Saturday, July 31, 2010

Sport Day..

'Pengalaman aku semasa Sport Day'

Malam tu aku tak lena tidur sebab sofea selsema.. aku bleh lena pun dah kul 3am.. tapi kul 5.50am dah terjaga coz sofea nangis2 lagi.. kul 6.30am baru nak mandi.. janji dgn kawan aku kul 7am.. nasib baik la dia dtg lewat skit.. 7 lebih jgk.. elok2 la sampai sana kul 7.30 am..

Company sewa padang Adtec Taiping untuk Sport Day..

Tengah jalan nak gi padang.. kasut sport lak tertanggal.. Oh no!!! Not this time!!..

Oh kasut.. kenapa time mcm ni baru sesak nak tercabut plak???

Nasib baik la kawan aku ada kasut spare dalam keta dia.. tak bleh bygkan aku sorang berkaki ayam kat tengah2 padang tu.. huhuhuhu.. Sampai kat padang nampak orang kena berbaris ambik breakfast.. punya la panjang.. tetiba lak hujan rintik2.. semua lari cari tempat berteduh.. tetiba diorang suh berbaris plak menyanyi lagu negaraku + dengar ucapan dari GM2..

Lepas acara perasmian baru la kitorang gi ambik breakfast pakai kupon yang telah diberi pada hari sebelum sport day.. ingatkan breakfast sedap.. rupanya bihun goreng & teh O panas je.. hmm.. jadi la.. mesti untung banyak orang yg dapat tender ni.. dah la bihun sikit.. kosong plak tu.. takde mende pun.. huhuhuhu...

Dengan kawan2 aku..

After breakfast, terus pegi tempat memasak.. untuk pasukan yang kena buat Dinner.. mcm aku ni kena 1st round.. nasib baik la jgk.. sebab meja masak tu kitorang la rasmi dulu.. pagi2 masak pun takde la panas sgt..

Makcik2 yang join masak jugak..

My Dinner & My Team

Sewaktu pertandingan masak..

Masakan 'Dinner'..

Abis2 masak team kitorang tak dapat pun masuk final.. tak kisah la.. sbb kalau final nanti kena masak breakfast+lunch or dinner+dessert+drink.. masa yang diberi 40 minit.. ahhh tak kuasa la aku.. buang masa je.. baik aku gi jalan2 kat padang tu sambil posing2 dengan kawan2 aku..

Tengah2 seronok game tengah padang tu.. baru aku teringat kupon aku.. cari2 dalam poket takde.. cari dalam purse pun takde.. alamak.. dah hilang plak.. seingat2 aku masa aku tgh breakfast tu aku letak kat tepi tempat aku duduk.. terus ajak wanie temankan aku cari kupon tu balik.. tengok tong sampah pun dah clear tukar plastik baru.. tetiba wanie jerit.. eh.. tu kupon kak ina.. ada lagi kat tempat aku duduk tadi.. kertas kecik je pun.. nasib baik tak terbang plak ditiup angin.. huh.. kalau dah rezeki tu.. tak kemana.. kalau tak melepas la aku lunch & goodies bag.. mcm2 hal betul la hari nie..

Tepat kul 12 tghari.. matahari dah terpacak.. panas giler.. time tu la baru leh ambik lunch.. nasib baik la kawan aku AJK makan2 ni.. senang skit.. lunch kari ayam dgn sayur kobis goreng.. huhuhu.. tapi bila dah makan ramai2 nie rasa best sangat..

Abis2 makan tu acara penyampaian hadiah.. pastu penyerahan goodies bag.. huh.. mcm biasa la.. kena berbaris lagi.. nak tak nak aku pun bersesak jgk la tengah orang ramai tu.. kang abis rugi je.. mana la tau kan.. bukan sikit punya staff..

Tepat kul 1 settle la semua acara sukan kitorang.. Sekian..

My Note: pic camera kwn2..






Friday, July 30, 2010

Opis aku bakal bertukar wajah...


Pagi2 masuk opis dah nampak line putih sekitar meja aku.. rupanya nak buat renovation.. tengah planning nak tambah meja dan tambah staff lagi.. dah macam citer 'Adamaya' pun ada.. dah ada sempadan2.. hehehehe.... dengar2 citer boss aku nak kena tranfer gi tempat baru.. aku lak akan menjadi bebas.. yess... yess.. biar aku lak jadi boss.. huuaaahuuahhuaaa...


Sekejap je dah nak 31st July.. baru la hari ni terhegeh2 nak buat itu ini.. baru la segala idea baru nak keluar.. baru la mcm2 menu nak buat.. waktu petang aku dihabiskan dgn budak 2 orang tu.. discuss pasal pertandingan esok.. baru ingat nak print tajuk masakan.. kiranya semua2 baru nak buat la.. suka planning last minute mcm ni laaa..

Sofea & her new pinky chair..

Balik keje gi cari apron dan seluar track.. tapi biasa la.. bila dah masuk kedai mcm2 la nak beli.. last2 beli kerusi sofea la.. beg sofea la.. sofea mintak bola.. aku malas nak beli bola lagi dah.. nak dekat 5 - 6 bijik dah aku beli.. last2 semua dah kecut2.. tak leh nak kata apa la.. bila dah main ramai2.. tendang pi, tendang mai.. hancusss.. baik aku beli belon je.. puas hati...

Thursday, July 29, 2010

Bila gaji sudah masuk...

Kat opis aku la jadi kaunter pertanyaan.. mcm biasa.. 'Ina, mana slip gaji??' ishh.. tak reti sabar la diorang ni.. awal2 pagi dah tanya soalan cepumas tu.. dah la aku sampai lewat pagi ni.. en. mie tak perasan air dah abis.. temperature keta naik la.. nasib baik la kat umah MIL.. senang la skit cari air.. ish.. ish.. ish.. En. mie, Myvi still in process okkk..

Mentang2 la smlm aku MC.. hari nie keje jadi double.. aku dah agak pun.. so pagi2 dah breakfast nasik lemak.. perut kenyang baru best nak buat keje.. bz melarat sampai ke petang.. tghari tak lunch pun.. tak lapar..

Cukup time.. en. mie datang ambik aku.. ambik sofea terus balik umah.. planning nak makan kat luar.. tapiii sofea lak dah mengantuk sebab petang tadi dia tak tidur.. so tunggu si budak kecik ni tidur puas2 dulu baru la leh keluar makan..

Sementara dia tidur.. en. mie pun on9.. aku start potong2 bar code pampers huggies sebab nak masuk contest.. dah lama ambik borang.. selagi aku tak selongkar laci tu.. memang tak bergerak2 la borang dalam drawer tu.. esok la isi kat opis.. bleh lekat setem terus pos esok.. mmg tak harap la nak menang.. sekadar mencuba kalau ada rezeki sofea.. ada la..

Sofea selsema.. singgah guardian beli vitamin C tuk dia.. & ubat batuk utk aku... tak leh pakai langsung ubat klinik.. takde beza apa pun.. harap2 la ubat ni berkesan.. tak larat dah batuk2 kat opis.. kadang2 nak jawab call pun tak bleh.. kena time dia gatal kerongkong tu terpaksa la aku pass call kat orang lain.. aku tak bleh nak bercakap langsung...

Hari ni dinner biasa2 je.. aku nasik goreng kampung.. en. mie nasik goreng sotong.. esok mak aku sampai.. sbb kakak aku nak make up orang kawin.. nak makan sedap tunggu la malam esok.. alaaa... esok la last day nak discuss pasal pertandingan memasak nanti.. ishh.. bleh ke nie.. dah nak dekat2 ni rasa gerun la plak.. huhuhuhu..

Wednesday, July 28, 2010

Teddy Bear.. I likeee...


Entah kenapa aku suka sangat background Teddy Bear nie.. nampak cute je.. since that day.. (aku tak ingat dah bila...) aku start buat koleksi2 yang berkaitan dengan teddy bear.. dulu2 pun aku minat jugak.. tapi akhir2 ni je aku decide nak jadikan teddy bear ni tema bilik aku..

Firstly aku tukar cadar teddy bear.. hehehehe.. anak patung teddy bear aku pun ada jgk la.. En. mie la yang rajin hadiahkan kat aku masa tgh hangat bercinta dulu2.. skrang nie je takde dah.. kalau dia beli pun untuk sofea la.. huhuhu..

Nota : To my BFF.. kalau rasa2 nak beli hadiah birthday aku nanti.. aku dah bagi klu nih.. hehehehe.. & aku nak jgk teddy bear McD tu..

Hari ni MC lagi...

Entah kenapa hari ni aku mmg takde mood.. kat rumah ke.. kat opis ke.. sama je.. batuk aku ni tak baik2 lagi.. sampai opis pagi2 lagi dah mcm2 pesanan boss aku bagi.. weeiii.. aku ni tengah takde mood la nak buat keje2 tu semua.. hari ni mood malas aku mmg dah tahap maksima.. at last slow je aku bagitau aku nak gi klinik.. terus boss aku macam tak jadi nak bagi aku keje.. 'takpe la ina.. you pegi klinik'.. haa.. tau pun..

Call en. mie.. abis settle keje dia datang bawak aku gi klinik.. doktor kata aku demam.. batuk.. dan mcm biasa.. segala mcm ubat dia bagi.. antibiotik 2 papan tak kira plak ada berapa bijik dia suh aku habiskan.. angguk2 je la.. yg pastinya.. ko bagi la segala mcm jenis ubat.. tapi MC jangan lupa kasik ye.. abis2 settle semua.. aku patah balik gi opis.. settlekan keje dan buat pesanan apa yang patut kat wanie.. sbb tinggal dia sorang je terkontang kanting kat opis.. semua dah hilang entah ke mana.. mcm biasa la.. tghari je opis dah sunyi sepi..

Balik terus gi umah mak en. mie.. sambil nak ambik sofea, isi perut dulu sblum balik umah.. mak dia masak jantung pisang masak lemak.. pedass betull.. tapi sedapp.. aku suka.. sampai rumah terus makan ubat & tidur.. memang mengantuk pun ubat batuk tu.. sofea en. mie yang jaga..

Bila dah tidur petang.. lagi la rasa malas.. nak gi dapur minum air pun rasa tak larat.. sekali sekala bleh la.. tapi kalau selalu.. aku mmg tak reti .. ni pun sbb aku tak sihat je.. kalau hari2 biasa baik aku on9 dari tidur.. huhuhuhu..

Ubat dah makan.. tapi batuk takde kurang2 pun.. mcm biasa je.. perlukah aku MC lagi esok??? huuuisshh.. bleh jgk.. hahahahaha...

Tuesday, July 27, 2010

Nak testing2 sangat kannn....

Hari nie aku gatal2 tangan godek hp.. pastu nampak plak logo blogger.. eh?? bleh ke update blog?? nak tunggu lagi.. terus log in.. memang la aku ni kan suka explore benda2 baru.. upload pic.. then tulis2 skit.. sbb nak testing je pun.. tapi error plak.. blogger antar sms password.. aku kena log in kat komputer dulu then masukkan password baru leh direct update.. ceehh.. habaq la awai2..

Testing punya testing.. tau2 je abis kredit aku... huhuhuhu... hampeh tul.. but nevermind.. at least aku dah dpt satu ilmu IT hari nie.. (ayat nak pujuk hati...)

Testing


Bleh ke?

Testing2..


Tgh godek2 hp terjumpa plak satu function.. update blog pakai hp.. Selama ni aku x tau pun..

Thursday, July 22, 2010

The best quote for all bloggers...




Cinta sepasang burung..

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.





Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...



Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???

Kisah aku dan blog..

Selalu mcm ni la.. bila kat opis dah berangan nak update blog citer itu la.. ini la.. tapi bila dah time dah nak update.. jadi blur plak.. mcm mana putihnya screen new post mcm tu jgk la my memory.. selalu bila dah lama2 pandang screen putih bersih nie.. tak datang jgk idea nak start mcm mana.. at last tutup blog camtu je.. KECUALI kalau ada upload pic.. baru la ada benda nak aku citerkan..

Masa mula create blog ni lagi la.. tahun 2008 satu posting je aku buat.. tu pun posting nak testing2.. hehehehe.. masa tu meraba2 lagi nak cari function yang ada dalam blog ni.. takde sapa pun nak ajar.. semua belajar sendiri.. mmg sakit ati jgk la.. tapi disbbkan aku ni jenis minat jgk nak tau camne.. godek2 at last menjadi jgk la..

Pastu tahun 2009 4 posting je aku buat.. masa ni baru la nak belajar2 buat background.. cut & paste code kat mana.. huhuhuhu.. tensen tapi disebaliknya terselit jgk kepuasan.. yess.. yess!!!

Aku rasa tahun 2010 ni baru aku betul2 suka update blog & cari widget2 yang ada tuk aku letakkan kat blog.. the lattest yang aku buat register dengan nuffnang & ada live traffic..

Sekarang ni aku nye 'About Me' tak settle lagi.. sampai sekarang ni aku sendiri takde idea nak citer apa pasal diri aku sendiri.. nak je aku letak About Me?? ---> Asking Me la.. bleh??


Narlina = Aku tak berapa ingat sangat mana aku dapat nama nie.. idea spontan sbb dulu masa nak create email aku nak cari login name yang simple.. senang aku nak ingat.. dan yang penting takde no2.. aku ni dah la pelupa skit.. so bila try narlina bleh plak.. terus aku guna nama ni bila buat register apa2 dalam internet.. contoh terdekat blog nie la.. so sampai sekarang ni sapa2 yang tahu full name aku mesti tanya "Narlina?" dan aku pun explain buat kali yang ke seratus dua blas kali... huhuhuuh...

Aku macam pregnant??


Hari ni sepatutnya ada audit dari MOH (Kem. Kesihatan) so aku malas la pakai baju kurung.. takut kena gi melawat sekitar kawasan tempat keje aku.. aku pakai baju putih macam dalam gambar tu.. baju kaler putih sesuai la kalau nak tunjukkan kebersihan.. eceeh.. TAPIIII... lain la plak reaksi dari tempat keje aku.. semua ingat aku ni pregnant.. huhuhuhu.. sampai boss aku yang PEMALU tu pun tanya aku if aku ni betul2 pregnant.. ni dah sampai tahap serius betapa badan aku ni dah macam orang mengandung.. haa.. iye la.. MENGANDUNGi Lemakssss Tepu okk... sangat la tak sesuaiii... kawan aku kata kalau ramai yang wish aku ni pregnant.. ada peluang la sofea dapat adik.. hopefully MASIN la mulut2 orang yang teringin sangat tengok aku pregnant lagi.. hehehehe...

Tuesday, July 20, 2010

HUGGIES® 1 Malaysia 1 Million Moment contest - Huggies® Malaysia

HUGGIES® 1 Malaysia 1 Million Moment contest - Huggies® Malaysia

Masa pegi beli pampers huggies sofea.. nampak plak borang contest nie.. disebabkan aku pun ada banyak code bar huggies.. apa salahnya try.. kalau ada rezeki.. ada la.. kalau takde pun.. tak kisah la..

Nanny McPhee..

Semalam balik keje terus gi cari DVD.. Entah apa mimpi en. mie beli DVD tengah2 bulan ni.. aku plak mmg dah lama tunggu citer ni.. En. mie pun dah paham taste aku camne.. citer2 yang mengarut dan tak masuk dek akal ni memang aku suka.. hehehe..

"I'm Nanny McPhee.. Small c, Capital P"

When you need me, but do not want me, then I will stay. When you want me, but do not need me, then I have to go.

Best jugak layan citer ni.. sebab nanny ni bleh buat banyak benda magic dengan tongkat sakti dia.. sambil2 tu dia selitkan 5 lesson.. memang sesuai la budak2 yang nakal tengok citer ni..

1. Fighting is wrong (she teaches them by making them fight with themselves!)
2. Sharing is important (she teaches them by making them share their beds with goats, cows and elephants!)
3. How to help each other (she teaches them by sending them on a wild pig-chase!)
4. How to be brave (she teaches them to put their fears to one side to help others around them)
5. How to have faith (she teaches them by helping them to believe in themselves)


Lepas budak2 tu belajar this 5 lesson.. Nanny McPhee pun pergi.. happy ending jugak la citer nie.. at last budak2 tu tak nakal mcm masa mula2 start citer nie..

~~~THE END~~~



Sunday, July 18, 2010

Cooking Rehearsal...

Cik Farah & Puan Wanie..

Sorang tukang masak.. sorang tukang potong.. aku jgk jadi tukang tangkap gambar..


Inilah hasilnya.. hidangan yang hiasannya tak berapa complete.. sbbnya ni baru testing je..

31 July nanti aku kena masuk pertandingan memasak.. tahun ni lak company aku nak buat sport day.. tahun2 lepas takde pun.. yg peliknya mcm tak kena je pertandingan memasak ni dihari sport day.. tapi who care?? saja je seronok2.. aku mmg tak minat nak berlari2 ke.. melompat2 ke.. di hari sport day tu nanti.. tak kuasa okkk.. sangat malass.. kalau aku tak masuk memasak.. aku kena jadi AJK plak.. dah tentu punya sbb opis staff mesti kena tunjuk muka.. aku dah leh baca semua ni awal2 lagi.. so better la aku join memasak dgn budak2 berdua ni.. abis citer.. kenyang pun kenyang.. hehehe..

Soooo.. diorang ni beria benor la nak try masak resepi tu kat umah aku.. suka hati korang la.. siap set masa kena siap sblm 15 minit.. tapi 10 minit je dah settle semua.. ok la tu.. bab rasa2 nie en. mie & hubby wanie.. the result is.. bleh la.. 50-50 je.. tak menang pun tak kisah sangat.. sbbnya kalau masuk final kena prepare breakfast / lunch or dinner / desert / drink.. masa 40 minit je.. huh.. lagi aku tak kuasa okkk.. aku cuma tak nak jadi AJK je.. tu pasal aku masuk memasak.. hehehhee...

Saturday, July 17, 2010

Testing upload video

Pukul 4.30 pagi terjaga dari tido.. rupanya malam tadi tido awal jgk la.. kul 11 lebih dah terlelap.. so?? apa nak buat lagi.. on9 la.. hehehe.. en. mie & sofea tengah tido nie.. line tgh clear..

Aku nak testing upload video lama dah.. nasib baik ada simpan lagi video lama2..



Rakaman banjir di KL

Video ni aku ambik masa on the way nak balik Taiping.. nasib baik aku & en. mie gi KL naik bas.. kalau tidak dah tentu tersangkut kat jem.. masa ni baru kawen.. sofea pun takde lagi.. senang la nak naik bas.. hujan takde la lebat pun tapi tak tau mcm mana leh ada banjir kilat plak..

Well.. cubaan aku untuk upload video dalam blog dah berjaya.. success.. success.. peaacceee..

Birthday party kat opis..

Makanan yang ada..

Sambutan birthday yang meriah..

Bukan birthday aku.. tapi aku nak jgk tangkap gambar dgn kek..

Gambar2 candid.. uihh.. kek licin abiss..

Dari hari isnin lagi.. disebabkan takde keje banyak kat opis.. maka timbul la idea2 yang diluar jangkauan.. apalagi.. majlis makan2 la.. memula ingat nak buat kecik2 je.. tapi ramai plak yang nak join.. disebabkan mendapat respon yang menggalakkan.. maka duit collection pun jdi banyak.. buat sambutan birthday party ramai2.. sekali2 buat makan2 mcm ni best jugak.. kenyang pun kenyang.. hehehehe..

Arrgghhhh... B.o.S.a.N!!!

My new wallpaper..

Skype yang aku guna tuk hilangkan bosan..

Akhir2 nie keje tak banyak sgt kat opis.. boss nampak muka time pagi2 je.. pastu hilang dah.. gi training la.. gi meeting la.. gi site la.. gi jumpa supplier la.. aku dibiarkan tanpa sebarang keje.. Aku?? kalau tak chatting.. bersembang.. tak pun pi makan.. nak tunggu sampai time balik.. nak bukak fb kang IT dept yang suka kepoci tu trace plak.. malasss la nak layanzz...

Tuesday, July 13, 2010

Kemeriahan World Cup dah berakhir...

Congrats to Spain.. Winner World Cup 2010

Bila timbul je world cup.. teringat aku zaman2 muda.. hehehe..

1998 - Masa ni aku kat KL lagi.. tahun baru aku sedar ada piala dunia yang hanya berlangsung 4 tahun sekali je.. time2 sekolah dulu tak ambik tau pun.. tu sbb tak tau.. masa ni la baru aku kenal ronaldo.. david beckham.. ada gak la layan tgk world cup temankan abg aku.. hehehehe..

2002 - Masa ni aku kat Uitm.. tak sempat pun nak tgk World cup.. cuma dengar dari jauh je bila budak2 laki jerit GOLL dari kafe yang tak jauh dari blok asrama aku.. entah sapa yang menang pun tak tau..

2006 - Masa ni aku baru kawen.. so melayan world cup dgn en. mie.. kadang tgk kat kedai mamak.. join dgn kwn2 dia.. kdg tgk kat umah je.. takde anak lagi bleh laaa..

2010 - World cup tahun ni aku sambut bersama dgn family aku terchenta.. aku bahagia sepanjang hidup bersama dgn en. mie dan sofea.. sofea pun suka ikut lagu waka2.. so cute bila tgk dia menari lagu tu.. hehehe..


2014 - World Cup akan dianjurkan oleh Brazil.. my favourite team.. sayangnya dia kalah tahun nie.. takpe la.. takde rezeki.. masa tahun ni entah mcm mana plak hidup aku.. sofea pun dah tadika.. dah ada adik la kot?? opss.. hehehehe... ( Paul si sotong pun dah bersara.. binatang apa plak nak ganti.. tungguuu...)

Batuk.. uhukk.. hukk...

Dada rasa semput.. sekali batuk rasa sakit dada aku.. pedih sgt.. kalau dapat batuk.. mcm tak leh nak berhenti.. gatal rasa keronkong.. suara pun dah serak2 Ella dah nie.. kalau angkat call.. time gatal keronkong tak leh tahan2 dah.. terbatuk jgk la.. lantak.. nak wat camne.. sorryyy..

Skrang kat opis pun keje tak banyak.. dari lepas time lunch sampai time nak balik.. takde watpe pun.. jap2 mata tgk jam.. punya la lambat je rasa masa berlalu.. balik2 sembang dgn wanie & devi.. si devi takpe la.. asyik bergayut je dgn bakal tunang dia.. kesian kat wanie.. aku nak sembang pun.. tak leh nak bersuara lama2.. kang batuk2 plak.. abis satu opis dengar.. boss aku lak bz sgt akhir2 nie.. baguss.. hehehe.. cuma aku malas nak jwb call dia.. & ambik msg.. payah2.. aku transfer terus call kat hp dia.. settle..

Esok ada audit dari jabatan keselamatan.. hari tu aku la yang buat appointment.. boss aku mmg tak terhandle dah bab2 nak wat appointment nie.. suh aku je semua.. aku sgt malas okkk... nak layan kerenah diorang esok.. dah inform maintenance dept suh get ready awal2.. kang tergezut plak esok tetiba je ada visitor.. tak ke naya jer.. dah la aku ni terbayang2 mcm nak MC je esok.. batuk aku ni semakin parah rasanya..

My bff esok last day la dia cuti setelah sekian lama holiday.. dah puas ke blum?? aku dah kebosanan ni.. bukak aje skype.. tapi dah takde makna je rasa.. balik2 yang on9 semuanya boss2 & exec2 je.. kang aku curi2 masuk fb kang.. dah abis pikir la tu.. huhuhuhu.. IT dept... korang ni dah takde keje lain ke nak buat selain detect orang buat salah..?? ehh.. salah ke on9 FB waktu keje?? aku ni dah kebosanan tahap gaban okk.. bukan aku tak wat keje.. lantak korang la.. aku tak hingin pun.. mcm aku dah terdesak sgt.. sorry la beb.. kat umah pun aku leh on9 lorr..

Result interview hari tu tak keluar lagi.. baru lepas check on9 kat website SPA.. patut2 dah keluar 12th July... ni dah 13th july pun.. entah kenapa kali ni aku berkobar2 sgt nak tau dpt keje ke tak.. adakah sbb aku dah takde benda lain nak search kat dlm internet ni??.. maybe.. huhuhu..

Saturday, July 10, 2010

Tetiba layout aku hilang...

Aku on9 mcm biasa.. tetiba tengok blog layout aku dah kena block sbb scrappin blog sekarang dah kena bayar plak.. nothing free now.. huh.. hampeh.. bayangkan tetiba aku tengok blog aku jadi putih bersih.. terkejut la.. nasib la aku ada gak save background lain... aku mmg seorang yang cerewet bab2 layout ni.. tapi.. kalau dah jumpa yang aku suka.. mmg payah la aku nak tukar..

Sekarang ni jam dah pukul 5.45am.. aku still lagi on9.. en. mie & sofea dah tido lena.. blog sofea still under construction.. dah jumpa layout pink.. ok la so far ni la kot yang aku suka.. tak tau la nanti jumpa yang lain plak.. cuma design ni agak kosong.. so aku try letak watermark.. mmg dah perfect.. tapi header plak lari ke tepi.. sbb nak bagi space pic burung terbang kat tepi.. huh.. lantak la.. aku dah penat.. abis semua gadget aku lari.. kena susun2 balik.. huhuhu..

Aku dah penat + mengantuk + letih + tak pueh hati lagi... to be continue..

Saturday, July 3, 2010

Apa yang aku buat di hari sabtu..

Hari sabtu.. kena keje 1/2 day.. malas betul.. jeles tgk hubby yang sedap tido.. bila la aku nak dpt keje gomen niee.... kat tempat keje tak bz sgt.. biasa2 je.. kena check stock movement.. printer lak buat perangai.. rupanya selama ni aku salah letak ribbon.. patut la pun.. heehehe.. sampai dah kul 1 tak bleh balik lagi.. tunggu siap receiving last container baru leh closing.. huhuhu.. balik nak dekat kul 2 jgk la.. OT yg dipaksa..

Sampai umah mak masak ketam goreng cili.. abg ipar nak makan ketam.. fuhh.. punya la pedas.. mmg kalau mak masak.. tak sah kalau tak pedas 'giler'.. tapi aku ratah2 tak tau berapa ketul.. minum lak air suam.. berair mata..

Petang layan DVD 'Alice In Wonderland'. Citer ni aku beli lama dah.. siap dah terlupa.. nasib anak buah aku ternampak.. diorang beria nak tgk.. aku pun layan sekali la..

Alice In Wonderland

Bila tgk cerita ni teringat masa aku kecik2 dulu dapat hadiah buku cerita ni la.. di hari penyampaian hadiah.. masa tu aku darjah 2.. aku mmg suka cerita pengembaraan di alam lain ni.. cerita dongeng yang ada byk benda pelik2, benda ajaib, benda yang tak masuk akal.. tapi kalau citer omputih saja la.. kalau made in malaysia.. sorry, not may taste.. tak leh nak feel.. hehehehe..

Abis layan DVD abg ipar ajak gi makan cendol plak.. ikutkan malas nak ikut.. tapi sofea la beria benor tarik2 tangan aku suh ikut.. pegi jgk la.. balik umah sambung ratah ketam lagi.. sampai perut aku dah rasa berkocak2 panas coz makan pedas..

Malam plak layan bola live Germany vs Argentina.. aku sokong argentina.. tapi awal2 dah kena 1-0.. mula la aku start baring dpn tv.. kena 2-0 aku dah terlelap.. sedar2 je dah 4-0.. huh.. terus masuk bilik nak sambung tido.. tak bleh tido plak.. dah kul 1 pgi abg ipar ajak gi minum kat kedai mamak makan roti canai.. sofea pun ikut jgk.. mmg mata tak reti tido awal.. seronok mcm siang je.. balik kul 2.30 am.. terus tido..

Friday, July 2, 2010

Makan free lagi.. huhuhu..



Open Table kat The Gate, Taiping.

Hari ni abg ipar aku buat open table kat The Gate, Taiping.. makan western food.. aku order chicken chop mushroom.. tapi aku rasa mcm ada cheese.. sambil makan terpikir2 lagi betapa tinggi kolestrol.. dan aku plak baru lepas sakit mata.. doktor suh pantang makan ayam dan makanan yang gatal2.. tapi aku ni pantang tengok.. dugaan betul la..

Esok diorang semua dah balik KL.. tinggal la kami bertiga balik.. huhuhuhu... life back to normal..

Thursday, July 1, 2010

Tak rugi aku MC.. hehehehe...

Muka2 ceria sewaktu di A&W

Hari ni abang ipar aku baru sampai dari Vietnam.. lepas puas melepak kat umah on9 dia ajak kitorang semua gi makan kat luar.. apalagi.. rezeki2.. tak sia2 la aku cuti hari ni.. dpt luangkan masa dgn family & dpt makan free.. hehehehe..

Opss.. tadi aku timbang berat.. guess what.. aku dah 60kg la beb.. sungguh tak ku sangka.. aku ingatkan dlm 55++ jer.. berbeza sgt waktu aku belum kawin dulu cuma 47-49 kg je.. huhuhu..

kartunis Boy PJ sedang lukis gambar Sofea..

Inilah hasilnya.. Zarith Sofea..

Lepas gi makan.. jalan2 tu masuk lagi Karnival Kraftangan Perak.. teringin plak nak lukis pic sofea.. sebab dah byk kali nampak tapi tak pernah try pun.. alang2 dah dpn mata ni.. terus la buat.. kalau hitam putih RM10.. kalau kaler RM20.. tak kisah la.. bukan selalu pun..