Tuesday, December 21, 2010

At last... back to normal..

Pheww.. skrang ni sistem baru dah stabil.. aku pun tak payah pening2 & susah hati lagi.. keje aku dah settle.. cuma skrang ni belum lagi abis study mcm mana nak guna sistem baru tu.. dah ambik segala mcm note.. try pun gitu2 je.. not 100%.. actually tu bukan keje aku pun.. cuma aku kena jgk la tau.. in case emergency.. aku kena la tolong.. hmm.. tolong la sgt... hampeh..

Tadi aku bagi settle segala data entry yg tertunggak start aku bercuti.. alhamdullilah semuanya tally.. takde silap la tu.. amin.. hehehehe.. kalau la total ada plak yg tak sama.. aku kena check balik.. dah 2x keje + buang masa lagi.. cukup2 la.. tak sanggup dah aku nak hadap keje tu hari2..

Esok keje lain plak yg menanti.. keje tuk akaun dept plak.. lagi la bosan.. :p

Sunday, December 19, 2010

Didi & Anis Enggagement

18.12.2010 (Sabtu)

Aku pagi2 bangun mandi dulu.. nanti mesti ramai orang punya.. itu la habit aku bila dah ramai2 nie.. sebab aku tak suka orang tunggu aku tengah mandi.. rasa mcm tak puas je.. lepas aku mandi baru start orang lain plak nak start mandi.. terpaksa la ikut turn.. huhuhuhu..

Planning kena bertolak kul 12:00pm.. tapi biasa la.. mesti ada delay punya.. itu la.. ini la.. at last kul 12:30pm baru start bertolak dari kinrara.. otw takde la jem sgt.. biasa2 je.. sampai sana masing2 dah lapar.. nasib baik la tuan rumah suh makan dulu.. lauk pun best.. sambal udang ada.. kangkung grg belacan ada.. ayam berempah ada.. kari daging.. ulam2.. sambal belacan.. mmg lauk makan tghari.. termasuk la aku.. ambik2.. penuh pinggan.. hehehehe.. camne nak kurus ni??? Dah kenyang perut baru la selesa skit nak berbincang2 apa yang patut..

Rombongan pihak lelaki & perempuan sedang berbincang..
En. Mie berbaju kuning.. sgt terserlah dlm ramai2 tu..
Mata asyik tgk luar je.. tgk apa tu??

Hantaran dari pihak lelaki..

Cupcake pun ada..

Anis & Didie.. bergambar bersama barang hantaran..


Anis bersama bakal2 ibu mertua & nenek2 mertua..
Welcome to our family..

Kenduri tahlil di Kinrara..

17.12.2010 (Jumaat)

Hari ni agak sibuk jgk la.. mlm ni ada kenduri tahlil skit.. sempena dah ramai2 mcm ni.. bukan senang dpt berkumpul adik-beradik..

Aku & angah kena cuci ikan & ayam.. mlm ni pun ada bakar2.. best2.. biasa la dah tentu la masak sendiri bila ada kenduri mcm nie.. sesekali kena buat keje mcm ni best jgk.. lepak kat luar main air sambil sembang2 tgk anak aku main dgn anak sedara yg lain kat kwsn luar umah.. biar la selalu terkurung je..

Petang en. mie ajak gi Mydin.. temankan anak sedara nak cari baju melayu.. esok nak bertunang.. nasib baik la orang dekat je.. Kg. Permata Sri Kundang.. dari kinrara dlm sejam lebih je.. ronda2 at last dia pun jumpa la baju yg dia suka.. kaler putih.. ok settle.. terus balik.. aku dah penat..

Malam tu hujan plak renyai2.. nasib baik la ada pasang khemah kat luar.. mula2 tu silap susun meja.. terkena jgk hujan.. aku & adik aku la jadi tukang lap.. terasa mcm budak pelayan plak.. mcm tu la kot diorang rasa bila ada customer tunggu nak duduk.. tapi kerusi lak basah kena hujan.. terpaksa la lap2 bagi kering.. hehehee.. kuat berangan skit aku ni bila buat keje yg lain2 skit dari keje opis.. hehehehe...

Lepas Isyak orang masjid pun sampai.. alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar.. hujan2 pun.. lagi sedap orang makan.. ikan bakar & ayam bakar pun ada jgk.. malam tu lepak kat luar sambil sembang2 sampai kul 12am.. mata dah mengantuk.. badan dah letih.. esok nak kena bangun pagi sbb agenda esok.. nak gi ikut rombongan bertunang plak..

Note: pic upload later..

Menjemput MIL dari Mekah...

16.12.2010 (Khamis)

Sepatutnya hari ni aku 1/2 day.. tapi disebabkan keje mcm hampeh tu tak siap.. aku decide to stay jgk sampai keje siap.. programmer & GM dah tunggu dalam bilik meeting.. aku masih lagi sibuk pasal data tu kat tempat aku.. dah siap nak kena check pulak.. malas dah la nak ingat balik.. at last keje tu betul2 siap kul 7 pm..

En. mie mmg dah tunggu kat luar nak ambik aku.. sampai keta dia kta kena gerak kul 8.30pm.. haduiii.. penatnya.. sampai umah terus siap2 then kuar umah gi ambik adik2 en. mie.. diorang tumpang jgk.. otw tu just singgah minum2 kat tapah.. sampai kl gi umah adik en. mie dulu.. last week sofea ikut siti (adik en. mie) tinggal kat sana.. sofea happy sgt2 bila jumpa mama & papa dia.. rindu la kot.. aku pun rindu jgk.. anak.. sapa tak sayang..

Kul 2:00am gerak gi KLIA.. aku tak mengantuk dah.. dalam keta main dgn sofea je..

Suasana dalam KLIA..

Ramai jgk la yang menunggu orang tersayang pulang dari Tanah Suci Mekah.. masing2 muka tak sabar je nak lihat muka family masing2.. termasuk la kitorang2 nie.. heheheh...

Akhirnya MIL aku keluar dari balai ketibaan.. kitorang pun terus la jumpa & salam cium tangan.. berseri tgk muka MIL aku.. dia pun nampak happy sgt bila dapat jumpa dgn anak cucu.. saat paling touching.. hampir nak meleleh lagi airmata aku..

Kami di KLIA

Ni pic2 yg candid..

ni pic2 tak candid..

Dah settle semua.. diorang bertolak terus balik Taiping.. cuma aku, en.mie & sofea je terus ke kinrara sbb ada kenduri tahlil plak mlm esok.. so stay kat sini dulu la..

Otw to kinrara.. kakak ipar call tanya kat mana.. elok la pun sbb masa tu diorang dah bangun tido.. nak gi pasar borong selayang.. cari barang2 nak masak tuk mlm nanti.. tak payah la aku ketuk2 pintu plak.. bagusss.. sampai2 terus aku sambung tido.. penat sangat2..

Tak mungkin ku lupa saat itu...

15.12.2010 (Rabu)

Sepanjang aku keje.. minggu lepas paling aku tak boleh lupa.. mmg tension sgt2.. tak pernah aku rasa sedih mcm nie.. mmg dah fed up.. rasa mcm nak resign.. mmg aku dah dengar ura2 nak tukar sistem baru sbb tak nak langsung guna sistem yg ada skrang.. mula2 siap warehouse baru diorang dah try sistem tu kat sana.. last week nak terapkan sistem tu pulak kat tempat aku.. jadinya.. segala data perlu dimasukkan dalam sistem baru.. bukan keje aku la yg tu.. tapi aku diberi tugas memberi semua data yg diperlukan.. yg paling buat aku tension sgt2 sbb masa yg diberi is only 1 DAY!!!.. pagi tu dah dapat email.. aku try buat.. pakai pun Ms Excel.. aku try 1 sheet yg ada 50 entry pun took about AT LEAST 15 minutes.. jadi darabkan dgn 4050 entry aku nak kena buat.. in 1 Day???

Dari pagi aku mengadap benda alah tu.. sampai keje aku yg lain semua pending.. sampai la kul 9.30pm tak siap2 jgk... aku dah penat sgt2.. aku menangis je dari pagi sampai mlm sambil cuba siapkan kerja tu.. sapa pun tak berani nak kacau aku.. at last boss aku suh aku balik.. coz dah lewat sgt.. nasib baik la en. mie tak kisah sgt.. dah nama keje.. bukan aku gi merayap..

16.12.2010 (Khamis)

Masuk keje je aku cuba sambung keje smlm.. tapi boss aku ajak bwk keje aku tu jumpa IT dept.. diorang ni la yg suh aku siapkan data tu.. dalam keta aku cakap kat boss aku.. aku mmg dah try the best.. tapi aku mmg tak mampu.. nak marah pun marah la.. mmg aku dah cuba.. bukan aku tak cuba.. boss aku pun paham.. tapi dia kata dia pun tak sabar nak tgk mcm mana IT dept tu kata sbnarnya leh buat sekejap je.. owh.. ceihhh.. awat smlm tak bgitau???

Sampai sana aku pun tgk rupanya diorang masukkan formula then translate data tu mcm yg diorang nak.. keje aku lepas ni cuma copy paste je instead aku key in satu2 mcm semalam.. aku bengang giler.. aku tanya la apasal smlm tak cakap buat mcm nie?? diorang leh kata KENAPA AKU TAK TANYA? eh.. ni skrang sapa yang lagi tinggi pangkat nie.. sapa patut ajar sapa..? dah tentu2 la aku tak tau the secret yg ko buat ni bila aku tak balas2 email ko dari pagi semalam.. aku mana tau benda tu leh dibuat mcm tu.. kalau la aku tau.. aku dah buat sendiri la.. aku cuma tau basic okkk.. nak guna2 formula yg advance nie.. baik aku tukar position.. IT exec mcm ko.. bleh???

Aku pun tak paham la.. diorang suka ingat aku ni pandai segala mcm benda.. expect more than what i had.. takpe2.. aku tau diorang rasa sgt best bila buat aku mcm nie.. takpe.. aku still bersyukur sbb diberi pengalaman berguna mcm nie.. lepas ni aku tau la nak cari sapa bila aku diberi keje yg bukan2 dan tak masuk dek akal.. full stop!!!

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H for me..

Hari ni masuk2 opis.. pc boss aku dah takde.. ni dah sah smlm dia bukak nie.. mmg aku dah tau awal2 lagi dia akan pindah ke opis baru.. tapi aku malas nak tanya bila.. just wait n see.. perasaan mula2 tu rasa mcm happy la jgk.. sbb takde boss yg akan monitor aku kat opis.. aku bebas nak buat apa aje yg aku suka.. tapi selama ni pun.. boss aku bukan kisah sgt pun apa yg aku buat.. dpt boss laki mmg mcm nie..

Cuma ada la orang2 yg jeles dgn aku.. suka nak kacau aku.. suka nak sibuk apa yg aku buat.. apa ingat aku nie free sgt ke.. aku pun ada keje aku jgk.. takde la plak aku makan gaji buta.. end month segala mcm report / summary / stock closing kena balance tak nampak plak.. ke buat2 mcm tak nampak?? I love playing with excel.. so aku mmg enjoy all those task yg aku handle skrang nie.. aku mmg tunggu2 end month nak tau result report aku selama yang aku key-in nie balance ke tak.. selalunya mmg tally dgn sgt cantek la.. tapiiii kalau tak tally.. rasa mcm nak letak sign 'DO NOT DISTURB' atas meja to let them know i'm really2 bz & not in a good mood..

Dah lepas lunch baru nampak boss aku dtg.. byk benda nak kena mintak dia sign.. tapi aku biarkan dulu.. aku buat ded je.. nampak dia dah releks skit baru aku jumpa dia.. sambil hulur2 dokumen sempat aku tanya dia.. dah pindah sana ke? dia terdiam jap sambil pandang aku.. 'barang je pindah.. tapi hati tak pindah'.. aarrghh.. wat lawak plak.. apa patut aku rasa skrang nie.. nak kata sedih.. yaaa.. aku mmg sedih.. kalau dulu masa dia ada.. senang la apa2 hal aku direct je mengadu dgn dia (just pasal keje yg aku tak puas hati okkk..) pasal personal life aku jarang la share dgn dia.. & dia pandai motivate aku dgn kata2 dia.. tapi skrang nie dia dah ada byk benda nak handle.. aku kena terima perubahan nie.. cuma yg aku risau orang2 yg sengaja ambil kesempatan bila tau boss aku dah takde kat situ.. aku kena kuat semangat & semakin berani bersuara.. aku rasa inilah penghijrahan yg bakal aku lakukan sempena Maal Hijrah 1432H.. hehehehe...

Thursday, December 2, 2010

Mandi Wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh. ---> OK..

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Saturday, November 20, 2010

I'm turning 32 now..




Dah tua dah ni...but like any other people yg turning into their 30s, you kinda feel you're a little bit wiser lah berbanding masa umur-umur 20an dulu kan..hehe. So, i don't feel bad lah umur makin naik, makin naik tu, though kulit muka tu ada lah sikit naik garisan-garisan halus, tapi hati tetap muda remaja lagi..hehehe. Tak kisah lah kan, let the number climb up, tapi each year i'm always looking forward to great things in life!!

Monday, November 8, 2010

Cuti dah habis.. balik taiping la..

07.11.2010 (Ahad)

Hari ni balik tepeng.. tapiii.. seblum tu en. mie nak gi Putrajaya dulu.. ada Autoshow katanya.. semangat betul.. aku & sofea follow jeee..

Autoshow tu kat Presint 2, Putrajaya..

En Mie sedang mencari2 dimanakah Autoshow tu..??

Already at Presint 2.. tapi???

Pusing punya pusing.. tawaf keliling Putrajaya..

At last en. mie decide tanya kat information centre je..

Bila dah check kat situ rupanya Autoshow tu dah ditunda ke 5hb Dec.. hehehehe.. cian en. mie.. takpe la.. at least bwk kami jalan2 pusing putrajaya.. huahuahuahua..

Kita bergambar atas jambatan je la.. lepas nie terus gerak nak balik taiping.. sbb 5hb nanti kita dtg sini lagiii.. hehehhe.. betoii tak en. mie??? jgn mareee...

Traffic menghala ke KL jem teruk.. jauh beza dgn laluan yg bertentangan.. sangat lapang.. fenomena biasa bila ada cuti raya..

Sampai Taiping kul 8.30 mlm.. kemas2 rumah.. basuh baju stok kat KL.. settle2 semua kul 12 lebih jgk la baru tido.. penattt...



Selsema la plak..

06.11.2010 (Sabtu)

Tanda2 selsema sudah kelihatan.. berjangkit dengan sofea.. huhuhuuh... tak bleh berenggang dgn saputangan.. time2 mcm ni mmg hilang mood nak keluar jalan2.. en. mie dah bgi pilihan.. sebut aje aku nak pegi mana.. dia bwk.. aihh.. bila dah mcm ni baru la nak offer.. sabar je la..

Kesian kat sofea.. so aku decide pegi dekat2 je la.. senang skit kalau tiba2 hati aku nak balik.. sekejap je dah sampai umah.. ajak en. mie gi IOI Mall je.. otw tu en. mie nak basuh keta kesayangan dia dulu.. sbb dah byk habuk.. eelleehh.. sayang sgt..

Bila keta dia dah berkilat2.. semangat la nak bwk berjalan.. padahal tak sampai 5 minit je dah turun hujan rintik2.. hehehhee...

Sampai2 je.. tgh pusing2 sofea dah nampak McD.. bwk dia sekali dgn mak sofea pun nak jgkkk..

Dpt makan McD.. suh la posing mcm mana pun ok ajeee... Peace!!!

Dah abis isi perut.. sekali sofea dah nampak stage la.. ada plak replika patung deepavali kaler2.. dia nak main tangga stage tu.. tak sempat nak pegang.. dia dah naik dulu.. hadoii..

Sofea siap posing2 atas stage kat IOI Mall..

Balik dari IOI pun dah petang.. sofea pun dah letih berjalan.. Malam, lepas mandi.. sofea pun tido.. aku & en. mie pun laju je ke Danau Kota.. hehehehe.. hujan masih renyai2.. lepak minum dulu sementara hujan reda.. tgh lepak2 tu.. ada lak satu akak nie.. ada problem nak bukak pintu keta dia.. ada budak laki dlm keta tu.. dlm umur 4 tahun camtu.. tapi tido tak sedar2.. en. mie try jgk tolong panggil budak tu.. tak bangun2.. aihh.. mmg bahaya betul la tinggal budak dlm keta.. tak bleh expect what to happen next.. dah la hujan renyai2.. kesian tu mmg la kesian.. tapi yg aku pelik.. orang lain kat situ wat ded je.. takde hati pun nak tolong akak tu.. aku nie sbb tak berapa sihat je.. kalau tak dgn aku2 sekali join pi kejutkan budak tu.. cuma yg aku bleh buat berdoa je byk2 moga dipermudahkan urusan akak tu.. at last entah mcm mana bleh jgk akak tu bukak pintu.. elok la hujan pun dah berhenti.. ronda2 kat danau kota.. shopping la skit2.. balik dlm kul 2 pagi jgk.. mengantukkk..

Hepi Deepavali!!!

05.11.2010 (Jumaat)

Hari ni ialah hari Deepavali.. sehari suntuk hari cuti2 malaysia nie dihabiskan dengan melepak kat umah kinrara.. xtvt ialah bangun tido, mandi, makan, tgk tv, on9 fb, update blog, layan sofea, layan anak2 buah yg lain.. sesekali mcm ni best la.. hari2 mcm nie bleh beku otak aku.. akekekeke.. tu pun ada hati nak jadi surirumah.. camno?? bila dah elok2 ada keje.. rasa nak berhenti duduk umah.. bila dah duduk umah.. rasa mcm nie plak.. aaiihh.. ayomaaa.. ayopaa..

Thursday, November 4, 2010

Konvoi hantar MIL ke Komplek Tabung Haji, K.Jaya..

Hari ni mak en. mie akan ke Mekah.. bertolak dari rumah lepas zohor.. dia decide naik keta en. mie.. aku ni la 1st time hantar orang pergi haji.. patut2 hari tu aku hantar abg aku.. tapi tak jadi plak..

Pagi tu kemas2 umah.. en. mie gi keje lagi.. 1/2 day.. tghari dia balik terus bersiap2 gerak gi umah mak dia.. actually dah lewat jgk la kitorang sampai.. kul 1.20pm.. semua orang dah tunggu kitorang rupanya.. disebabkan mak & kakak aku pun mmg nak balik KL jgk hari nie.. so follow sekali la konvoi ramai nie...

Kat umah MIL.. ramai jgk la sedara mara terdekat & kawan2 MIL dtg jumpa dia.. salam2 & mintak maaf sambil hulur2 duit.. kul 1:40pm camtu.. ustaz membaca doa & lastly pak teh en. mie azan.. keta en. mie mmg dah standby tunggu tepi jalan.. abis je azan MIL terus masuk keta.. patutnya elok je dia masuk keta.. terus je jalan.. tapi ni kena tunggu drebarnya plak baru nak ikat tali kasut.. huhuhu.. hadoiii.. konvoi pun bermula.. adik beradik en. mie 8 orang semua ikut.. 5 bijik keta jgk la + keta kakak aku.. on the way tu best jgk la.. bila sesekali semua2 atas highway.. sebaris je keta..

Kat highway singgah kat Tapah dulu.. sbb MIL nak sembahyang asar.. sempat la semua bergambar puas2 dgn MIL kesayangan... kat umah tadi ramai.. mana la sempat nak tangkap2 gambar nie..

8 orang adik beradik en. mie
My Mum & My sis..
with our family..
Minum2 kat hentian Tapah
with all menantu2.. which aku sorang je menantu pompuan.. hehehe

Lepas Tapah berhenti pulak kat satu lagi hentian.. tak sure kat mana.. ada yg nak singgah toilet.. en. mie pun follow berhenti jgk.. adik bongsu en. mie pun keluar nak gi toilet jgk.. MIL tak berapa suka berhenti byk kali.. sbb ikutkan tak berapa elok sgt kalau byk singgah2.. so en. mie pun terus bertolak.. then baru lak teringat adik dia tertinggal.. hehehehe.. terus call adik en. mie naik keta yg lain2 tadi..

Akhirnya sampai jgk ke destinasi.. Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.. memula cari parking.. takde la susah sgt sbb ada yg buat bisnes sekali masuk parking kena RM4 hinggit.. no choice la.. pandai betul la diorang cari duit time musim haji..

1st time aku masuk tempat nie.. selalu aku lalu baca signboard je.. hehehee... insyaallah.. ada rezeki esok2 kot aku plak jadi calon gi mekah.. amin.. takde la buat apa sgt.. just melepak kat dlm tu sambil tunggu adik2 en. mie dtg sbb tadi dah terpisah masa berhenti kat toilet..

En mie tolong mak dia bwk beg & buat pendaftaran.. aku jaga sofea yg dah bad mood sbb tak cukup tidur.. mmg la sgt2 menguji kesabaran.. dia pun dah letih kot.. pujuk2 je la.. then baru nampak adik2 en. mie sampai.. lega la skit.. sofea dah ada kawan.. dia pun happy la skit..

Aku & adik pompuan bongsu en. mie

en mie ambik berkat tag haji mak dia..

Lama melepak dalam komplek tu sampai ke malam jgk la.. nasib baik la makcik en. mie dtg bwk bekal nasi + lauk pauk + kuih muih + air tuk kitorang isi perut yang masing2 tgh lapar.. dah mcm berkelah ramai2 kat bwh khemah tu... hehehehe..

lauk pauk yg ada...

sedang menjamu selera..

Tiba time panggilan bakal2 haji masuk check in ni yg paling sedih nie.. kitorang semua salam2 sbb lepas ni kalau MIL dah masuk tak bleh la jumpa dah.. yg nangis2 tu biasa la.. aku pun nangis jgk.. sbb selama nie.. mak aku kat KL.. aku manja2 dgn MIL je la pun.. menantu pompuan sorang.. huhuhu..

mak en. mie sedang bersiap sedia..

But ada citer yg aneh berlaku kat aku.. kiranya mcm something miracle jgk la.. aku rasai sendiri.. masa MIL nak gi last check in tu.. mmg berasak2 la orang nak pi tgk.. masa tu aku pimpin tangan sofea.. tapi bila dah masing2 tolak menolak.. aku terus dukung sofea.. i'm lost tgh ramai2 tu.. so aku pun decide keluar dari situ.. but then aku dgr sofea kata kasut jatuh.. aku tgk selipar dia hilang sebelah.. mana plak aku nak cari selipar tu tgh ramai2 tadi.. aku pusing belakang.. aku nampak selipar sofea betul2 tgh orang ramai tu.. mcm Allah beri ruang pada aku tuk ambik selipar tu balik.. Subhanallah.. Masa kat komplek tabung haji pun aku dah rasai kebesaranNya.. apatah lagi kalau di tanah suci Mekah..

Dah settle semua2 tu.. mula la start calling2.. hp aku bateri plak dah abis.. mmg tengah nyawa2 ikan je.. nasib la masa en mie call hp tak padam.. kalau tak.. dgn aku2 sekali padam dgn en. mie.. huahuahua.. adik2 en. mie semua balik umah adik en. mie kat KL.. aku & en. mie biasa la.. lepak tempat biasa.. umah kakak aku kat kinrara..

Sampai umah.. terus mandi2 baru la segar skit badan.. en. mie nak sambung lagi makan nasi.. tak puas lagi makan.. lapar sgt2.. Mlm nie malam deepavali.. layan citer tamil tgh malam kat astro.. mmg best sgt.. tak ingat tajuk apa.. tapi tak sempat habis sbb terlelap plak.. letih seletih letihnyaa.. ZZZzzzz....

Monday, November 1, 2010

Happy 3rd Birthday SoFeA...


Happy Birthday Sofea..

29.10.2010 (Jumaat)

Hari ni genaplah sofea umur 3 tahun.. aku dari mula tak planning langsung nak buat birthday party nie.. ni semua planning last minute.. balik keje dah petang.. baru nak kelam kabut cari kek.. en. mie nak beli kek secret recipe kat anak kesayangan dia.. tapi aku yang pilih perisa... tu harusss.. aku pilih coklat.. aku tau sofea mesti suka.. sbb aku suka.. like mother like daughter.. akekekkee.. excited lebih la plak.. padahal sofea tak tau apa pun..

pastu singgah pasar beli bahan2 nak goreng bihun.. mmg simple abis party nie.. menu yang ada laksa, bihun goreng & kek secret recipe.. air mangga.. cukup.. janji semua kenyang & happy.. yezzaa...

Cerita di sebalik kek nie.. aku terlupa lak tulis umur sofea 3 tahun.. kelam kabut sgt.. cina kedai tu pun follow la sebijik yg aku tulis.. tu yg 3rd tu dah ketepi sgt.. wakakakak.. lantak.. yang penting sedappp...

Detik2 ketika memotong kek.. malu2 alah plak sofea nie bila semua nyanyi lagu happy birthday kat dia.. suka la tuuu... aku mesti kena pegang pisau tu.. kalau tak.. selamat la kek tu di tangan birthday gurl...

aku buat kecik2 je.. jemput pun adik beradik en. mie.. nasib la kakak & mak aku ada.. nak harapkan aku yg masak.. alaahaaiii.. akhirnya birthday party sofea yg dirancang last minit meriah jgk.. thank you semua2.. lepas ni tobat aku tak buat dah planning last minit... penatttt..

Pergi Penang Autocity..

Mean Machines 2010 Event
23rd Oct 2010 & 24th Oct 2010
1200pm – 1200am
Highway Autocity, Juru, Penang.

Sekitar kawasan Event

Aku & Sofea

En Mie & Sofea

Tengah jalan2 sofea sudah nampak 1 benda.. 'AISKRIMMMMM'.. terus la dia heret tangan papa dia.. lagi mau tunggu.. aku pun tumpang sekaki jgk la..

aku suh en mie beli air mineral siap2.. kang lepas makan aiskrim dah sah2 dahaga nie.. botol pink plsss.. mmg laku la kaler tu.. see??

Si kecik ni pun sebok jgk nak bergambar dgn keta.. layannnnzzz..

Sepatutnya hari ni aku ada kat kl.. abg aku naik flight pi mekah... tapiii.. budget plak tak berapa nak cukup.. 31hb mak en. mie buat kenduri.. 4 hb nak pergi kl lagi.. turn mak en. mie pulak naik flight.. minggu yang akan penuh dgn agenda.. sedih la jgk.. sempat la call tanya kabar abg aku.. semoga dia dapat menunaikan ibadah haji dengan jayanya.. amin...

ok2.. back to this event.. tghari lepas breakfast.. (breakfast??) hehehhe... dalam kul 2 camtu gerak pi juru.. tempat ni tepi highway je.. sampai2 tu.. biasa la.. cari parking mcm hampeh.. penuh semua.. ada pun jauuhhhhh... terpaksa la menapak..

pegi event ni.. terbuka jgk la minda.. aihh.. mcm2 jenis keta ada.. screen 42" pun leh sumbat dalam keta.. bygkan.. tak caya?? tgk nie...

ada nampak itu screen kat tgh2 tu??

keta ni pulak keliling ada screen.. pilih je nak tgk mana satu.. sorang satu.. tak yah gaduh2.. hehehehe...

nampak itu speaker?? jenis pekak badak pun terus jadi dengar..

stereng keta ni mmg pelik.. aku tak sure keta apa.. dah mcm piring astro beyond pun ada.. wakakka..

Jalan2 dlm tu.. tau2 je dah petang.. kul 5.30pm camtu gerak la balik.. sbbnye nak singgah makan pulak.. letih dah nie.. en. mie teringin nak makan sup kat terong.. mmg sedap.. aku pun followww.. perut dah kenyang.. puas dah berjalan... balik umah sampai pun dah nak malam.. best2.. tq en. mie..

Thursday, October 28, 2010

Trip to Melaka..

15.10.2010 (Jumaat)

Hari tu aku masih keje full day.. balik keje terus siap2 barang pegi KL.. mmg la planning nak bertolak seawal mungkin.. tapiiii.. mana mungkin.. dah balik tu.. ada je itu ini.. at last kul 7 lebih jgk baru keluar rumah.. lepas maghrib.. pastu pulak gi singgah isi minyak la.. lepak2 makan burger dulu kat kedai burger kawan en. mie.. kul 8 lebih baru masuk highway.. sampai kl nak dekat kul 11 lebih.. bila dah jumpa ramai2 nie.. masing2 nak sembang.. tidur kul 3 pagi jgk.. padahal esok nak bgn pagi..

16.10.2010 (Sabtu)

Aku mmg dah biasa bangun pagi.. tak kira la kul berapa aku tido pun.. sharp kul 6.30 pagi mesti dah celik mata aku.. terus2 bersiap nak pgi melaka.. tapi ye la.. dgn perangai budak2 ni.. nak kejut sorang2 bukan senang.. nasib baik la sofea mood ok.. nak mandi pagi & pakai baju kurung..
bla.. bla.. bla.. semua2 pun dah kul 9 pagi.. jap je... bertolak dari KL ke Melaka..

Kami on the way to Melaka..

Destinasi pertama.. ke Tanjung Keling.. umah family kakak ipar aku.. actually abg & kakak ipar aku nak berangkat ke Mekah pada 25.10.2010 so dia buat kenduri doa selamat.. kami satu family pun berkumpul semua kat sana.. kiranya meriah jgk la..




Pic yang mendapat komen terbanyak dari family en. mie dalam FB.. sesekali bila aku bertudung.. huhuhu

Habis kenduri, terus pergi ke Bandar Melaka.. mula2 sampai terus en. mie parking keta kat dpn Melaka River Cruise..


Sempat lagi posing2 dulu kat tepi jeti




Best jgk layan pusing2 melaka naik bot..

Dpt naik bot kul 5.30 petang.. sekali pusing2 45 minit.. harga tiket kalau dewasa RM10, kanak2 RM5.. ok la tu.. takde la mahal sgt.. sekali sekala datang.. alang2 dah sampai sini.. terus la merasa naik bot.. huhuhuhu..


Letih tu mmg la.. tapi bab berjalan nie.. happy aje.. lepas naik bot pun tak abis2 lagi tangkap gambar.. sebab jeti tu dekat sgt dah dgn kapal besar tu.. posing lagiiii..

Dalam pukul 7 mlm baru la masing2 lapar nak JJCM plak.. kakak ipar ajak pergi Tanjung Bidara.. aku ingatkan dekat.. jauh jgk.. lepas makan2.. masing2 dah isi perut.. terus gerak balik KL.. aku mmg letih sgt2.. perut pun kenyang.. kena aircond.. mmg pakej la.. apalagi.. ZZZzzzz.. sedar2 je dah sampai kinrara.. heheheheh.. kul 12.30 mlm..

17.10.2010 (Ahad)

Tido la sepuas hati.. hehehehhe.. smlm dah penat berjalan.. tak keluar jalan mana2 pun.. lepak kat umah kakak aku je sambil menikmati masakan mak aku.. cadang nak bertolak petang.. tapi sbb kakak aku nak follow sekali.. terpaksa la tunggu dulu.. at last kul 10 mlm jgk dari KL.. sampai umah kul 1 pagi.. ambik kau.. baru la masa tu nak basuh baju segala.. dpt tidur kul 2.30 pagi.. esok plak nak keje.. huuiii... mengantuk beb...