belum kasut lagi & baju kurung lagi.. Mahal gilerrr..

Dah settle bab baju kasut la pulak. Sama jugak perangai dia. Nak pilih sendiri dan pastinya kaler PINK..!!


Nasib baik la ada saiz. Masa ni tak kuasa dah nak cari kasut yg branded2. Janji dia suka dan muat  dengan kaki dia sudahhhh.. Mengarut je nak beli mahal sebab pakai tak berapa kali dah tak muat. Kasut sofea - Settle..!!

Penat berjalan sekali sekala shopping tak sedar dah petang. Tetiba en. mie tanya nak berbuka makan apa?? Haisshh.. Mana larat nak balik masak pulak. So, jalan paling mudah dan ringkas order saja. Laju je en mie calling2 kedai makan buat booking untuk berbuka.

Shopping tak abis lagi, balik rumah rest jap sementara nak tunggu waktu berbuka. Si sofea dah terjerit nak pakai baju princess. Kannn.. kannnn.. dah kata dah tadi.. Malas nak dengar jeritan batin dia. Bagi jugak la dia pakai baju tu.. Suka sangat la tu..

Lepas berbuka terus pergi Taiping Sentral pulak. Masuk Kamdar nak cari baju kurung sofea. Sekali dia pulak nak gi toilet. Minum banyak masa berbuka. Macam dia pulak yang puasa. Sebelum nak sampai toilet tu kena lalu bahagian permainan. Alamatnya tersangkut la pulak kat area tu. Memula mintak nak naik kereta bunyi2 tu..

 Pastu mintak nak main lagi dan lagi.. dan lagi.. 2x ke 3x main benda ni je..

 Pastu nak masuk dalam tempat permainan ni pulak.. Baju tu la yang dia sendiri pilih tadi. Ala2 baju masa dia jadi flower girl. Tak sempat nak raya dah pakai dulu..

Dah bosan main ball dia mintak main slide plak. Tempat ni sekali masuk RM3. Takkan la masuk sekejap je. Last2 aku & en mie melayan dia main kat dalam ni sampai kul 10 malam sebab dia takde kawan. Dia sorang je yang main masa tu. Takde budak lain pun.

Sampai rumah masing2 dah penat. Sofea pun dah letih main malam tu dia tido awal la skit. Dia pun tak larat nak layan citer kartun. Legaaa.. :)


Tuesday, August 16, 2011

What happen.. what happen..!!

Kesiannya blog aku...

Puasa dah 2 minggu tapi tak ber'update' langsung pasal bulan puasa. Baca blog orang lain semua citer pasal pengalaman berbuka puasa, sahur, xtvt bulan puasa.. tapi aku?? hmm.. hampeh..!!

Mana taknya, pagi2 celik mata dah bersahur, tu pun kdg miss jgk sahur. Nasib baik la dah niat sebelum tido. Kalau tak, lebuh ampang la jawabnyaaaa..

Time kerja biasa la. Aku non-stop. Time lunch pun aku buat kerja jgk. Bukan apa, rasa cepat sikit jam tu bergerak. Tambah2 kalau on9 FB.. sat je rasa dah abis lunch hour. Dasarrrr.. hehehhehee..

Balik kerja terus balik rumah. Tak payah singgah ambik sofea sebab En Mie dah ambik. Balik rumah kalau en mie suruh masak, aku masak je. Apa yang ada dalam peti sejuk tu, pandai2 la aku reka resepi. Janji aku masak.

Kalau dia ajak pergi bazaar ramadhan, lagi la aku blur. Tak tau nak makan apa. Semua pun nampak sedap kalau perut tengah lapar. Last2 balik penuh meja. Hah.. kekonon bulan puasa nak berjimat. Ambikk.. En Mie dah jeling2 tengok aku boleh habiskan ke tak.. kes naya betoii..

Lepas berbuka, selalunya tengok tv dengan sofea or dengan bapak sofea. Hehehhee.. Nak on9 pulak memang jarang la sangat. Malam ni pun sebab sofea dah tido, en mie berbuka di kem. Ada jamuan buka puasa bersama dengan pegawai tempat kerja dia.

Semalam en. mie dah perli2 aku. Apa ni mama, kata never ending story. Tapi dah lama tak update pun blog. Lepas ni ending the story je laaa.. Uikk?? bila pulak En. Mie jadi follower aku?? hehehhehe.. rindu jugak rupanya nak tengok aku berceloteh yeee...

Itu la perangai aku. Pantang kalau lama tak update blog. Nak start balik punya la payah. Insyaallah, lepas ni aku akan cuba curi2 masa untuk update okey..!! See ya..

Selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. Peace..!! :)